-->
Showing posts with label Tips Perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label Tips Perkahwinan. Show all posts

10 TIPS UTAMA DALAM MEMBINA KELUARGA BAHAGIA




Salah satu keluarga contoh. Sejuk hati tengok kan? Keluarga Ustaz Azhar Idrus~

1. Melaksanakan syariat Islam dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh, sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keselamatan ahli keluarga dan berakhlak mulia. Kata-kata yang baik dan penghargaan mesti menjadi amalan harian seisi keluarga.

2. Memupuk dan mempamerkan kasih sayang tanpa syarat. Era telekomunikasi sekarang seharusnya digunakan semaksima mungkin untuk berkomunikasi dan menyatakan sayang sesama ahli keluarga. Kanak-kanak sebagai contohnya lebih gemar dan ghairah berbual melaui telefon, manakala pasangan suami isteri mungkin lebih mudah menyatakan sayang melalui SMS.

3. Sentiasa peka pada perasaan ahli kelurga dan bertanya tentang perassan mereka. Elakkan diri daripada membuat andaian tentang sesuatu keadaan, malah keraplah bertanya tentang perassan secara peribadi.

4. Memahami gender dan tahap umur ahli keluarga; contohnya kanak-kanak, remaja dan warga tua. Ini akan membantu kita menjadi lebih peka pada perubahan-perubahan yang berlaku yang dilalui oleh ahli keluarga dan menghormati mereka secara hikmah.

5. Berkongsi masalah dengan ahli keluarga. Masalah akan menjadi lebih terurai dan kecil bila diceritakan kepada ahli keluarga yang memahami dan menjadi pendengar yang baik, bersikap terbuka, memberi nasihat dan sokongan kepada alternatif lain yang boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi. Galakkan anak-anak memberi pandangan dan meluahkan perasaan mereka sejak kecil kerana ini menyebabkan mereka mempercayai kita ahli keluarga dan memudahkan mereka menyuarakan masalah mereka. Ahli keluarga pula secara total memberi bantuan dan sokongan untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi sebaik dan secepat mungkin.

6. Mencintai ilmu dan sentiasa menimba ilmu dan berusaha untuk kemajuan diri. Ilmu yang baik terutama ilmu agama haruslah sentiasa diterapkan agar ianya menjadi perisai keburukan dan insentif kepada kebaikan. Setiap ahli hendaklah sentiasa menyokong kemajuan ahli yang lain dalam pelbagai bidang seperti pelajaran, sukan, kerjaya mahupun dakwah.

7. Amalan berbincang, bermuhabah dan tegur menegur antara ahli keluarga dapat membantu membentuk peribadi yang mulia.

8. Lakukan aktiviti-aktiviti masa berkualiti bersama ahli keluarga seperti bergurau, bercerita dan bersukan bersama seperti bermain badminton, congkak, atau pun sekali-sekala boleh berriadhah di pantai, melawat tempat- menarik dan sebagainya. Aktiviti sebegini boleh menenangkan fikiran dan mendamaikan jiwa lebih-lebih lagi anda sentiasa menghadapi kehidupan seharian yang serba cepat dan menekan.

9. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Bantu membantu dalam amalan seharian rumahtangga amat diperlukan. Jadi setiap ahli bertanggungjawab dengan rutin seharian seperti membasuh pinggan sendiri selepas makan, mengemaskan bilik masing-masing dan membantu ibubapa dimana perlu. Dengan kata lain, pastikan setiap ahli keluarga berfungsi agar tidak ada pihak yang tertekan atau terbeban dengan kerja yang tidak sepatutnya dibuat mereka.

10. Sentiasa mengaktifkan diri dengan aktiviti-aktiviti sihat bersama jiran dan masyarakat setempat seperti bergotong-royong membersihkan kawasan, melibatkan diri dalam sesuatu majlis seperti perkahwinan dan juga aktiviti riadah seperti bersukan. Galakkan juga anak-anak membantu bersama. Ahli keluarga berusaha menjadi pemimpin dalam masyarakat mampu mengubah masyarakat di sekeliling mereka.

Semoga tip-tip tersebut dapat menjadi pedoman dan membentuk kita menjadi lebih peka tentang tanggunjawab masing-masing. Wallahu a'lam..

70 Petua Ilmiah Memenangi Hati Isteri Anda

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .



1) Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia. 

2) Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini. 

3) Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya. 

4) Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda. 

5) Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari. 

6) Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna. 

7) Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu,jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang hendak buat. 

8) Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat. 

9) Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya. 

10) Akui perasaannya bila dia merasa marah. 

11) Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan. 

12) Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu. 

13) Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya. 

14) Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya 'Saya kasihan awak tersinggung'. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung. 

15) Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda. 

16) Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar,katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu. 

17) Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah,bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan. 

18) Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya. 

19) Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku,majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya. 

20) Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih.Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar. 

21) Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya. 

22) Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya. 

23) Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar. 

24) Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh,satu zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika tidak berkesempatan, himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang. 

25) Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan 'Aku cinta padamu'. Katakan 'Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari. 

26) Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan. 

27) Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong tu. 

28) Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu. 

29) Basuhkan kereta yang dipakainya. 

30) Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima' jika itu yang dia suka.

7 TIPS RUMAH TANGGA BAHAGIA

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .





Seminggu dua ni ramai jugak kawan-kawan yang tanya and mintak tips rumahtangga bahagia ni. Bahagiakah aku? Kekekeh Al-maklum lah ramai pulak kawan-kawan yang baru pegang title 'pengantin baru' sejak dua menjak ni. Yang nak nikah time raya cina nanti pun ada. Awal-awal mummy mintak maaf ye sebab takleh nak join hari bahagia korang. Mummy doa jelah dari jauh ni moga barakallah lah pernikahan korang hendaknya. <--- Ayat skema takleh blah! Toksah nak panjang-panjang lah sebab banyak lagi yang mummy nak share ngan korang ni. Sila baca tips ni oke! Gud luck! Moga kita berbahagia selalu...


1. Berbicara dengan lemah lembut.

Panggil dengan panggilan kesayangan dan mesra. Takkan kucing je yang ada panggilan manja, kot? Islam sendiri mengharamkan isteri memanggil suami dengan nama nya. Seelok-eloknya,panggil ‘Abang’ ke, ‘Darling’ ke, sejuk sikit hati bila dia dengar, kan. Selain tu, pandanglah suami/isteri dengan penuh kasih sayang setiap kali berbicara. Jangan nak muka ketat je 24 jam! Menyampah tau!


2. Membersihkan diri.

Jaga penampilan diri dan sentiasa bersih, berhias dan memakai wangi-wangian terhadap pasangan. Ini tak, bila duduk rumah, menghadap suami, tepek bedak sejuk 24 jam. Perfume bawang! Macam kata diri sendiri je? Hah yang suami pulak, dengan kain pelekat dan baju Pagoda siang malam. Selain tu, jadikan kamar tidur tempat yang peribadi, bersih, harum dan romantik. Barulah boleh melayari masa yang menyenangkan bersama pasangan. 


3. Jujur dan amanah.

Jangan memandang rendah pada pasangan, saling mengalah dan memaafkan. Paling penting, hargai kelebihan pasangan. Kalau ada kekurangan, jangan sekali-kali dedahkan kepada pengetahuan orang lain. Simpan je lah untuk diri sendiri. Anggap ia sebagai sesuatu yang istimewa sebab hanya kamu dan pasangan saja yang tahu. Tak baik tau cerita buruk rumahtangga kat orang lain! Tak mau Tak mau! Tuhan marah!


4. Kerja rumah tu memang kerja isteri?
Mentaliti ni lah yang perlu dibuang jauh-jauh dalam minda seorang suami. Suami isteri perlu bekerjasama dalam melakukan kerja rumah dan berusaha meringankan beban kerja pasangan. Paling penting, jangan sekali-kali mencela hasil masakan isteri. Kemain lagi dia berpeluh sakan masak kat dapur, datang suami, sedap je komplen itu ini. Tegurlah dengan cara berhemah. Elakkan juga membandingkan pasangan dengan orang lain. Tak kiralah, dengan sepupu kita ke, dengan kekasih lama ke. Buruk padahnya. 


5. Selalu romantis.

Apa salahnya selalu berpegangan tangan, bergurau senda, saling membelai kerana dengan cara ini, pasangan akan merasai dirinya sentiasa diperlukan. Ya lah, dengan kita je lah pasangan boleh buat semua ni, kan. Nak bermanja, mengada sikit. Layankan je lah, apa salahnya. Bukan orang lain pun. Ni asyik nak FB nak mengadap laptop game je 24jam! Dusss!! Terpanah diri sendiri! 


6. Peruntukkan masa bersama.

Masa khusus untuk pasangan sahaja TANPA gangguan mana-mana pihak lain. Seperti makan malam berdua misalnya, solat berjemaah, bersiar-siar, takpun main PS2 sama-sama. Tak kiralah, asalkan bersama. Agagaga... Sayang, jom shopping? Hahhaha


7. Saling mengingati.

Sentiasa menasihati antara satu sama lain. Cuba perbaiki diri dan pasangan ke arah yang lebih baik. Apabila berjauhan, saling mendoakan dan merindui. Pastikan pasangan sentiasa berasa dekat dengan kita tak kiralah walau berapa ribu batu pun terpisah jauhnya. Yes... saya selalu rindukan awak!


6 Sifat Wanita yang Perlu Dielak Untuk Dikahwini



Pesanan Rasulullah s.a.w untuk kaum lelaki:
“Jangan engkau kahwini wanita yang ada 6 sifat ini. Yang Ananah, yang Mananah, yang Hananah, yang Hadaqah, yang Basaqah dan yang Syadaqah”

1. Wanita Ananah:
Wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2. Wanita Mananah:
Wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.
[advertisement]

3. Wanita Hananah:
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4. Wanita Hadaqah:
Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya. Selain itu wanita ini suka ikut nafsunya.
Wanita sebegini memeningkan kepala lelaki. Dia tengok apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu berseri menjadi sugul dan tertekan. Berdosa besar baginya.

5. Wanita Basaqah (ada 2 makna):
Pertama, wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua, dia marah ketika makan, selalunya dia tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah:
Banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

Untuk Spesis SUAMI


*Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja,sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat danletihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.

Satu malam ~~~~

Mat berdoa,"Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja.Biar aku pula yang berehat di rumah"

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur
menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah.

Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak kesekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais. Komdian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti.

Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Komdian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.

Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapkan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur.... dan macam-macam pastu lagi. Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe...Bolehlah rasanya nak berehat sikit.

Opps.... belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur.... ... tak pasti pukul berapa. Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,"Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu.... Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja"

Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,"Wahai Mat,kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali...."

Whatttt???.. . 9 bulan 10 hari???
....Beranaaak? ??........ Waaaaaa.. tak nak, tak nak, tak taaaaaaaaaaaaaaaaaa akkkkk... !!!

~~~~~

"Bang, bang... Abangggg... apasal niii.....??"

Sergah satu suara disisinya. Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,"Nab, Nab yang jadi suami atau abang yang jadi suami???

"Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab nie pompuan. Tentulah abang yang jadi suami..... Apa punya lawak pagi-pagi buta ni....."

Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah..... Hinggakan seluar kecik dan baju kecik Nab pun habis Mat kutip basuh... Nab terkedu beghok, terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya.... ..... 

Moral cerita :
Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang
tidak ternilai.. so orang suami2 di luar sane mahupun di dalam
sini..hargai la isteri anda..

‎7C Sebab Suami Benci Isteri



C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata...

C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua...

C3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje... Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.

C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan... sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2...

C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak... anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi....


7C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu. Renungkanlah.....

13 TIP PERKAHWINAN

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.


6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.


RAHSIA PERKAHWINAN

"Andai seorang lelaki@suami tahu... Sememangnya ALLAH SWT menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan (Itulah PERKAHWINAN)"

"Perempuan itu diciptakan oleh ALLAH SWT indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Jadi hargailah kehadiran seorang WANITA dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna."


SUMBER: CLICK HERE

Previuos Entry