-->

Segala hal yang terjadi adalah saling berkaitan dan saling bergantungan di antara satu satu lain?




TAHUKAH KITA bahawa segala hal yang terjadi adalah saling berkaitan dan saling bergantungan di antara satu satu lain? Di bawah ini hanyalah contoh pengalaman hidup dan penghayatan saya sendiri. Insyaallah kita semua boleh buat yang terbaik!

Tanpa DUGAAN mungkin kita tidak akan berusaha, tanpa HIKMAH mungkin kita tidak akan mahu belajar. Dengan BERUSAHA dan BELAJAR, kita akan mendapat NIKMAT, dengan nikmat kita dapat merasakan apa itu ertinya RAHMAT.

Apabila kita semakin suka berusaha dan belajar, kita akan semakin MUDAH menghadapi setiap DUGAAN, dan juga HATI kita akan semakin mudah merasa IKHLAS dan REDHA.

Apabila ikhlas dan redha menyeliputi hati, kita dapat mengelakkan diri daripada MENGELUH dan MERUNGUT. Tanpa mengeluh dan merungut, HATI kita akan mudah untuk mendapat KETENANGAN dan KEBAHAGIAAN.

Apabila hati tenang dan bahagia, kita akan mudah TERSENYUM kepada sesiapa sahaja. Apabila kita menghadiahkan senyum kepada orang lain, maka semua orang akan berjangkit untuk tersenyum. Apabila semua orang berbuat begitu, PERHUBUNGAN kita dengan mereka akan bertambah BAIK. Apabila kita mendapatkan yang BAIK-BAIK, kita akan lebih banyak berfikir dengan CAS-CAS POSITIF.

Apabila kita berfikir POSITIF, kita dapat meningkatkan NILAI-NILAI MURNI di dalam diri kita dan sesama mereka dan menjadikan SILATURAHEEM bertambah ERAT, RAPAT dan MESRA. Apabila jalinan kita erat, rapat dan mesra, pasti kita mendapat pelbagai jenis NIKMAT serta REZEKI terdapat di dalamnya.

Maka bermulalah di dalam diri kita untuk mensyukuri di atas setiap segala NIKMAT dan DUGAAN yang diberikan dan yang telah ditentukan Allah s.w.t.
Alhamdulillah Syukriya.
~QRM~

‎" Ya Allah kenapa engkau timpakan ujian ini terhadapku".......




‎" Ya Allah kenapa engkau timpakan ujian ini terhadapku" aku tidak kuat ya Allah dalam menghadapinya... "

Itulah ungkapan yg sering diucapkan kepada seorang hamba Allah yg lemah ini. Tetapi ingatlah bahawa setiap ujian yg diturunkan kepada kita pasti ada hikmahnya..mungkin kekadang kita merasakan yg kita sudah berbuat yg terbaik tetapi tetap diuji..Allah akan menguji setiap hambanya yg beriman krn ALLAH sygkan kite.....

Boleh jadi kite telah jauh dr NYA....dan kerana itulah ALLAH jentik kite supaya kite sedar dr lamunan yg mengkhayalkan kite selama ini.....ALLAH tdk jadikan sesuatu itu tanpe punye SEBAB yg kukuh....

~dopteb~

Jadual Panduan Pemakanan Mengikut umur




Ni jadual memberi makan mengikut umur… boleh dijadikan panduan…. ^_^
Sedih takleh nak apply sangat kat Aqif saya sebab dia taknak makan!!!!! 
Adoyai..... Air tangan saya sudah kering kah???? T_T sob sob sob....

Masa usia 6 Bulan 
Mula menerima makanan pepejal.

Yang Sesuai?
Makanan lembut

* Bubur nasi dikisar
* Bijirin untuk bayi (jenis beras)
* Buah dan sayur yang dimasak dan dilecek atau dikisar.

Kekerapan? 
* 2 -3 sudu besar untuk setiap hidangan. (Waktu makan)
* 2 kali dalam sehari diselangi dengan penyusuan ibu yang kerap.

Masa usia 7- 8 Bulan 
Mula belajar mengunyah

Yang Sesuai?
Makanan lembut

* Bubur nasi
* Bijiran untuk bayi
* Buah dan sayur yang dimasak dan dilecek.
* Isi ikan, daging dan ayam yang telah dimasak dan lecek.
* Makanan yang mengandungi susu.
– Keju, puding susu, krim keju
* Telur masak. Cuba dengan jumlah yang sedikit dahulu.
* Jangan beri putih telur sehingga mencapai umur 12 bulan kepada bayi sekiranya terdapat sejarah keluarga yang mempunyai masalah alahan atau bayi mempunyai ekzema.

Kekerapan?
* Tingkatkan secara perlahan-lahan ke 2/3 cawan (cawan saiz 250,l) dan kemudian ke ¾ cawan pada setiap hidangan.
* 3 kali sehari diselangi dengan penyusuan ibu yang kerap.

Masa Usia 9-11 Bulan
Makan sendiri

Yang Sesuai?
Makanan yang dipegang sendiri (dicincang) atau lembut.

* Nasi
* Bijiran bayi
* Sayur yang dimasak, dan dipotong kecil.
* Buah
* Ikan, daging dan ayam
* Susu dan hasil tenusu
keju, puding susu, krim keju.
* Telur, melainkan sekiranya ada alahan
* Kekacang yang dimasak lembut
– kacang panggang dan tauhu

Kekerapan?
* Tingkatkan secara perlahan-lahan ke 3/4 atau ke 1 cawan pada setiap hidangan.
* 3 hidangan makan utama (sarapan pagi,makan tengahari dan makan malam) dan 1 snek antara waktu makan utama, diselangi dengan penyusuan ibu yang kerap.

Masa Usia 1-2 Tahun 
Makan sendiri

Yang Sesuai?
Makanan keluarga yang diubahsuai

* Pelbagai jenis makanan keluarga yang sihat seperti : campuran nasi dengan ikan atau ayam dan sayur.
* Daging cincang
* Makanan yang kurangkan berempah.
* Makanan segar (tidak diproses)
* Kurangkan garam, gula dan lemak.
* Teruskan penyusuan susu ibu.

Kekerapan?
* 3 hidangan makan utama setiap hari (sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam)
* 2 snek antara waktu hidangan makan utama.


Situasi Ini Berlaku Di Rumah Anda ?? Rumah Saya??? ^_^









Yezza.... Memang takleh tahan bile tengok pompuan tu landing syiookk je atas sofa tu sambil online kan? 
Yang paling tak tahan bile Dedi leh cakap "Ya, ce tengok ni. Ni betul2 macam Ya... Laptop pun tersandar same..." Sambil Dedi tunjuk pompuan tu kat mami... Huhuhu... Mentang2 la tengkuk laptop i patah sampaikan terpaksa gunakan jasa sofa camtu jugak!huhuhu... Nasib bukan sebab Mami besar macam tu! hampir-hampir jeh!

Eleh... kata kat orang pulak Dedi ni... Tu die pun same je....... !! Mami ngah keje tu tau! Haha... Aikk?? Aqif tu ape hal? Hahahaha... Habis lah kalau dah rumah macam ni... Masak betul! Hehehe... Tapi yela... Kadang-kadang je oke! Jangan bagitau orang tau!

Peace! ^_^

‎20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!



Mami sayang Muhammad Aqif Rizqi Mohd Azrul!!

Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?

Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku. 

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.

2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!! 

3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!

4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.

5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..

6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)

7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.

8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.

9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo! 

10- Kita akan lebih menghargai diri kita.

11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.

12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.

13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.

14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.

15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.

16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!

17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!

18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.

19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.

20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!

Hargailah setiap saat anda bersama anak anda! 

Gara-gara 'nak upload dlm fb lah'.....





Seorang gadis comel sedang mengambil gambar dalam handphone .. 'Klik !' 'Klik!' dengan berbagai aksi comel .. dia ambil lagi gambarnya .. posing dengan penuh kemanjaan dan cute~~ 'Klik !' 'Klik !' tiba2, dalam fikirannya

" nak upload dlm fb lah.."

untuk memberi harapan orang akan memujinya .. dan akhirnya .. upload sudahlah gambar2nya didalam fb .. satu persatu tekan 'like'.. satu persatu .. mem...berikan komen yang boleh membanggakan dirinya..'comel la u ni..' wau.. u cute..' pandai nya u posing..'
...
Tidak sedarkah anda ? Anda tidak menutup aurat , sudah berdosa.. orang tengok gambar anda tidak menutup aurat dalam facebook , orang itu dapat dosa..anda dapat dosa lagi.. orang yang tekan 'like' dapat dosa ..anda berdosa lagi.. orang yang memuji anda dapat dosa.. dosa anda bertambah lagi.. lagi dan lagi .. selama mana ia ada dalam internet , selama itulah dosa anda berlipat kali ganda. !

Berubahlah wahai wanita.. marilah kita sama2 bertaubat pada ALLAH .. mohon ampun
sebelum terlambat.

Wanita yang comel =
Wanita yang menutup aurat dengan sempurna.

Wanita yang sweet =
Wanita yang banyak diam dengan lelaki ajnabi.

Wanita yang romantik =
Wanita yang mengharapkan cinta dari Allah.

Wanita yang charming =
Wanita yang sering mengingatkan lelaki tentang cinta Allah.

Saudagar Tikar Kembali...



Salam semua. Ade lagi ke yang tak tidur macam mami? Adoi.. Mata ngantuk badan penat sampai takleh tido. Kalau time belaja dulu, we call it fatique! Betul ke? Ntah... Ingat2 lupe dah..hehehe....

CEO cek stok... Kalu tak dipanjatnya memang tak sah! heheh

Just nak buat random story perjalanan hidup aku harini. Cewah, macam la ade orang amek peduli... Poyo je!

Orang paling excited bile parcel sampai..

Today yang superbusy! 2 trip ke Serikin untuk amek stok tikar. Alhamdulillah order terbanyak.... 90++ keping... Stok pulak banyak tadi memandangkan awal pg kami dah bertolak dah ke sane. Sejam perjalanan gak la... Pagi2 dh preasure ngan mesin ATM. Tibe2 xleh nk withdraw lebih dari 1riban pdhal limit kn 1500/day... Sian laki i kena pusing jauh utk draw di Bimb pulak. Yela, petronas pn xbuke lg, mall pn tutup lg. Lg la panas.. Yg xtahan telinge ni la yg kena tahan bebel.. "Suruh custumer bankin awal! Last2 minit mcm ni kan susah. Nak kejo mase lg..." katanye sambil muka 1001 kerut.. Huhuhu.... Dah suruh tapi dorg lewat jugak mcmane... Tersentap seketika. Moral of dis story... Tolg eh bankin awl... Sian mami tau. Tak kesian ke?

Saudagar Tikar cek stok

Sampai sane antara org pertama yg sampai. Tu pun serentak dgn 2 3 org supplier yg len... Dorg jual online jugak cm aku ni.. Yang aku perasan, makin ramai yang aktif bergiat dlm bidang jual tikar ni. Alhamdulillah... 1 persaingan yg sehat. Majoriti org semenanjung yg duk sini pulak tu cam aku....hehehe... Shopping2... bla..bla...bla.... Penuh seat belakang xnmpak cermin belakang. Bahaye n gile! Haha. Nasib kastam takde n kami selamat sampai.... Arghh!! Tadi jem kejap sbb ade org turap jln! Tension!! Org buat la keje tu mlm hari bukan waktu puncak! 




Mkn2 kat Ket's Kitchen tak payah masak (bab paling aku suka!), then pegi sekali lagi. Trip ni just g amek je sbb td dh smpan. Masih lg penuh kereta. Aqif pun mmg terbukti good boy sbb mmg tak meragam langsung...senang mami ngan dedi buat keje.... Sampai umah around kul2 lebih.. (dari pukul6lebih kot...huhu) badan dah penat ngan panas terik lagi.. Rest2 terus tertido.. Ngan Aqif2 terbungkang keletihan...hahaha..

Tulah antara hot story buat tatapan korg. Aku tahu mesti ade yg rindu aku ni kan? Tu yg tertunggu2 next updated tu...haha.. Perasan tak? Penulis blog ni sgt syok sendiri... K la... Esok lagi bnyk keje menanti.. Perfume, beg, tikar seme nk kena setel esok.. Sbb isnin nak pos.. Nsib islamic softbook selase baru smpi stok and by wednesday baru mami leh pos... Fuh.. Alhamdulillah..rezeki Tuhan dimana2... Yg penting usaha. Jgn sampai terabai mane tanggungjwab yg penting2 sudah... Kan?


Koleksi Beg Cute

Koleksi Perfumes

P/s: Jemputla ke blogshop mami kalau free k.. mummysbiz.blogspot.com.. Macam2 ade.. Selamat tinggal sayangku...... Nite! Ada umur jupe lagi..




Published with Blogger-droid v2.0.4

DIA TIDAK BEKERJA?????







Buat suami2 yang bekerja di luar sana dan isteri berada di rumah:

Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?

Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.

Kaunselor : Halimah pula?

Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.

Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?

Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.

Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??

Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.

Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??

Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.

Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?

Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah.
Halimah kan tak bekerja.

Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?

Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.

Kaunselor : Apa Halimah buat?

Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. 

Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?????

Rutin sehatian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam,
itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?????

Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, 
tetapi peranan suri rumah sangat penting!!! 

Fikir2kan dan renung2kanlah.......


6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM






1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh.. 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya..

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya...

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya.. lahir saja bayi, seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung..

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat, dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau
seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini..

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada
semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA...



Perkembangan Bayi 11 Bulan



Pewiittt... Salam semua! Sori mori ye sebab lame tak updated! Cite nk story cam banyak tapi malas tak sempat nak menaip-naip ni. Jari-jari halus mami ni begitu berat untuk menari-menari atas badan keyboard ni! 

Malam ni nak updated pasal my baby je ni. Pejam celik pejam celik dah 11 bulan anak teruna mami ni... 23hb ni 12 bulan lah bermakna genap setahun saya bergelar mami. Alhamdulillah... moga diberi kesempatan...

Jom kita tengok perkembangan anak-anak kita okey... Anak anda dan Aqif Rizqi saya...

  • Anak Anda
Berdikari secara fizikal 
Sekarang, cuma tinggal satu bulan saja sebelum harijadi pertama bayi anda dan anda harus sedar yang dia bukan lagi seorang yang tidak boleh bertindak sendiri tanpa anda. Walaupun dia masih memerlukan banyak jagaan dan bantuan, tetapi tahap berdikarinya kian meningkat – jelas apabila melihat dia berdiri, membongkok dan mencangkung – yang semakin menonjol. Dia mungkin boleh berjalan dengan memegang tangan anda dan dia akan mengulurkan lengan atau kakinya untuk membantu anda memakaikan pakaiannya. Pada waktu makan, dia mungkin boleh memegang cawan dan minum sendiri (walaupun sesetengah kanak-kanak tidak boleh membuat ini untuk beberapa bulan lagi) dan boleh menyuap dan menghabiskan makanannya dengan sendiri. 

Apa yang menarik ialah, apabila anak anda pandai memegang cawan dan minum sendiri, masa inilah anda mesti belajar bagaimana nak mengelak, sebab sudah tentu dia akan melontarkan saja cawan itu apabila selesai walaupun ada kalanya dia meletakkan cawan secara lembut. Dia juga akan menjatuhkan objek dengan sengaja untuk dikutip oleh orang lain, barangkali mengharapkan anda juga. 

  • Aqif Rizqi Saya

Jage-jage mami... Nak buang ni!

Hehhhe.. Suka benor mami bace ayat ngelas tu.... "Dia juga akan menjatuhkan objek dengan sengaja untuk dikutip oleh orang lain, barangkali mengharapkan anda juga." Aqif saya memang suka sangat menjatuhkan semua segala mende atas meja dan mengharapkan mami nengutip semula. Dia juga gemar membuang kunci kereta nak-nak time makan kat luar. Yela, orang bagi kunci nak suh die main-main duk diam, tapi dia asyik buang je... Last-last malas nak kutip, gigit jari jelah awak Aqif oii!

  • Anak Anda
Buku untuk si pembaca kecil 
Bayi anda seronok melihat buku, walaupun dia tidak akan membukakannya sehelai demi sehelai. Dia juga akan mempunyai buku kegemarannya yang dia akan mahu mengulangi berulang-kali. 

  • Aqif Rizqi Saya
Masih bau kedai taim ni... Buku cantik lagi... hehehe
Memang dia ade buku pebret die. Dah lunyai dah pun buku tu.... Kejap-kejap dibuka.. Suka betul bile tengok gambar-gambar kucing binatang dalam tu... First book yang mami beli untuk Aqif dan akhirnya menjadi yang paling digemari... Padahal takde buku lain dah yang mami belikan... kehkehkehkeh...

  • Anak Anda
Membentuk peribadinya sendiri 
Pada usia ini, bayi anda mula menjadi asertif dengan adik-beradiknya dan mula menyertai permainan secara selari – bermain hanya di sampingan (tetapi bukan bersama) kanak-kanak yang lain. Dia juga akan memilih sesuatu selimut atau anak patung lembut sebagai objek sekuriti untuk mendampinginya. 

  • Aqif Rizqi Saya

Adik-beradiknya memang tak la kan... Dengan kawan-kawan mungkin.. Hehehe... Dia memang suka tengok budak-budak lain main. Tapi die tak join pun cuma tolong gelak je dari jauh.. Macam la orang main ngan die. Abis-abis syok die g merangkak je kat budak tu.... Hehehhe Sayangnye anak mami ni!

  • Anak Anda
Tiba masanya untuk menetapkan batasan 
Bayi anda mungkin sudah boleh memahami arahan mudah dan dengan sengaja akan memilih untuk tidak mendengar cakap anda apabila anda mengatakan "tak boleh." (Untuk menegaskan ungkapan tersebut, hanya gunakannya untuk perkara-perkara yang betul-betul merbahaya.) Walaupun pada keesokan harinya, bayi anda tidak akan ingat lagi apa yang anda katakan pada hari ini, namun, bukanlah terlalu awal untuk anda menetapkan batasan-batasan dan mula mengajarnya apa yang betul dan apa yang tidak. 

Anda bukannya bersikap kejam jika anda tidak membenarkannya makan satu keping kek lagi; anda hanya menetapkan batasan. Jika dia menarik ekor anak kucing, alihkan tangannya, pandang mukanya dengan serius dan katakan, "Jangan, itu menyakitkan kucing." Kemudian, ambil tangannya dan tunjuklah dia bagaimana untuk membelai kucing dengan lembut. Dia lebih suka meneroka daripada mendengar amaran anda, jadi anda mesti bijak mencari jalan untuk melindungi dan mengajarnya. Apa yang anda terlihat seakan-akan bantahan, sebenarnya bukan begitu; ia hanyalah perasaan semulajadinya untuk mengetahui bagaimana dunia sekelilingnya bergerak dan wujud. 

  • Aqif Rizqi Saya
Tau memanjat jela keje die...
Makin orang cakap 'Jangan' makin die buat. Pahtu boleh pulak senyum-senyum and tunggu respon dari mami dulu. Saje la tu nak orang tengok die nak buat ape. Tapi memang dah paham ape yang orang cakap. Cuma saje nak uji tahap kesabaran mami yang tak berape nak sabar ni! Huhuhu... bila lah mami boleh hilangkan tabiat 'cepat tangan' ni. Sian Aqif asyik kena pukul je.. Pukul2 manje je tau! huhuhu.. Sorry sayangg......

  • Anak Anda
Bercakap tak terhingga 
Bunyi-bunyi perkataan dan bunyi yang mirip perkataan akan diungkapkan oleh bayi anda – dan digunakan secara bermakna. Apabila lobus frontal otak bayi anda bertumbesar, serentak dengan keupayaan kognitif tinggi seperti penaakulan dan pertuturan, adalah baik jika anda dapat menggalakkan minatnya terhadap bahasa dengan mendengar bersungguh-sungguh dan membalas kata-kata dan celotehnya. Interaksi seperti ini adalah penting untuk membiasakannya dengan komunikasi dua hala. Bermain permainan bertepuk-tepuk tangan, contohnya patta-cake dan permainan sekejap-nampak, sekejap-tidak atau peek-a-boo akan membantunya menajamkan daya ingatannya. 

Pada usia ini, bayi anda mungkin boleh mengajuk bunyi perkatan serta infleksi bunyi dan juga tingkah-laku tertentu. Dia juga mungkin boleh mematuhi arahan mudah seperti "Tolong ambilkan saya bola itu" atau "Angkat sudu itu." Bantu dia belajar dengan memberi arahan secara mudah, langkah demi langkah supaya senang diikuti. 

  • Aqif Rizqi Saya
Muka kepenatan.... Hehehhe

Yang ni yang syok ni... Lambat jalan sikit pun tapi kalau mulut laju takpe Aqif.. Mami rela je... Mulut die memang tak benti membebel. Ape lah die nak bebelkan tu. Yang mami tangkap Aqif selalu sebut ...."Qif nye... Qif nye...." Jadi mami anggap sebagai "Aqif punye" jela... Nak-nak time orang mintak barang ngan die... Comel je... Pahtu bese sebut "Dap nye... dap nye..." Sedap nye kot.... Waktu suap makan... hahha.. Sedap la sangat sampai 2 3 suap terus stop! Geram betol nak bagi makan kat die ni! Last-last masuk mulut mami jugak! huhuhuhu.... Dan Aqif paling gemar main sorok-sorok belakang laptop mami... pahtu suh mami cari die... heheh... Ade r muke budak duk mengintai2 disebalik laptop... Nakal!

So, hargailah masa yang singkat tetapi istimewa ini, iaitu semasa kemahiran komunikasi bayi anda sedang berkembang. Ini boleh dikatakan kebolehan yang paling penting yang diperolehi olehnya.

Previuos Entry