...::: ASSALAMUALAIKUM :::...
Anakku Derita Ekzema |
Dah lama mummy nak updated entri berkenaan penyakit ni tapi always je tak sempat, so hari ni mummy nak share lah sikit base on pengalaman mummy sendiri berdepan dengan anak mummy, Aqif yang pernah derita penyakit ni. Mummy rasa masih ramai ibu-ibu kat luar yang tak tahu apa sebenarnya ekzema ni kan? Nak-nak ibu-ibu muda macam mummy ni... Eceh... muda ke? haha Mummy sebelum ni pun tak tahu jugak tapi bila dah asyik keluar masuk hospital, dah leh tahu dah la apa sebenarnya penyakit ni. Aqif pulak kena teruk jugak lah. Hati mummy mana yang tak risau. Kadang-kadang buntu, mati akal dah nak usaha apa lagi nak anak sembuh selain doa dari Allah Yang Maha Esa ni...
Apa sebenarnya ekzema ni?
Ekzema biasanya terjadi pada bayi/kanak kanak. Ia dikenali juga sebagai atopic dermatitis (kulit). Keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair. Jika berpanjangan akan menyebabkan kegatalan. Ekzema selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat akan menjadi berkerak. Biasanya kanak-kanak mendapat ekzema sebelum berumur 5 tahun. Kebanyakan kanak-kanak akan membesar tanpa masalah ini jika mereka tidak menghadapi alahan atau asma. Ianya bukanlah satu jangkitan.
Macam anak mummy, Aqif ni, dia kena kat muka. Memang macam melecur lah. Tambah lagi gatal-gatal dan berair. Memang kesian sangat. Pernah masa pergi klinik, orang ingat muka Aqif melecur sebab kena air panas. Bayanglah derita si kecil ni. Setiap masa asyik menggaru je. Bangun pagi je penuh darah dekat sarung tangan dia (terpaksa pakaikan sarung tangan nak elak luka lagi teruk kesan dari garu) Kulit kepala pulak berkerak-kerak. Patutlah pelik, kenapa lah kepala anak aku ni tak hilang-hilang keraknya. Kan biasanya baby bile lahir ade kerak kepala kan? Tapi Aqif ni sampai 4 bulan pun masih jugak ade. 5 kali botak dah!
Mummy pernah kecil hati masa ondaway balik kat airport pas Raya Puasa lepas. Ada pelancong dari Jepun kot, ntah la, kot-kot China ke sebab muka memang macam apek la kan... Masa sampai dekat ngan tempat menunggung tu, kan ade kerusi banyak2 kan, dia tengok Aqif dengan pandangan jijik sgt! Geram sangat2! Igt anak aku ni ade AIDS ke sampai ko jeling-jeling jijik macam tu? Kecik hati tau! Tapi mummy sabar je. Memang dah nak menitis airmata ni. Dan dan dia bangun nak blah dari situ sambil sempat lagi jeling tak puas hati! Ala..pergi lah.. ada aku kesah? lagipun makin sakit hati je tengok ko kan... EKZEMA BUKAN PENYAKIT BERJANGKIT OKEY! TOLONGLAH JAGA HATI MUMMY-MUMMY MACAM KAMI NIH!
Apa pulak penyebab ekzema ni?
Mesti ramai tertanya-tanya apa penyebab sebenarnya ekzema ni kan? Ni lah antara penyebab-penyebabnya.
- Keturunan. (Mummy ada alergik + Daddy ada resdung = Aqif ada Ekzema!)
- Alahan (Contohnya habuk, debu, cuaca panas)
- Boleh terjadi pada kulit yang kering, gatal dan sensitif pada kepanasan, kain berbulu dan permukaan yang kasar
- Infeksi virus. (Aqif dari seawal sebulan dah kena jangkitan kuman di telinga)
- Bahan kimia/perangsang seperti sabun, pembersih atau minyak wangi.
- Alahan/alergi kepada bahan makanan atau lain-lain bahan yang boleh menyebabkan alahan
(Mummy yang breastfeeding tu sila alert bab pemakanan ni. Jangan 'Mummy rasa Anak derita'. Al maklum lah semua yg kita makan akan terus tersalur pada anak kan? Macam aku yang degil ni. Kesian dekat anak. Aku suka 'try & error', so dari situ aku tahu apa yang aku boleh makan & tak boleh. Yang penting kena tahan telinga lah kena berleter & marah ngan mak, mak mentua & sape lagi kalu bukan My Zorro kan sebab bila 'error' kompem-kompem lah baby baby baby yang jadi mangsa! Sorry ye sayang! Ampun!
KATAKAN TIDAK !!!
bye-bye ikan pebretku! i terpaksa lupakan u demi anak i yg tersayang ni! bile dh xde u, xde mood dh i nk mkn nasi dagang! pengorbanan! |
SEAFOOD TERUTAMANYA UDANG!! CUBALAH KALU BERANI!! |
KURANGKAN MAKAN KEKACANG, PRODUK TENUSU SEPERTI KEJU/CHEESE (PEBRET MUMMY JUGAK!), TELUR & SUSU LEMBU (Aqif alergik susu lembu. Kena minum susu cap gantung je. Kau ada?? hhahaha)
Apa kah tanda tanda dan gejala-gejala ekzema?
Ekzema kelihatan seperti :
- Tompok tompok yang gatal, kekeringan kulit pada tangan, leher, muka, kepala dan kaki
- Kemerahan, kulit bersisik dan pertukaran warna kulit.
- Bengkak kecil yang berair.
Contoh ekzema
Nampak merah & berair kat telinga Aqif tu? Tu dia kena jangkitan kuman. Bila dah kena jangkitan kuman tu, jadi ekzema lagi senang merebak. |
Sedikit merebak. Biasanya di area mulut, pipi & mata |
Makin merebak. Macam melecur dah muka kesayangan mummy nih! |
Tahap KRONIK dah. Ni pun lepas berubat kampung bila pergi jupe doktor still tak jadi. Mak cakap mungkin kuman-kuman sedang keluar tu yg nampak teruk tu! huhu |
Atopic ekzema pada muka kanak-kanak.
Bagaimana ekzema boleh dirawat secara perubatan?
Minta nasihat doktor untuk menentukan diagnosa. Doktor akan membuat rawatan seperti berikut:
- Ubat pencegah gatal seperti antihistamin
- Losyen pelembab, krim untuk menahan kekeringan dan kegatalan.
- Zrim Steroid digunakan untuk kes-kes yang teruk .
- Antibiotik jika terdapat jangkitan kuman
PERHATIAN!!!
Rawatan di atas hanya untuk mengawal, mengurangkan gejala dan tanda tetapi bukan untuk penyembuhan
- Letakkan anak di bilik yang selesa dan nyaman
- Elakkan mandi air panas/suam.
- Elakkan memakai baju berlapis-lapis
- Gunakan pakaian jenis kapas dan nipis.
- Elakkan dari fabrik yang kasar.
- Jangan gunakan sabun apabila mandi.
- Gunakan krim pelembab selepas mengelap anak anda
- Awasi makanan yang menyebabkan alahan dan dapatkan nasihat doktor.
Itulah sedikit sebanyak yg aku leh share ngan korang. Kalu nak cite ape yg mummy rasa mmg sampai esok pun tak abis kan. Yang penting korang kena tabah dan sabar dalam menghadapi ujian kecil ni. Ingatlah masih ada lagi ujian yg hebat yg Allah bagi pada mereka yg lain yg kompem-kompem kita mungkin tak setabah mereka kan. Seharusnya kita bersyukur lah Jangan merungut okey! Mummy perlu kuat! Chaiyok!!
Alhamdulillah, sekarang Aqif dah 7 bulan dan dah hampir 90% sembuh. Berkat doa keluarga dan usaha doktor. Aku bawak Aqif gi klinik pakar kulit! Kopak memang kopak tapi bile soal anak kire gasak lah!
10 Kata-Kata Sayang:
ooo kesian ye Aqif :(
Mimi pun ada (sebab daddy dia ada keturunan asthma) tp tak berapa teruk
Hari tu bagi bubur kosong dgn bilis bakar naik banyak. Tapi yang heran bila bilis direbus tak jadi hurmmm....
Saya cuma pakai cream Takupap (cream herba dari singseh cina)
farah...
doc pkar yg rawat aqif ade ckp yg ikan bilis tak elok sgt utk baby sbb ikan bilis ni bkn kategori ikan fresh....
mak mentua pulak ckp jgn mkn ikan bilis sbb leh buat ank gatal. sy pon xpastilah tp stakat ni xtry ikn bilis sbb mlas nk amek risiko tu..hihi.....
Slm.. Sy ada 2 org ank.. Dua2 ekzema. Ramai yg xphm. Tp da jmpa pkr kulit. Ok. Tp kn bgantung dgn krim doc. So bl bersalin ank no.2 sy amalkan vco. Sy turut sapu pd baby no. 2 sy. Alhmdlh kulit cntik tp kdg2 ekzema ada jgk tp x truk mcm abg dia dl. Sis try la gn vco. Sy bf anak. Sy consume vco. Then sy bli vco liquid untuk sapu pd bdn ank. Leh elak ruam lampin jgk. Sekadar bkongsi
Salam puan. Terima kasih atas perkongsian. Sebenar mmg skrg untuk 2nd baby ni (dah 3bln) sy consume vco dr awl prgnent lg smpai la skrg. Syukur sgt2 baby saya dh bebas dr ekzema. Losyen pn saya ganti dgn vco liquid. Baby girl sy ni akn sihat, bdn berlipat2, so penggunaan vco liquid mmg bgus terutamane celah2 lipatan tu. Sy pn bf anak jgk dr ank 1st. Ank sulong dh sembuh sepenuhnye... cuma adik die la dlm pmantauan sbb takut jugak bile saya tak pantau makan saya. Terima kasih puan... =)
Salam, macam mane anak u skg? My daughter also Kena eczema tahap kronik juga, skang usia dia 1 tahun 2 bln, alhamdulillah kulit dia banyak la baik berbanding masa baby, saya ambil rawatan pakar kulit di klinik pakar hospital sultanah aminah, krim yg dibekalkan akueus, Vaseline Dan elomete ( waktu merah2 kuar)... Saya cadangkan kepada semua mummy yg ade baby eczema, bawa lah jumpe pakar di klinik kerajaan, mereka lebih tahu Dan pakar, jgn mudah percaya dengan produk atau petua yg masih belum approval ... Do the best for the best utk anak2 tersayang
emm baby aku pun ada kes mcam ni,,
tak tau apa nak buat,,dokter asyik bagi obat yg sama ja'
kak bedak sejuk tu apa terbuat dari baras tu??coz anakku jg sama macam aqif..sya kat hongkong..tengah musim dingin.cuaca tak sama.
Salam.. sori lamanye mami tak buka blog ni sampai tak sedar ada komen masuk... Akak tupperware, now anak dah baik. Alhamdulillah. boleh kata memang dah hilang habis. Dia dah 4 tahun.
Atatoebae, teruk ke baby awak? Mula2 pergi klinik gov mmg dorang bagi ubat sama je. Still tak oke, so kami iktiar pergi pakar kulit. ALhamdulillah dah oke..
Eyla, saya duk Kuching. Saya bawak jumpa Pakar Kulit Dr Kon. Alhamdulillah la oke ubatnye.
Lya Ahen, bedak sejuk tu saya guna bedak sejuk yang memang dijual siap. Cuma tambah ibu kunyit dalam tu. Ubatan cara kampung. Ada bidan yang tolong buatkan.
Salam. Sy google pasal allergik ikan bilis dan jumpa blog sis. Anak sy lepas mkn ikan bilis, naik ruam d pipi. Sy pelik juga. Ari nie baru hari ke 2 mkn bubur ada ikan bilis. Ke sbb ikan bilis tue dh lama dlm peti ice.. Huhuuu..
http://ourlovebonding.com
Salam mama darwisy...
maaf baru respon. hehe...
dulu masa sy bawa aqif ke pakar kulit, dia kata ikan bilis tak bagus untuk baby. sebab takde khasiat dan boleh buat gatal2. saya pun heran jugak. sbb masa tu sayaa ada bagitau la bagi anak makan bubur letak bilis. huhuhu..
kalau elergik, mungkin kena stop. tengok bila stop ok tak . ade naik ruam tak. kadang kita kena try & error baru tau anak ni alergik ape.
Post a Comment