-->

Perkembangan Bayi 11 Bulan



Pewiittt... Salam semua! Sori mori ye sebab lame tak updated! Cite nk story cam banyak tapi malas tak sempat nak menaip-naip ni. Jari-jari halus mami ni begitu berat untuk menari-menari atas badan keyboard ni! 

Malam ni nak updated pasal my baby je ni. Pejam celik pejam celik dah 11 bulan anak teruna mami ni... 23hb ni 12 bulan lah bermakna genap setahun saya bergelar mami. Alhamdulillah... moga diberi kesempatan...

Jom kita tengok perkembangan anak-anak kita okey... Anak anda dan Aqif Rizqi saya...

  • Anak Anda
Berdikari secara fizikal 
Sekarang, cuma tinggal satu bulan saja sebelum harijadi pertama bayi anda dan anda harus sedar yang dia bukan lagi seorang yang tidak boleh bertindak sendiri tanpa anda. Walaupun dia masih memerlukan banyak jagaan dan bantuan, tetapi tahap berdikarinya kian meningkat – jelas apabila melihat dia berdiri, membongkok dan mencangkung – yang semakin menonjol. Dia mungkin boleh berjalan dengan memegang tangan anda dan dia akan mengulurkan lengan atau kakinya untuk membantu anda memakaikan pakaiannya. Pada waktu makan, dia mungkin boleh memegang cawan dan minum sendiri (walaupun sesetengah kanak-kanak tidak boleh membuat ini untuk beberapa bulan lagi) dan boleh menyuap dan menghabiskan makanannya dengan sendiri. 

Apa yang menarik ialah, apabila anak anda pandai memegang cawan dan minum sendiri, masa inilah anda mesti belajar bagaimana nak mengelak, sebab sudah tentu dia akan melontarkan saja cawan itu apabila selesai walaupun ada kalanya dia meletakkan cawan secara lembut. Dia juga akan menjatuhkan objek dengan sengaja untuk dikutip oleh orang lain, barangkali mengharapkan anda juga. 

  • Aqif Rizqi Saya

Jage-jage mami... Nak buang ni!

Hehhhe.. Suka benor mami bace ayat ngelas tu.... "Dia juga akan menjatuhkan objek dengan sengaja untuk dikutip oleh orang lain, barangkali mengharapkan anda juga." Aqif saya memang suka sangat menjatuhkan semua segala mende atas meja dan mengharapkan mami nengutip semula. Dia juga gemar membuang kunci kereta nak-nak time makan kat luar. Yela, orang bagi kunci nak suh die main-main duk diam, tapi dia asyik buang je... Last-last malas nak kutip, gigit jari jelah awak Aqif oii!

  • Anak Anda
Buku untuk si pembaca kecil 
Bayi anda seronok melihat buku, walaupun dia tidak akan membukakannya sehelai demi sehelai. Dia juga akan mempunyai buku kegemarannya yang dia akan mahu mengulangi berulang-kali. 

  • Aqif Rizqi Saya
Masih bau kedai taim ni... Buku cantik lagi... hehehe
Memang dia ade buku pebret die. Dah lunyai dah pun buku tu.... Kejap-kejap dibuka.. Suka betul bile tengok gambar-gambar kucing binatang dalam tu... First book yang mami beli untuk Aqif dan akhirnya menjadi yang paling digemari... Padahal takde buku lain dah yang mami belikan... kehkehkehkeh...

  • Anak Anda
Membentuk peribadinya sendiri 
Pada usia ini, bayi anda mula menjadi asertif dengan adik-beradiknya dan mula menyertai permainan secara selari – bermain hanya di sampingan (tetapi bukan bersama) kanak-kanak yang lain. Dia juga akan memilih sesuatu selimut atau anak patung lembut sebagai objek sekuriti untuk mendampinginya. 

  • Aqif Rizqi Saya

Adik-beradiknya memang tak la kan... Dengan kawan-kawan mungkin.. Hehehe... Dia memang suka tengok budak-budak lain main. Tapi die tak join pun cuma tolong gelak je dari jauh.. Macam la orang main ngan die. Abis-abis syok die g merangkak je kat budak tu.... Hehehhe Sayangnye anak mami ni!

  • Anak Anda
Tiba masanya untuk menetapkan batasan 
Bayi anda mungkin sudah boleh memahami arahan mudah dan dengan sengaja akan memilih untuk tidak mendengar cakap anda apabila anda mengatakan "tak boleh." (Untuk menegaskan ungkapan tersebut, hanya gunakannya untuk perkara-perkara yang betul-betul merbahaya.) Walaupun pada keesokan harinya, bayi anda tidak akan ingat lagi apa yang anda katakan pada hari ini, namun, bukanlah terlalu awal untuk anda menetapkan batasan-batasan dan mula mengajarnya apa yang betul dan apa yang tidak. 

Anda bukannya bersikap kejam jika anda tidak membenarkannya makan satu keping kek lagi; anda hanya menetapkan batasan. Jika dia menarik ekor anak kucing, alihkan tangannya, pandang mukanya dengan serius dan katakan, "Jangan, itu menyakitkan kucing." Kemudian, ambil tangannya dan tunjuklah dia bagaimana untuk membelai kucing dengan lembut. Dia lebih suka meneroka daripada mendengar amaran anda, jadi anda mesti bijak mencari jalan untuk melindungi dan mengajarnya. Apa yang anda terlihat seakan-akan bantahan, sebenarnya bukan begitu; ia hanyalah perasaan semulajadinya untuk mengetahui bagaimana dunia sekelilingnya bergerak dan wujud. 

  • Aqif Rizqi Saya
Tau memanjat jela keje die...
Makin orang cakap 'Jangan' makin die buat. Pahtu boleh pulak senyum-senyum and tunggu respon dari mami dulu. Saje la tu nak orang tengok die nak buat ape. Tapi memang dah paham ape yang orang cakap. Cuma saje nak uji tahap kesabaran mami yang tak berape nak sabar ni! Huhuhu... bila lah mami boleh hilangkan tabiat 'cepat tangan' ni. Sian Aqif asyik kena pukul je.. Pukul2 manje je tau! huhuhu.. Sorry sayangg......

  • Anak Anda
Bercakap tak terhingga 
Bunyi-bunyi perkataan dan bunyi yang mirip perkataan akan diungkapkan oleh bayi anda – dan digunakan secara bermakna. Apabila lobus frontal otak bayi anda bertumbesar, serentak dengan keupayaan kognitif tinggi seperti penaakulan dan pertuturan, adalah baik jika anda dapat menggalakkan minatnya terhadap bahasa dengan mendengar bersungguh-sungguh dan membalas kata-kata dan celotehnya. Interaksi seperti ini adalah penting untuk membiasakannya dengan komunikasi dua hala. Bermain permainan bertepuk-tepuk tangan, contohnya patta-cake dan permainan sekejap-nampak, sekejap-tidak atau peek-a-boo akan membantunya menajamkan daya ingatannya. 

Pada usia ini, bayi anda mungkin boleh mengajuk bunyi perkatan serta infleksi bunyi dan juga tingkah-laku tertentu. Dia juga mungkin boleh mematuhi arahan mudah seperti "Tolong ambilkan saya bola itu" atau "Angkat sudu itu." Bantu dia belajar dengan memberi arahan secara mudah, langkah demi langkah supaya senang diikuti. 

  • Aqif Rizqi Saya
Muka kepenatan.... Hehehhe

Yang ni yang syok ni... Lambat jalan sikit pun tapi kalau mulut laju takpe Aqif.. Mami rela je... Mulut die memang tak benti membebel. Ape lah die nak bebelkan tu. Yang mami tangkap Aqif selalu sebut ...."Qif nye... Qif nye...." Jadi mami anggap sebagai "Aqif punye" jela... Nak-nak time orang mintak barang ngan die... Comel je... Pahtu bese sebut "Dap nye... dap nye..." Sedap nye kot.... Waktu suap makan... hahha.. Sedap la sangat sampai 2 3 suap terus stop! Geram betol nak bagi makan kat die ni! Last-last masuk mulut mami jugak! huhuhuhu.... Dan Aqif paling gemar main sorok-sorok belakang laptop mami... pahtu suh mami cari die... heheh... Ade r muke budak duk mengintai2 disebalik laptop... Nakal!

So, hargailah masa yang singkat tetapi istimewa ini, iaitu semasa kemahiran komunikasi bayi anda sedang berkembang. Ini boleh dikatakan kebolehan yang paling penting yang diperolehi olehnya.

0 Kata-Kata Sayang:

Previuos Entry