TAHUKAH KITA bahawa segala hal yang terjadi adalah saling berkaitan dan saling bergantungan di antara satu satu lain? Di bawah ini hanyalah contoh pengalaman hidup dan penghayatan saya sendiri. Insyaallah kita semua boleh buat yang terbaik!
Tanpa DUGAAN mungkin kita tidak akan berusaha, tanpa HIKMAH mungkin kita tidak akan mahu belajar. Dengan BERUSAHA dan BELAJAR, kita akan mendapat NIKMAT, dengan nikmat kita dapat merasakan apa itu ertinya RAHMAT.
Apabila kita semakin suka berusaha dan belajar, kita akan semakin MUDAH menghadapi setiap DUGAAN, dan juga HATI kita akan semakin mudah merasa IKHLAS dan REDHA.
Apabila ikhlas dan redha menyeliputi hati, kita dapat mengelakkan diri daripada MENGELUH dan MERUNGUT. Tanpa mengeluh dan merungut, HATI kita akan mudah untuk mendapat KETENANGAN dan KEBAHAGIAAN.
Apabila hati tenang dan bahagia, kita akan mudah TERSENYUM kepada sesiapa sahaja. Apabila kita menghadiahkan senyum kepada orang lain, maka semua orang akan berjangkit untuk tersenyum. Apabila semua orang berbuat begitu, PERHUBUNGAN kita dengan mereka akan bertambah BAIK. Apabila kita mendapatkan yang BAIK-BAIK, kita akan lebih banyak berfikir dengan CAS-CAS POSITIF.
Apabila kita berfikir POSITIF, kita dapat meningkatkan NILAI-NILAI MURNI di dalam diri kita dan sesama mereka dan menjadikan SILATURAHEEM bertambah ERAT, RAPAT dan MESRA. Apabila jalinan kita erat, rapat dan mesra, pasti kita mendapat pelbagai jenis NIKMAT serta REZEKI terdapat di dalamnya.
Maka bermulalah di dalam diri kita untuk mensyukuri di atas setiap segala NIKMAT dan DUGAAN yang diberikan dan yang telah ditentukan Allah s.w.t.
Alhamdulillah Syukriya.
~QRM~
0 Kata-Kata Sayang:
Post a Comment