-->
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

PUNCA KEGUGURAN


Tadi duk FB ngan kawan masa sekolah rendah dulu. Last mesej ngan die, die ngah pregnant 1st baby. Seronok lah bile tahu bunting pelamin. Mummy pun share2 lah tips yg mana mummy tahu taim pregnant kan Aqif aritu. Excited lah kan kawan-kawan pun dah sama-sama nak besarkan cawangan! Ahaks! Mummy tanya lah "baby sehat?" Tapi mummy dikejutkan dgn jawapan slamber "baby yang hari tu dah arwah sarah... :)" Tabah sungguh kamu, Zufarahiyah! Syukur jugak sebab now die ngah pregnant for 2nd pregnancy pulak! Alhamdulillah... Jaga leklok kesihatan kamu. Sejarah mungkin berulang kalau kamu stress lagi! huuhuhu

Ni mummy nak share1 info hasil mummy godek-godek tadi kat tenet! Hope leh bagi kamu maklumat yang baik & berguna buat kamu semua oke! Sayang kamu!





MW Bil 871 28 Julai-4 Ogos 2000

PAK BIDAN OH PAK BIDAN

Kelolaan SITI ZARINAH HUSAIN


Keguguran merupakan salah satu fenomena yang biasa. Bagaimanapun, keguguran merupakan sesuatu yang amat ditakuti bagi setengah-setengah wanita. Ada yang berpendapat, kalau boleh setiap kali mengandung, biarlah sehingga bayi yang dikandung selamat dilahirkan.

Ada di kalangan wanita mengandung dan mengalami keguguran berulang kali. Ikuti penerangan selanjutnya berdasarkan soal-jawab bersama Prof Datuk Dr. Hamid Arshat.


SOALAN: Jika seseorang wanita mengandung dan kemudian mengalami keguguran berulang kali, apakah ini merupakan sesuatu yang normal?



JAWAPAN: Wanita yang mengandung kemudian gugur, ia sebenarnya perkara biasa. Tetapi jika ia berlaku sekurang-kurangnya sehingga tiga kali berturut-turut, wanita ini mempunyai masalah dari segi kesuburan. Khususnya bagi wanita yang masih belum dikurniakan zuriat. Maksudnya setiap kali wanita ini mengandung, dia mengalami keguguran.



Keguguran yang berlaku biasanya wanita mengalami pendarahan. Pendarahan ini berlaku lebih banyak dari pendarahan haid. Namun ada juga yang mengalami pendarahan sedikit sahaja. Bagaimanapun, tak semestinya keguguran berlaku mengeluarkan darah.



SOALAN: Bagaimana pula yang dikatakan keguguran berlaku tanpa mengakibatkan pendarahan?

JAWAPAN: Jika pusingan haid seseorang wanita itu teratur, iaitu sebulan sekali, kemudian jika mengalami kelewatan haid seminggu misalnya, dia sudah boleh mengadakan ujian air kencing.

Jika ujian air kencing didapati positif, bererti wanita itu mengandung. Selepas dua minggu, doktor boleh melakukan scan ke atas kandungan wanita itu. Melalui scan tersebut, segumpal daging akan kelihatan dan di bahagian tengahnya ada denyutan jantung.

Tanda sedemikian akan kelihatan paling lewat sekalipun, dua bulan kandungan ia sudah boleh dilihat melalui scan. Namun, jika denyutan jantung itu tidak dapat dilihat sewaktu scan, biasanya , kandungan itu tidak dapat diteruskan.

Biasanya doktor akan memberi tempoh sehingga tempoh dua minggu lagi. Khususnya untuk wanita yang mempunyai pusingan haid tidak teratur.

Bukan semua orang mengalami pendarahan sewaktu keguguran. Ada kalangan wanita tidak mengalami pendarahan sebagai tanda dia mengalami keguguran. Contohnya, jika doktor melakukan scan, kandungan tidak membesar atau janin didapati tiada, walaupun tiada turun darah. Perkara ini menyebabkan orang percaya kandungan dimakan bunian.


SOALAN: Apakah tanda-tanda tertentu yang boleh menjadi petunjuk bahawa kandungan seseorang wanita itu kuat, atau tidak mudah mengalami keguguran?

JAWAPAN: Sebenarnya menilai kandungan kuat atau tidak, kalau wanita mengandung mengalami loya dan muntah lagi bagus. Maknanya hormon kandungannya itu tinggi, kalau tiada tanda, kadang-kadang kandungan boleh terancam, dan menghadapi banyak masalah. Jadi bagi wanita yang mengandung jangan pandang perasaan loya dan tiada selera makan sebagai sesuatu yang negatif.


SOALAN: Apakah faktor yang menjadi penyebab kepada keguguran?

JAWAPAN:

Faktor Pertama:

Sebenarnya kalau mengikut kajian, sebahagian besar wanita menganduang mengalami keguguran mungkin bakanya, iaitu kromosom atau gen ada mengalami kerosakan.

Tak semestinya menandakan baka di pihak suami atau isteri mengalami kerosakan, tetapi ketika di dalam proses percantuman benih dan telur berlaku kesalahan. Akibatnya benih dan telur bercantum akan rosak dan akan berlaku keguguran.

Jika setiap kali wanita mengandung kemudian gugur, baka suami atau isteri, akan dikaji. Kadang-kadang salah satu kromosom mereka abnormal. Jika ia berlaku, keadaan ini tidak dapat dibaiki.

Pasangan sedemikian tiada jalan lain selain mengambil anak angkat. Bayi tabung uji boleh dilakukan dengan menggunakan benih penderma, namun kaedah ini tidak dibenarkan dari segi undang-undang dan agama Islam.

Faktor kedua:

Mungkin juga penyakit dalam rahim yang sering dikaitkan endometriasis (rahimnya jatuh ke belakang), dan fibroid juga boleh menyebabkan keguguran berulang-ulang. Wanita yang mengalami penyakit endometriasis dan fibroid ini kadang-kadang mengalami keguguran biarpun usia kandungan sudah mencecah antara 4 hingga 5 bulan.

Faktor ketiga:

Jangkitan kuman pada darah wanita yang mengandung.

Wanita yang mengandung kadang tidak menunjukkan sebarang tanda penyakit atau kesakitan, kemudian mengalami keguguran.

Apabila darahnya diperiksa, darahnya dijangkiti kuman. Kuman pada darah itulah yang merosakkan kandungan. Antaranya seperti kesan beberapa jenis virus CMG, herpes simpleks dan rubela.

Begitu juga dengan sejenis parasit toksoplasmosis yang ada pada badan kucing boleh menyebabkan keguguran. Oleh itu bagi wanita yang sering mengalami keguguran dan memelihara kucing, perlulah sentiasa berhati-bati.

Biarpun kucing peliharaan itu dijaga dengan baik dan bersih, tetapi parasit itu tetap ada pada bulu-bulu kucing dan tidak kelihatan pada mata kasar.


SOALAN: Apakah langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan dari keguguran berulangkali ini?

JAWAPAN: Selepas pemeriksaan dilakukan, jika ujian mengesan virus dilakukan dan ia menjadi faktor keguguran, wanita itu perlu mengambil inisiatif untuk memperkuatkan ketahanan diri. Doktor boleh menasihatkannya untuk mengambil vitamin C dalam dos tinggi, dan multi- vitamin E.

Apabila seseorang mengandung sejak dari peringkat awal lagi, amalkan pemakanan berkhasiat, ambil juga asid folik dan vitamin yang disebutkan sehingga kandungan berusia tiga bulan.

Penting juga kalau boleh wanita yang mengandung diberi rehat tiga bulan, dari bekerja. Antara perkara menyebabkan keguguran ialah stress dari segi fizikal dan mental. Ada baiknya jika wanita ini berehat sehingga tiga bulan.

Mereka digalakkan berehat, banyakkan baring dan tenangkan fikiran. Di samping itu, jauhkan persetubuhan kerana adakalanya persetubuhan pada peringkat mengandung boleh menyebabkan rahim kuncup dan mengakibatkan keguguran.


SOALAN: Apakah ada kaedah lain untuk mengatasi masalah ataupun kaedah yang boleh dilakukan bersama rawatan yang diberikan secara moden bagi mengatasi keguguran secara berulangkali ini?

JAWAPAN: Ada setengah cara rawatan pesakit dimasukkan ke hospital, rawatan secara gantian darah protein untuk memperkukuhkan darahnya. Ada juga yang percaya bahawa peranan makhluk halus menjadi penyebab kepada keguguran dan kecacatan. Bagi wanita yang sedang haid memang tidak boleh melakukan solat dan membaca quran, ketika itu gangguan boleh berlaku, khususnya jin. Oleh itu ada baiknya wanita yang sedang haid digalakkan membanyakkan membaca selawat ke atas nabi.

Bagi wanita mengandung dan mudah gugur, sewajarnya memperkuatkan rohani dengan mengamalkan bacaan ayat Kursyi sambil memegang rahim hingga tertidur.

Jom faham OVULASI kita!



Apakah itu Ovulasi? 

Ovulasi berlaku apabila satu telur atau lebih dilepaskan dari salah satu ovari anda. Ini adalah masa yang paling subur dalam kitaran haid anda. Setiap bulan, 15 hingga 20 telur matang dalam ovari. Telur yang paling matang dilepaskan ke dalam kaviti pelvis dan ditarik masuk ke dalam tiub falopio. Tiada ketepatan ovari mana yang akan melepaskan telur. Ovulasi tidak semestinya berlaku secara bergilir-gilir antara ovari bagi setiap kitaran. 


Bagaimanakah ovulasi menentukan bila saya boleh hamil? 


Untuk hamil secara natural, satu telur dan satu sperma mestilah bertemu dalam tiub falopio sebelum telur itu mati. Sesuatu telur itu boleh hidup tidak lebih dari 24 jam selepas ovulasi; kecuali, ia di senyawakan oleh sperma. Walau bagaimanapun, sperma boleh hidup lebih lama dalam salur genital anda (vagina, uterus atau tiub falopio. Adalah didapati bahawa sperma boleh hidup dalam badan anda sehingga tujuh hari. Walau bagaimanapun, sperma mempunyai motiliti terbaik (bergerak pantas, lazimnya mengikuti jalan lurus) dihasilkan apabila seorang lelaki itu secara purata mengeluarkan mani setiap tiga atau empat hari sekali. 

Ini bermakna anda tidak perlu menjadualkan hubungan seks tepat pada masa ovulasi untuk menjadi hamil. Adalah lebih realistik untuk bergantung kepada "ruang subur terbuka" selama lebih kurang empat atau lima hari bila sperma hidup dan sihat boleh bertemu telur ovulasi yang baru.


Bagaimana hendak menentukan bilakah saya paling subur? 


Ovulasi selalunya berlaku 12–16 hari sebelum haid anda bermula semula. Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid 28 hari (hari pertama haid adalah Hari 1), ovulasi berlaku sekitar Hari 13 hingga ke 15. Panjang kitaran haid normal, walau bagaimanapun, adalah antara 23 hingga 35 hari, jadi ovulasi boleh berlaku lebih awal atau lebih lewat dalam kitaran itu. 

Cara yang paling mudah untuk menentukan masa subur anda ialah dengan memberi perhatian kepada badan anda dan belajar mengawasi tanda-tanda yang ovulasi itu akan berlaku. Cubalah kalkulator ovulasi anda untuk membantu anda menentukan bila masanya "ruang subur" anda. Kemudian eloklah anda membiasakan diri dengan kitaran perubahan hormon dan fizikal yang berlaku pada diri anda setiap bulan. 

Perubahan mukus serviks. Beberapa kajian mendapati bahawa mengesan perubahan mukus serviks adalah cara yang tepat dan berguna bagi wanita untuk meramalkan hari yang paling subur mereka. Apabila kitaran anda berjalan, volum mukus serviks anda meningkat dan bertukar tekstur. Volum yang banyak dan perubahan tekstur menunjukkan peningkatan tahap hormon estrogen dan memberitahu anda bahawa ovulasi akan berlaku dalam sedikit masa. Anda dianggap paling subur apabila mukus itu menjadi jernih, licin dan anjal. Peranan mukus ini adalah bagi memelihara, melindungi dan mempercepatkan sperma dalam perjalanannya naik melalui uterus dan masuk ke dalam tiub falopio untuk pertemuan dengan telur anda. Ramai wanita mengatakan yang mukus yang berlebihan dan berair pada tahap ini sama seperti putih telur.

• Sakit pinggang. Sebanyak seperlima wanita dapat merasa aktiviti ovulasi, yang merangkumi sakit-sakit dari yang ringan kepada sakit tajam dan menusuk. Ada wanita yang menggambarkannya sebagai "sakit pinggang sebelah" atau keradangan di tempat spesifik. Kondisi ini, bergelar mittelschmerz (sakit di tengah), berlanjutan dari beberapa minit hingga ke beberapa jam. Jika anda perasan sakit serupa pada masa yang agak sama setiap bulan, periksalah kondisi mukus serviks anda juga. Sakit ovulasi boleh menjadi panduan berguna bagi setengah wanita untuk mengetahui ruang subur mereka. 

Mungkin ada tak menyedarinya, tapi mungkin ada tanda-tanda lain yang menunjukkan yang anda berada di masa yang paling subur. Kajian-kajian tentang perubahan penampilan dan perlakuan sepanjang kitaran haid telah menjadi lebih popular kebelakangan ini. Fikirkan kembali kitaran haid anda dan anda mungkin dapat mengesan bahawa separuh daripada yang berikut menjadi lebih ketara apabila anda mendekati ovulasi. 

Rasa seksi dan suka memikat. Libido meningkat, perasaan riang dan lebih sosial adalah tanda-tanda yang anda berada di masa paling subur. Anda mungkin sedar akan peningkatan perasaan berahi semasa anda berada dalam fasa ovulasi di kitaran haid anda. Samada berkahwin atau tidak, semasa berada dalam ruang subur wanita suka keluar rumah, terutama ke tempat-tempat di mana mereka boleh bersosial dengan lelaki lain, bergurau dan cuba memikat. Jika berkahwin, anda mungkin sedar yang pada masa ini suami menjadi lebih cemburu dan lebih memberi perhatian. 

• Kelihatan bergetah, bergetah, bergetah! Kajian mendapati bahawa kedua-dua aspek iaitu perasaan berahi dan kecantikan diri iaitu daya-tarik meningkat semasa anda mendekati ovulasi. Kajian baru-baru ini melaporkan yang wanita menyatakan mereka merasakan diri lebih menarik dari segi rupa dan bentuk badan pada masa subur ini. Anda juga akan kelihatan menarik kepada orang lain sebab wanita lebih mengambil berat tentang kecantikan diri semasa mereka subur. Dengan tidak disedari, anda mungkin memilih baju yang menambahkan daya-tarik anda dan lebih berusaha berdandan dan menghias diri; dan wanita kelihatan lebih bergetah lebih hampir kepada ovulasi. Walaupun kita tidak fikir kita juga menggunakan peragaan seksual, seperti terdapat di dunia haiwan, namun, kita tetap menggunakan muslihat feminin kita untuk menarik perhatian jejaka yang utama dalam hidup kita. 

• Bau yang membuat lelaki gila. Anda bukan saja kelihatan cantik, bau anda juga amat, amat menghairahkan! Adalah didapati bahawa wanita berbau secara lebih menggodakan lelaki apabila mereka dalam fasa ovulasi berbanding masa-masa ruang subur telah berlalu. Anda mungkin menyangka yang tiada siapa mengetahui yang anda sedang ovulasi, tetapi feromon yang sememangnya ada, membuka rahsia.


Bagaimana untuk meningkatkan kebarangkalian konsepsi 


Jika anda melakukan seks tanpa perlindungan setiap dua atau tiga hari, sperma yang mempunyai motiliti baik akan berada di tempat yang sesuai bila saja anda melalui ovulasi. Seks secara teratur sepanjang kitaran anda adalah kaedah yang pakar-pakar kesuburan syorkan untuk menambah kebarangkalian menjadi hamil. Jika melakukan hubungan asmara semasa mukus serviks anda berair dan licin, ini paling menggalakkan sperma, dan menambahkan kebarangkalian konsepsi. Anda akan merasa senang hati sebab mengetahui yang peluang untuk berjaya amat baik.

Bagi pasangan yang subur normal, terdapat 20 hingga 30 peratus kebarangkalian hamil bagi setiap kitaran. Ini bermakna di sekitar 84 peratus wanita yang melakukan seks teratur tanpa menggunakan kawalan kelahiran akan hamil dalam tempoh satu tahun. Jika mereka terus mencuba, separuh dari yang tidak berjaya akan hamil pada tahun berikutnya, menjadikan jumlah besar 92 peratus pasangan yang berjaya konsepsi dalam tempoh dua tahun.

SUMBER: Baby Center

3 CARA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK

Ada 3 perkara perlu dilakukan


1 – Ubah Diri Sendiri.

Kadang-kadang kita sering berfikir bagaimana hendak mengubah sikap anak-anak. Tetapi kita sering terlupa bahawa anak kita adalah cermin kepada diri kita sendiri. Bagaimana mereka melihat kita, begitulah sikap mereka. Adalah kurang baik untuk kita cuba mengubah sikap anak kita sepertimana yang kita mahu sedangkan kita sendiri tidak berubah ke arah itu.

Jangan sesekali terfikir yang kita sudah terlambat untuk mengubah sikap, kerana untuk mengubah sikap ia bergantung kepada kemahuan dan usaha kita sendiri. Tiada kaitan dengan masa atau umur. Jika kita sendiri rasa bahawa kita sudah terlambat, maka sikap yang ada pada anak-anak kita itu sudah tentu tidak dapat diubah lagi.


2- Marah dengan menyebut kebesaran Allah dan dengan nada yang sederhana.

Apabila marah, marahlah dengan menyebut nama Allah. Biasanya apabila kita marah kita sering terlupa bahawa apa yang berlaku itu adalah ketentuan dari-Nya. Dengan menyebut nama Allah kita akan kembali ingat kepada-Nya meskipun dalam keadaan marah. Usah menengking-nengking dengan kuat kerana perbuatan itu hanya akan menyebabkan hati kita semakin panas membakar. Bercakap dengan nada yang sederhana dan tegurlah dengan baik.


3- Banyakkan berzikir, selawat dan mempelajari ilmu agama bersama-sama anak. Tanamkan ke dalam hati kita dan hatinya rasa cinta kepada Allah dan rasul-Nya.

Hanya diri yang kuat ingatannya pada ilahi dan kuat imannya akan menjadi seorang yang tenang. Begitu juga anak-anak. Mereka akan melihat bagaimana kita menghadapi sesuatu situasi. Jika kita sering kelihatan tenang dan bersahaja, mereka juga akan terikut-ikut dengan sikap itu. Namun untuk bersikap tenang kita perlu menyucikan hati dengan selalu mengingati Allah.

Dari persoalan ini jelaslah kepada kita bahawa tiada istilah terlewat dalam mendidik anak-anak mahupun mendidik diri sendiri. Sebab itu Allah sentiasa membuka pintu taubat dan sudi mengampunkan dosa mana-mana sahaja hambanya yang ingin bertaubat. Tidak kira berapakah umur mereka. Manusia sentiasa boleh berubah.

Saya gembira saudari menitikberatkan soal mendidik anak-anak. Ketahuilah bahawa Allah mengurniakan ganjaran yang besar untuk mereka yang menyayangi anak-anak. Di bawah adalah 9 fhadilat mendidik anak yang saya petik dari blog Anakkusoleh.com:

  1. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.
  2. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
  3. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
  4. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.
  5. Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; “Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.” Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi.”
  6. Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.
  7. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
  8. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya,darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus akuberbakti? ” Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.” Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.” Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”

Subhanallah..Begitu banyak ganjaran yang Allah kurniakan kepada mereka yang menyayangi anaknya. Semoga kita semua mendapat fadhilat yang dinyatakan di atas. InsyaAllah…



SUMBER: DIPETIK DARI Blog WanWMA


Tarikh jangkaan bersalin - Mengapa tidak tepat?


Berdasarkan tarikh jangka bersalin, hanya 5 sahaja menepati masa. Selebihnya tersasar dari jangkaan. Mengapa hal ini berlaku? 

Sesungguhnya tidak ramai ibu yang dapat melahirkan bayi mereka tepat pada tarikh jangkaan yang ditetapkan oleh doktor. Dianggarkan 1/3 kelahiran berlaku seminggu sebelum atau seminggu selepas tarikh jangkaan. Biarpun begitu, tarikh jangkaan bersalin tetap penting! Ini bagi membantu doktor mengetahui tarikh jangka bersalin agar dia dapat mengenal pasti risiko yang mungkin berlaku. 


1. Haid 

Setelah doktor mengesahkan kehamilan anda, seperti biasa anda akan ditanya tarikh hari pertama haid terakhir (Last Menstrual Period - LMP). Kaedah ini dikenali sebagai Peraturan Naegele. Mengikut kiraan Naegele, anda dijangka bersalin selepas sembilan bulan tujuh hari daripada tarikh yang dinyatakan. Walau bagaimanapun, sistem kiraan ini hanya bersandar kepada jangkaan. Kiraan hanya akan jadi tepat sekiranya kitaran haid anda ialah 28 hari dan hari subur anda adalah pada hari ke- 14. Di sini, biasanya masalah akan timbul apabila tidak semua wanita melalui kitaran haid yang sama setiap bulan. Jadi, anda mesti mencatat atau menandakan tarikh haid anda setiap bulan sama ada dalam kalendar, diari atau buku catatan terutama apabila anda tidak menggunakan sebarang kaedah pencegahan hamil. 
  • Mengira tarikh kelahiran 
Tarikh boleh diramalkan dengan mengira ke hadapan 40 minggu (280 hari) dari hari pertama haid terakhir. 

Ini berdasarkan kenyataan bahawa persenyawaan berlaku dua minggu selepas hari pertama haid. Cara begini, anda diramalkan untuk membawa kandungan selama 38 minggu. 

Cara lain untuk mengira tarikh kelahiran adalah seperti berikut: 

1. Pastikan hari pertama haid puan yang terakhir. 

2. Campurkan tujuh hari. 

3. Tolak tiga bulan. 

4. Campur setahun 

Sebagai contohnya: 

1. 7 Jun 2010 + tujuh hari = 14 Jun 2010 

2. 14 Jun 2010 - tiga bulan = 14 Mac 2010 

3. 14 Mac 2010 + setahun = 8 Mac 2011 


Sekarang, pengiraan telah meramalkan kelahiran anak puan pada 14 Mac 2011. 

Dalam pada itu, jika anda benar-benar pasti tarikh persenyawaan, maklumkan kepada doktor. Jadi, dia dapat mengira tarikh jangkaan bersalin berdasarkan tarikh yang telah anda beri. 


2. Ujian imbasan 

Sudah menjadi kebiasaan kebanyakan doktor untuk menjalankan ujian imbasan bagi membantu mereka mendapatkan tarikh jangkaan bersalin anda. Ujian ini biasanya dilakukan sekitar minggu ke-10 hingga 13. Menerusi ujian yang dilakukan, doktor bukan sahaja dapat mengetahui tarikh jangkaan bersalin, malah dia dapat mengukur saiz bayi anda. Dari situ dia dapat melihat sama ada ia berpadanan dengan LMP anda. 

Terdapat carta khusus yang dapat menunjukkan purata saiz fetus bagi setiap tahap usia kandungan. Jika saiz bayi anda besar ataupun kecil daripada saiz normal, tarikh jangkaan anda akan diubah. Jangan khuatir kerana keadaan ini tidak bererti bayi anda abnormal ataupun tidak membesar dengan sempurna tetapi ini menunjukkan tarikh jangkaan asal yang diberikan oleh doktor sebelum ini, mungkin terlalu awal ataupun lambat.

Cuma sebagai hamba Allah Yang Maha Mengetahui, bile baby tu nk kuo bkn keje kite huhu...sains dan doktor hanya memberi anggaran tp yg menentukan tu sume keje Dia huhu...so sabar je menunnggu sepertimana aku yang sabar menunggu kelahiran Aqif Rizqi aritu. 10 hari lewat dari jangkaan... Hehehehe


Sumber: tagtag.com/m4m4sue

Previuos Entry