-->
Showing posts with label Ibu Hamil. Show all posts
Showing posts with label Ibu Hamil. Show all posts

TAHNIAH! Anda Mengandung....




Salam 1 Jumaat semua. Nampak tak title?  Mesti korang nampakkn kalu tak, takdenya korang saje2 bukak entri ni bace kan? Sape lah tak happy bile ade Doctor yang wish macam tu kan? Aku? Aku je yang tak happy... 

Memang aku tak happy! Why?? Sebab takde pun Doctor yang wish macam tu kat aku! Sebab g cek ngn hospital kerajaan kot. Doctor macam poyo skek! Ntahlah salah hospital or doctor sebenarnya ni. Ak rase kalu kat swasta ni, mesti doctor senyum lebar nak bagitau this good news! Tu yg ade kes suami melompat sampai ke siling gara-gara happy sgt. Eh.. Ada ke?? Aku tipu jelah! Ahaks...

Pas dapat result dari ujian makmal, test air kencing tu aku pun dengan senang hati lah buka report card aku. Even dalam hati macam tak konfiden jgk ngn pregnancy test kit yg aku wat kat rumah tu tapi hati aku kuat nak tengok result die. Kalu tunggu Doctor tu bacakan memang taklah! I hate u doctor! Tiba-tiba kan... haha Jeng-jeng jeng... senyum sememek aku bile tgk die tulis positif... yes!! Alhamdulillah... Once again for the second time... Very love this moment... ^_^

Dan seperti yang dah dijangka, bile masuk balik blik tadi jumpa Doctor Keling India tadi (woot! marah sangat nampak?) dengan tak tengok muke aku, die conteng ape ntah kat report card tu then die bg kat assistant die. So, ak ckp ngn assistant die jela. Nasib la peramah jugak budak tu. Kalu tak ade aku smackdown dua-dua kat situ. Huhuhu... Aku cantik lagi tau Doctor yang sampai hati kau taknak tengok aku tu nape?? Wahh.. sentap disitu... Hahaha... Ada kaitan ke??

So, habislah al-kisah aku mengandung lagi ni... Aku kira2 sendiri maybe due aku bln2 thn dpn... akhir bulan mcmtu lah... hihik... cuma sedih n takut memikirkan yg suami aku mungkin tak sempat teman aku dlm labor room nnt...huhuhu... k. taknak cite kisah sedih! bye! 


notakaki: Moga kehamilan ini makin mendekatkan aku kembali dengan Maha Pencipta dan mendidik aku menjadi muslimin sejati serta mengasuh aku menjadi ibu yang mithali... Aqif, awak dah jadi Abang Besar tau! Aqif senyum je sambil cium perut mami... Hehehhe... Sayang Aqif! Akhir kalam... TAHNIAH! Anda mengandung lagi, Sarah Nadia.. Wish pada diri sendiri jela... Ahaks!

PANTANG LARANG WANITA HAMIL & BAYI




Pantang Larang Orang Melayu Tradisional merupakan kepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan adalah bertujuan untuk mendidik masyarakat agar mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. 

Pantang Larang Ibu Hamil

1. Dilarang mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat.

2. Dilarang memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan.

3. Dilarang memaku, memahat, mengail atau menyembelih binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahit bibir terbelah atau mengalami kecacatan.

4. Dilarang bergaduh dengan ibu mertua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak.

5. Dilarang makan sotong, dikhuatiri menghadapi masalah ketika bersalin. Anak mungkin tercerut tali pusatnya.

6. Dilarang mencerca atau melihat sesuatu yang ganjil, dikhuatiri akan kenan.

7. Dilarang minum air tebu atau kelapa di awal kehamilan, dikhuatiri anak akan gugur.

8. Dilarang melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling.

9. Dilarang melangkah kucing yang sedang tidur, dikhuatiri mata anak tertutup seperti kucing yang sedang tidur.

10. Dilarang menyusup di bawah penyidai, nanti anak akan terencat.

11. Dilarang makan makanan yang berakar seperti pegaga, nanti terlekat uri.

12. Dilarang tidur waktu tengahari, nanti kepala anak akan menjadi besar.


Pantang Larang Bayi

1. Bayi tak boleh ditegur jika badan gemuk, cuma katakan ‘semangat’ kerana ditakuti menjadi kurus.

2. Dilarang memicit mulutnya, nanti tiada selera makan.

3. Tak boleh diletak bayi atas lutut, nanti mendapat sakit perut.

4. Sisa makanan bayi tak boleh dimakan oleh ibu bapa, nanti melawan cakap.

5. Tak boleh dicium sewaktu tidur terutama di atas ubun-ubun kepala dan pada pusatnya kerana dikatakan pendek umur.

6. Kain lampin tak boleh direndam, nanti kembung perut.

7. Sewaktu bayi sedang tidur, kadangkala kita melihat dia tersenyum, ketawa dan ingin menangis. 
Jangan kejutkan kerana dikatakan bayi sedang bermain dengan urinya.

8. Tidak boleh menghembus mulutnya, nanti menjadi bisu.

Apa yang disebut bukan untuk dipercayai tetapi untuk dihayati mesej yang tersembunyi di sebalik pantang larang yang telah diperturunkan secara lisan sejak zaman berzaman. 

notakaki: Berhati-hati dengan amalan pantang larang ni. Kerana mempercayai dengan yakin bahwa sesuatu boleh mendatangkan mudarat, selain Allah boleh membawa kepada syirik.

20 tulang dipatahkan serentak semasa bersalin? seram...











Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak. 

Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa. 

Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.


banyak kelebihan ......renung2kan lah dan selamat beramal...hehehe...


notakaki: seram jugak tengok-tengok gambar dalam Pakcik Google masa duk google gambar sakit bersalin ni... Uiishh... macam tu lah aku time bersalinkan Aqif kan? Kuasa Allah... takde la sakit sangat time bersalin tu. Lepas bersalin tu yang tak tertanggung... Agagagaga.... Tahun depan sorang lagi! Anda bila lagi? hahahaha...


Jadual Menentukan Jantina Anak Anda



Mami ada jumpa satu lagi ni artikel pasal nak anak perempuan ke, nak anak laki. Memang menurut kajian, terbukti gak la dalam 80 peratus. Tapi korang try-try la cek dulu, betul ke tak. Jadi ke tak. Jangan taksub sangat okey. Kita layan suke-suke je...

Meh nak terang sikit bagi yang 1st time tengok mende alah ni. Nampak tak jadual ni ade dua elemen subjek iaitu Umur Isteri Anda (Row-Melintang) & Bulan Mula Mengandung (Column-Menegak). 


Korang tengok contoh ni :
Umur mami masa mengandungkan Aqif = 24
Bulan mula mengandung = Jun
Result = M = Male = Aqif Rizqi lah! hehe
Paham tak lagi??

Korang try la jadual nie.. Kalu rase ianya benar, benarlah. Kalu rase jadual ini silap, maka jangan salahkan sesiapa kerana ini hanya kajian manusia. Kita merancang, Allah s.w.t yang menentukan segalanya.. 

- Sekian -

notakaki: Tahun depan mami 26, nak baby gurl means bulan Februari dah leh start dah projek ni. Hahaha

Tips Hamil Anak Perempuan






Dr. Hamid Arshad's ovulation guide for baby's gender


Original Message Excerpts from Dr.Hamid Arshad's Q&A article : 
Sang isteri mahupun sang suami sekalian..bolehlah membuat pengiraan dari tarikh sang isteri datang haid. Contoh pengiraan adalah seperti dibawah, :-


KALENDAR KESUBURAN BULANAN 
( cth; sekiranya haid sang isteri jatuh pd 1hb )


Hari Haid : 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 ( 10hari )


Hari Subur ( Anak Lelaki ) : 11,12,13,14,15,16,17 ( 7 hari )


Hari Subur ( Anak Perempuan ) : 18,19,19,20,21,22,23 ( 7 hari )


Hari Tidak Subur : 24,25,26,27,28,29,30 ( 7 hari )

Berdasarkan kalendar di atas, Puan-puan bolehlah sesuaikan dengan tarikh terakhir haid puan-puan bagi mendapatkan tarikh yang sesuai untuk bersama suami bagi mendapatkan anak. Sekiranya haid Puan jatuh pada 23hb, maka sesuaikan dengan kalender tersebut di atas. Tulislah tarikh tersebut dengan tulisan kecil di bahagian atas kelender tersebut, supaya Puan mendapat tarikh yang sebenar untuk bekerja keras bersama suami.

Walaupun masa haid Puan hanya selama 6 atau 7 hari, tetapi telur akan mula berfungsi selepas hari ke 10.

Jadi pada hari ke 11 hingga 17, Puan dalam keadaan subur yang amat sangat dan kemungkinan untuk mendapat anak lelaki adalah cerah.

Mulai tarikh 18 hingga 23, adalah hari-hari untuk mendapatkan anak perempuan

Bila tiba pada hari tidak subur di atas 24 hingga 25 ( lagi seminggu nak period ) puan akan rasa sakit-sakit badan, sakit kepala dan moody. Itu salah satu tanda puan akan didatangi haid dalam masa seminggu dan waktu period semula akan jatuh pada 30hb ( selalunya akan tercepat atau selewat sehari ) dari tarikh period terakhir.

Sekian... Nak tengok jadual boleh usha-usha kat sini. Klik sampai lebam okey!


notakaki: Tips ini hanya untuk mereka yang SUDAH BERKAHWIN SAHAJA! Dan ingat tau kawan-kawan... Kita hanya merancang, Allah yang menentukan... Time Aqif dulu, mami main niat je... hahaha

4 CARA SEORANG IBU HADAPI KEPERITAN DUGAAN HIDUP



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .



(1) Kehidupan perlu diteruskan
Apabila sehingga tiada lagi titisan airmata yang mampu dikeluarkan, beliau terfikir adakah ini bermakna pengakhiran untuk hidup beliau juga? Pasti tidak, kerana beliau tahu walau bagaimana sukar sesuatu dugaan itu, hidup perlu diteruskan. Seseorang tidak akan berjaya untuk menghadapi sesuatu dugaan selagi mereka sendiri tidak berusaha untuk cuba menghadapinya.


(2) Jangan biarkan emosi terus mengawal diri anda
Sekiranya seseorang terlalu sedih atau selalu mengingatkan tentang kesukaran dugaan hidup yang dialami, ia pasti akan lebih menyukarkan. Anda perlu mencari jalan untuk keluar daripada zon tersebut. Jangan sesekali biarkan diri anda terus dikawal oleh emosi.


(3) Inilah kehidupan
Anda perlu tahu bahawa setiap manusia didunia ini mempunyai dugaan hidup yang tersendiri. Sekiranya anda merasakan apa yang dilalui adalah amat sukar, anda juga perlu ingat bahawa ada manusia lain yang sebenarnya menghadapi dugaan yang lebih sukar berbanding diri anda. Kerana dugaan itulah sebenarnya membawa makna kehidupan untuk seseorang.


(4) Ketentuan tuhan
Anda perlu tahu bahawa segala baik atau buruk yang berlaku pada diri anda semua datang dariNYA. Anda tidak ada daya sedikit pun untuk mengubahnya. Sekiranya anda percaya dan berpegang teguh terhadap konsep ini, pasti segala dugaan hidup yang anda alami dapat diharungi dengan lebih tabah. Setiap perkara yang berlaku pasti ada makna disebaliknya



Wanita hamil tidak boleh makan durian!


Hmm.. teringat pulak masa mengandungkan Aqif dulu. Jangan makan durian sangat! Tak elok! Durian tu panas! Meleleh air liur mummy terbayangkan isi durian yang kuning raja tuh! Pergh...

Mungkin mommies pun pernah dengar kan larangan? Ke tak penah? Ke korang main telan je seme mentang-mentang lah korang mengidam kan? Cayalah! hahahaha

Terliur pulak mummy tengok!

Ada orang kata durian pantang bagi wanita hamil, tapi ada jugak yang kata takde masalah asalkan tidak terlalu banyak. Mesti u'olls konfius kan? Yang mana satu sebenarnya? Boleh ke tak boleh ni kan? Jangan gusar Jangan khuatir hatta Jangan resah gelisah oke! Persoalan tu akan segera terjawab setelah membaca artikel ini.

Adakah selamat untuk saya makan durian semasa kehamilan?

Sesetengah komuniti di Asia masih mengekalkan pantang larang tidak makan durian semasa kehamilan. Sebagai contoh, pendekatan tradisional orang Cina untuk kesihatan, durian dianggap terlalu “panas” untuk dimakan semasa kehamilan. Oleh sebab itu, kebanyakan komuniti orang Cina di Asia Tenggara menasihatkan bakal-bakal ibu untuk tidak makan raja buah ini.

Dengan tegas dinyatakan bahawa tidak terdapat sebarang kajian mengenai keselamatan makan durian semasa kehamilan. Pada masa yang sama, sains moden tidak menjumpai sebarang sebab untuk mengatakan ianya tidak selamat untuk makan durian. Tiada sebarang sebab untuk mengatakan bahawa makan durian semasa kehamilan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi pada bakal-bakal ibu atau ruam lampin pada bayi baru lahir.

Walau bagaimanapun, seorang wanita yang hamil hendaklah makan durian dalam jumlah yang sedikit kerana buah ini mengandungi banyak gula dan karbohidrat – dua ulas yang bersaiz sederhana mengandungi kira-kira 60 kalori. Durian adalah dalam kumpulan makanan yang mengandungi glisemia tinggi, oleh sebab itu, adalah baik untuk menghadkan pengambilannya semasa kehamilan. Mereka yang mempunyai diabetis kehamilan hendaklah mengelakkan diri daripada makan durian kerana kandungan gulanya yang tinggi.

Beberapa orang penyelidik telah menekankan faedah sulfur organik dan triptofan yang terdapat dalam durian. Sebatian-sebatian ini mengandungi kesan antioksida. Ia juga mengandungi ciri-ciri antimikrob, antibakteria dan antikulat yang baik untuk kehamilan.

Ia menjelaskan sebenarnya tidak ada larangan makanan apa pun untuk wanita yang sedang hamil. Semua makanan boleh diambil. Hanya yang perlu diperhatikan adalah sebanyak mama kuantitinya. “Untuk durian satu atau dua biji saja sudah cukup, jangan lebih!” Hal ini untuk menghindari efek yang ditimbulkan dari kandungan durian (diabetes dan penyakit jantung).

Mommies dengan kehamilan trimester pertama sebaiknya menahan diri dulu dari makan durian ni. Bukan ape, peringkat awal kehamilan ini kontraksi yang timbul kemungkinannya lebih besar. Sebagai langkah berjaga-jaga kan? Tak salah pon!

notakaki: sile minum banyak air masak @ skyjuice bile dah makan durian untuk menutralkan balik tubuh mommies ye! paham?!

PUNCA KEGUGURAN


Tadi duk FB ngan kawan masa sekolah rendah dulu. Last mesej ngan die, die ngah pregnant 1st baby. Seronok lah bile tahu bunting pelamin. Mummy pun share2 lah tips yg mana mummy tahu taim pregnant kan Aqif aritu. Excited lah kan kawan-kawan pun dah sama-sama nak besarkan cawangan! Ahaks! Mummy tanya lah "baby sehat?" Tapi mummy dikejutkan dgn jawapan slamber "baby yang hari tu dah arwah sarah... :)" Tabah sungguh kamu, Zufarahiyah! Syukur jugak sebab now die ngah pregnant for 2nd pregnancy pulak! Alhamdulillah... Jaga leklok kesihatan kamu. Sejarah mungkin berulang kalau kamu stress lagi! huuhuhu

Ni mummy nak share1 info hasil mummy godek-godek tadi kat tenet! Hope leh bagi kamu maklumat yang baik & berguna buat kamu semua oke! Sayang kamu!





MW Bil 871 28 Julai-4 Ogos 2000

PAK BIDAN OH PAK BIDAN

Kelolaan SITI ZARINAH HUSAIN


Keguguran merupakan salah satu fenomena yang biasa. Bagaimanapun, keguguran merupakan sesuatu yang amat ditakuti bagi setengah-setengah wanita. Ada yang berpendapat, kalau boleh setiap kali mengandung, biarlah sehingga bayi yang dikandung selamat dilahirkan.

Ada di kalangan wanita mengandung dan mengalami keguguran berulang kali. Ikuti penerangan selanjutnya berdasarkan soal-jawab bersama Prof Datuk Dr. Hamid Arshat.


SOALAN: Jika seseorang wanita mengandung dan kemudian mengalami keguguran berulang kali, apakah ini merupakan sesuatu yang normal?



JAWAPAN: Wanita yang mengandung kemudian gugur, ia sebenarnya perkara biasa. Tetapi jika ia berlaku sekurang-kurangnya sehingga tiga kali berturut-turut, wanita ini mempunyai masalah dari segi kesuburan. Khususnya bagi wanita yang masih belum dikurniakan zuriat. Maksudnya setiap kali wanita ini mengandung, dia mengalami keguguran.



Keguguran yang berlaku biasanya wanita mengalami pendarahan. Pendarahan ini berlaku lebih banyak dari pendarahan haid. Namun ada juga yang mengalami pendarahan sedikit sahaja. Bagaimanapun, tak semestinya keguguran berlaku mengeluarkan darah.



SOALAN: Bagaimana pula yang dikatakan keguguran berlaku tanpa mengakibatkan pendarahan?

JAWAPAN: Jika pusingan haid seseorang wanita itu teratur, iaitu sebulan sekali, kemudian jika mengalami kelewatan haid seminggu misalnya, dia sudah boleh mengadakan ujian air kencing.

Jika ujian air kencing didapati positif, bererti wanita itu mengandung. Selepas dua minggu, doktor boleh melakukan scan ke atas kandungan wanita itu. Melalui scan tersebut, segumpal daging akan kelihatan dan di bahagian tengahnya ada denyutan jantung.

Tanda sedemikian akan kelihatan paling lewat sekalipun, dua bulan kandungan ia sudah boleh dilihat melalui scan. Namun, jika denyutan jantung itu tidak dapat dilihat sewaktu scan, biasanya , kandungan itu tidak dapat diteruskan.

Biasanya doktor akan memberi tempoh sehingga tempoh dua minggu lagi. Khususnya untuk wanita yang mempunyai pusingan haid tidak teratur.

Bukan semua orang mengalami pendarahan sewaktu keguguran. Ada kalangan wanita tidak mengalami pendarahan sebagai tanda dia mengalami keguguran. Contohnya, jika doktor melakukan scan, kandungan tidak membesar atau janin didapati tiada, walaupun tiada turun darah. Perkara ini menyebabkan orang percaya kandungan dimakan bunian.


SOALAN: Apakah tanda-tanda tertentu yang boleh menjadi petunjuk bahawa kandungan seseorang wanita itu kuat, atau tidak mudah mengalami keguguran?

JAWAPAN: Sebenarnya menilai kandungan kuat atau tidak, kalau wanita mengandung mengalami loya dan muntah lagi bagus. Maknanya hormon kandungannya itu tinggi, kalau tiada tanda, kadang-kadang kandungan boleh terancam, dan menghadapi banyak masalah. Jadi bagi wanita yang mengandung jangan pandang perasaan loya dan tiada selera makan sebagai sesuatu yang negatif.


SOALAN: Apakah faktor yang menjadi penyebab kepada keguguran?

JAWAPAN:

Faktor Pertama:

Sebenarnya kalau mengikut kajian, sebahagian besar wanita menganduang mengalami keguguran mungkin bakanya, iaitu kromosom atau gen ada mengalami kerosakan.

Tak semestinya menandakan baka di pihak suami atau isteri mengalami kerosakan, tetapi ketika di dalam proses percantuman benih dan telur berlaku kesalahan. Akibatnya benih dan telur bercantum akan rosak dan akan berlaku keguguran.

Jika setiap kali wanita mengandung kemudian gugur, baka suami atau isteri, akan dikaji. Kadang-kadang salah satu kromosom mereka abnormal. Jika ia berlaku, keadaan ini tidak dapat dibaiki.

Pasangan sedemikian tiada jalan lain selain mengambil anak angkat. Bayi tabung uji boleh dilakukan dengan menggunakan benih penderma, namun kaedah ini tidak dibenarkan dari segi undang-undang dan agama Islam.

Faktor kedua:

Mungkin juga penyakit dalam rahim yang sering dikaitkan endometriasis (rahimnya jatuh ke belakang), dan fibroid juga boleh menyebabkan keguguran berulang-ulang. Wanita yang mengalami penyakit endometriasis dan fibroid ini kadang-kadang mengalami keguguran biarpun usia kandungan sudah mencecah antara 4 hingga 5 bulan.

Faktor ketiga:

Jangkitan kuman pada darah wanita yang mengandung.

Wanita yang mengandung kadang tidak menunjukkan sebarang tanda penyakit atau kesakitan, kemudian mengalami keguguran.

Apabila darahnya diperiksa, darahnya dijangkiti kuman. Kuman pada darah itulah yang merosakkan kandungan. Antaranya seperti kesan beberapa jenis virus CMG, herpes simpleks dan rubela.

Begitu juga dengan sejenis parasit toksoplasmosis yang ada pada badan kucing boleh menyebabkan keguguran. Oleh itu bagi wanita yang sering mengalami keguguran dan memelihara kucing, perlulah sentiasa berhati-bati.

Biarpun kucing peliharaan itu dijaga dengan baik dan bersih, tetapi parasit itu tetap ada pada bulu-bulu kucing dan tidak kelihatan pada mata kasar.


SOALAN: Apakah langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan dari keguguran berulangkali ini?

JAWAPAN: Selepas pemeriksaan dilakukan, jika ujian mengesan virus dilakukan dan ia menjadi faktor keguguran, wanita itu perlu mengambil inisiatif untuk memperkuatkan ketahanan diri. Doktor boleh menasihatkannya untuk mengambil vitamin C dalam dos tinggi, dan multi- vitamin E.

Apabila seseorang mengandung sejak dari peringkat awal lagi, amalkan pemakanan berkhasiat, ambil juga asid folik dan vitamin yang disebutkan sehingga kandungan berusia tiga bulan.

Penting juga kalau boleh wanita yang mengandung diberi rehat tiga bulan, dari bekerja. Antara perkara menyebabkan keguguran ialah stress dari segi fizikal dan mental. Ada baiknya jika wanita ini berehat sehingga tiga bulan.

Mereka digalakkan berehat, banyakkan baring dan tenangkan fikiran. Di samping itu, jauhkan persetubuhan kerana adakalanya persetubuhan pada peringkat mengandung boleh menyebabkan rahim kuncup dan mengakibatkan keguguran.


SOALAN: Apakah ada kaedah lain untuk mengatasi masalah ataupun kaedah yang boleh dilakukan bersama rawatan yang diberikan secara moden bagi mengatasi keguguran secara berulangkali ini?

JAWAPAN: Ada setengah cara rawatan pesakit dimasukkan ke hospital, rawatan secara gantian darah protein untuk memperkukuhkan darahnya. Ada juga yang percaya bahawa peranan makhluk halus menjadi penyebab kepada keguguran dan kecacatan. Bagi wanita yang sedang haid memang tidak boleh melakukan solat dan membaca quran, ketika itu gangguan boleh berlaku, khususnya jin. Oleh itu ada baiknya wanita yang sedang haid digalakkan membanyakkan membaca selawat ke atas nabi.

Bagi wanita mengandung dan mudah gugur, sewajarnya memperkuatkan rohani dengan mengamalkan bacaan ayat Kursyi sambil memegang rahim hingga tertidur.

Previuos Entry