-->
Showing posts with label My Apron. Show all posts
Showing posts with label My Apron. Show all posts

Al-kisah disebalik terciptanya Apam CJ7




Salam 1 Pagi. Mami masih mengantuk even skrg dh kat kul12 dh. 30minit lagi jadi masih pagi la kan?ahaks Nak tau nape masih ngantuk ni? Malam tadi lah mami wat projek + pulak melayan kerenah Aqif yg duk layan Upin Ipin walaupun dh pukul 3pg...huhuhu walaupun!

Korang ni mula la hanyut tu. Jangan duk pk lain la. Mami duk wat projek apam tadi. Orang baru nak blaja wat apam mcm ni la. Orang lain dah kaya raya jual apam, aku baru nak stat kan. Choi btol! Alaa.. better lah dari tak stat langsung kan? Coklat dh lulus, tengok apam pulak jadi tak apam pokaldotnye... huhuhu..

Dari kul9 duk wat apam. Banyak betul dugaan dan halangannya. Tersangatlah menduga! Sebenarnya dari 2 hari lepas lagi nak stat buat tapi ada je yang xcukup. Merata tempat cari susu segar. bapak la susah. nasib la leh guna susu cair. Mami rembat jela susu Ideal. Eh, susu Ideal tu susu sejat. Sama ke ngn susu cair?? Ntah... Aku tibai je. Hahak

Then, bahan-bahan dah ade. Malam tu kemain la nk buat ni. Tengok la resepi die. Nak tepung 260g. Terkedu mami. 
"Gane pulok aku nak sukat tepung ni?? Takkan nak sukat pakai ml pulak? 1 gram bpe ml?"
Terbantut lagi... Esoknya mami goda dedi suh belikan penyukat tu... Nasib la dedi termakan jugak pujukan mami. Tapi dramatik jugak dedi ni. Balik-balik ckp xdapat pun mesej mami suh beli tu. Mami diam jela. Nak merajuk pun tahan jela kan. Rasa kesian pulak. Malam tu dedi mesej guna fb suh cek fail dlm beg die. last2 ade kotak penyukat tu! hehehehe... tenkiu syg!!!

Ni lah Kitchen Scale a.k.a penyukat tuh! Pinky Binky gitu. Pandai dedi pilih. Haha

Okey, bahan2 dah ada kan? penyukat pun dah ade... Malam tadi mami dengan penuh excitednye pecahkan 3 biji telur dan sekalikan dengan 200g gula. Mixer dah stanby lah ni. 
"Balik2 tekan suis, awat tak hidup ni???tekan lagi!! masih tak boleh!! uwaaaaa!!!!!!!dedi!!!!!"
Bayang r malam2 kul 10lebih ni mana nak gaga mixer lain?? hampeh punye mixer! ak baru guna sekali dua kot?? huuhuhu... last2 dedi pnjam ngan jiran sebelah. haha.. elok r tu seme pinjam yang die kan? pengukus, mixer... hahaha.... kne bg komisen nnt ni..... Ape2 pun tenkiu sgt2 cg zz ngn kak liza! kat liza kat Shah Alam 

Ni hah mixer yang xberape nak mixer! huhu hadiah masa wedding dulu. huhu

Mixer dah dapat. apa lagi mix je r adunan tu sampai kembang. Pukul punye pukul awat la tak kembang2 lagi ni.... Jenuh duk pukul die..... Kat kul 12 dh ni.. Yela sbb aku mix 3biji telur. Kalu telur putih je dulu leh gak ak agak die dh kembang ke blum. Adoiya... Al-kisahnye aku main agak jela.. letak 1 tutup esen vanila ngn 1 sudu kecik ovalette. masukkn pulak tepung ngn baking powder yg dh di ayak diselang seli ngn susu Ideal tu..

Mix dengan kelajuan kesederhana

Done! Time for kaler!!
After kaler2 tu.. letak dalam acuan lah. Kaler lah ikut suke korang. Ak xde piping bag jadi mmg xjadi r polkadot aku!! bukan kata piping bag, plastik bese pun xde. aku lupa beli..huhuhu... yang jadinye... Jeng Jeng Jeng........

Cantik pulak kaler hijau apple ni kan??

Ni lah hasil conteng menyonteng! Apam dah rupe pau dah aku tengok! Yang korang nampak pepel tu, bhgn bawah aku letak kaler pepel. Mood kaler coklat ter apply kat cini pulak! ahaks

Yang korang nmpak hitam kat dlm tu, filling coklat. Sedap!! Rasa nutella g2!

Dah ini lah hasil projek apam aku!!! Cubaan pertama! 1st aku tunjuk kat adik aku, Miro die  leh  tanye " Nde ni? Macam CJ7 je??" haha.. So, dari situ lah terciptanya Apam CJ7 aku. hehehe Agak-agak ada orang berkenan nak order tak??

Selesai sudah cubaan apam ku. orang nk niaga die nak niaga. kan xjadi pokaldot tu. org len wat cantik aku men conteng je.. Kesimpulannya, belajar lagi oke! Tapi apam tetap naik cantik. xde jerawat pon! cuma xlembut mane... nnt nk try guna susu segar pulak n pukul telur putih dulu ngn gula biar kembang baru masuk telur kuning..hehhehe... TAHNIAH mummy!!

Kari Ayam Simple

...::: ASSALAMUALAIKUM :::...

KELMARIN terasa sangat nak makan kari. Bahan-bahan pulak seme dah ade, jadi boleh jelah nak buat pon. Cuma sebelum ni tiap kali buat kari ke, gulai ke mesti ade je yg tak kena. mesti ade je yg kurang! aku ni xde air tangan ke macam orang lain? Sedeyh! 

So, terjadilah XTVT godek-godek belog resepi orang kat Encik Google! Jupe lah resepi mudah kat belog Kak Jenab ni. Sies hepi tak terkate! Simple pulak tuh! Dan yg penting... Kari I menjadi tau! My Zorro cakap, "Pergghh... pekat macam kari MAMAK! <---- agak-agak maksudnya sedap la kan? haha

Jom tengok bahan-bahan & cara nak buat die pulak k!

Sorry gambar tak cantik! Tapi rasa sedaaapp!
Perghhh! Puji diri sendiri tuh! Agagagga

BAHAN-BAHAN
  • 300 to 400 gms ayam (aku just guna 4 5 ketul ayam je! haha)
  • 3 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 1 inchi halia
  • 1 btg kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 biji bunga lawang
  • 2 helai daun pandan
  • 3-4t tbsps kari serbuk daging (aku guna kari Mak Siti)
  • 100 ml santan paket (aku pakai brand Cocolin)
  • 1 biji kentang ( 2 biji aku letak!)
  • 1 batang karot
  • 1 biji tomato (2 biji terus dibelah 4!)
  • sedikit air
CARA MEMBUATNYA
  1. Tumbuk Bawang merah, bawang putih dan halia sampai lumat (aku dah blend siap2!)
  2. Panaskan periuk dan tuang minyak. Tumis kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Campak sekali pandan, yang dah di koyak dan di simpul.  (aku tak letak daun pandan. ikut selera korang lah!)
  3. Masuk kan bahan yang ditumbuk tadi, tumis sampai garing
  4. Serbuk kari di adun dengan sedikit air untuk dijadikan pes, masuk dalam periuk, tumis hingga garing
  5. Masuk kan potongan ayam, gaul rata dan tutup periuk selama 5 minit (api perlahan)
  6. Tambah air. Then, masuk kan kentang dan karot yang telah dipotong (i tambah sayur bendi sebab ada) Tunggu sampai ayam masak dan kentang empuk
  7. Masuk kan tomato yang dah di belah dan gaul rata
  8. Masuk kan santan, rasa garam dan gula dan boleh dihidangkan

* SORRY Kak Jenab sebab saya dah modify resepi akak ikut selera saya! hehehehehe

Yang tak tahu nak masak ape harini leh r try resepi nih. Menjadi tu sebab aku abadi kan dalam belog nih! Jap ag tengahari, aku kena masak Sambal Petai pulak request from Encik Zorro lah. sape lagi kan?? Yela, balik sekolah maren aku dapat hadiah sepapan petai dari dia... Romantik kan suami aku?? Suami korang ade romantik camtu? hahahhahahah

Aqif Cap Ayam?

Jahat tak mummy cakap Aqif cap ayam?haha.. Ni gara-gara Aqif sangat berselera bila makan bubur yg mummy add ayam sebagai makanan tambahan tau! Mmg macam daddy! Nasib la daddy kipas mati Man United kalu Liverpool mmg Ayam brand sunggoh r! Hahha...

Hepi sangat2 hati mummy nih! bkn stakat hepi je, suke, bahagia, seronok dan semelah yg sewaktu dengannya! Sebelum ni komain susah nk bagi makan sampai mummy pun fedup lah jugak! 
sgt xbagus kan? huhuhu... aku insan yg lemah! 
setakat makan 1 2 sudu baik tak payah la syg wei.. 
buat penat mummy masak je. 

Bile dh 7 bulan ni baru lah mummy berani nak bg Aqif rase ayam. Asyik bubur kosong ngn puree carrot je mesti tekak Aqif kembang jugakkan?hihi... Mula-mula aku buat bubur+carrot+ayam. Suapan pertama, die buat muka jugak last2 tertekan jugak hampir semangkuk walaupun mengambil masa yg agak lama la jugak utk habiskan bubur die nih.

Then kelmarin, after mummy dah ade kekuatan untuk try resepi baru hasil mummy godek-godek kat tenet (correction! mummy malas sebenarnya! la la la) bubur + sawi + carrot + ayam  jadi lah bubur baru untuk Aqif! Lazat sangat sebab die mmg berselera sangat2!!

RESEPI CUBAAN PERTAMA

Picture Loading.......
Rupe sebelum di blend...

Bubur + Carrot + Ayam
Selepas di blend
Enak sekali!

Cara buat? Masak bubur. 
Bile agak-agak bubur dh separuh nk masak tu letak ayam + carrot. 
Bile ayam dah masak, carrot dh lembut, angkat jela.
Tunggu suam sikit, aku pun blend je!

CUBAAN RESEPI KEDUA

Picture Loading......
Ni pulak bubur + carrot + sawi + ayam
Selepas di blend...
Rasa yg menawan! Bubur Aqif! ^_^

Cara buat? Senang je... 
Kompem-kompem la buat bubur dulu..
Then, rebus ayam. Aku letak bawang putih 2 3 ketul biar wangi sikit.
Bila dah siap direbus tu, masuk je carrot. Tak payah masukkan perasa apa-apa sebab carrot dah buat sup  rase sedap! Agak-agak carrot dh empuk, aku asingkan sup untuk Aqif dgn untuk Aku ngn Suami. 
Sup Aqif tu aku masukkan je dlm periuk bubur die yg dh jadi bubur tu. Kacau-kacau biar rata then masuk je sawi (daun je) yg aku dah potong halus2... Jangan lama takut sawi layu. Dah msak tu, biar suam sikit then blend jela... Taaarrrraaa!! Siap lah bubur Aqif untuk di makan....

Puding Kastard Marble

Heloowwww... dah lain macam je sebutan die! haha.. Nah resepi puding yg aku janjikan aritu... Atceli aku amek resepi puding ni dalam tenet jugak. Juz aku upgrade je ikut bahan2 yg ad kat dapoo... Jom r try! Sedap jugak puding nih... (cuma puding aku lembek skek! Ahaks)  Tenkiu akak resepi! =)


Resepi Puding Kastard Marble

Puding Kastard Marble Versi Mummy Aqif

Bahan-bahan ( 8-10 org )

1 paket agar-agar saiz besar (aku guna 1 paket yg kecik tu yg lembek tu! adoi!)
6 cawan air
2 cawan gula ( aku gune 1 cawan gula je sbb xsuke manis sangat)
2 sudu besar tepung kastard
1 camca besar serbuk koko ( aku gantikan dengan pewarna merah)
1 biji telur (aku guna 2 biji telur. suka suki aku je kan! haha )
1 camca kecil esen vanila 
1 camca kecil perasa oren (aku tambah sendiri!)
1 tin susu cair
secubit garam 


Cara-cara
  1. Didihkan air dan agar-agar hingga larut.
  2. Masukkan gula,susu cair, esen vanila, tepung kastard yang telah dibancuh dengan sedikit air,telur yang telah dipukul dan garam.
  3. Apabila mendidih, angkat dan tapiskan.
  4. Bahagikan dua. Satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko yang telah dibancuh. Bahagian kedua biarkan dengan warna asal.
  5. Tuangkan agar-agar kuning ke dalam acuan berselang-seli dengan warna coklat. Buat begini sehingga habis. Simpan di dalam peti sejuk.

* Aku bahagikan pada 3 bahagian. Satu bahagian dicampur dengan pewarna merah, satu bahagian dicampurkan perasa oren dan satu bahagian lagi biarkan dengan warna asal... Jadi itulah hasilnye! 

Tunggu apalagi kawan2?? SELAMAT MENCUBA JUGAK YE!

Previuos Entry