-->

Anwar Di Bebaskan, Hakim Meragui Bukti DNA


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .


KUALA LUMPUR 9 JAN : Laporan awal dari Kompleks Mahkamah Jalan Duta mengumumkan Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim bebas dan tidak bersalah. Hakim Zabidin Mohd Diah sebaik bersidang tidak membuang masa dan berkata pihak mahkamah meragui kesahan bukti DNA yang dikemukakan pendakwaraya.

Keputusan dibuat pada 9.20 pagi.

Sebaik sahaja mendapat keputusan itu, keheningan pagi di kompleks mahkamah gegak-gempita dengan suara 6,000 penyokong. Sepanduk “Rakyat Hakim Negara” dan laungan keramat “Reformasi” menyambut kehadiran Anwar yang tiba pada jam 8.35 pagi, yang tiba bersama isteri, Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anak.


Dari seawal jam 6.30 pagi lagi, keadaan di pintu masuk utama mahkamah sesak dibanjiri orang awam sebagai selesai solat Subuh di Masjid Wilayah Persekutuan. Perhimpunan 901 pagi ini dipantau 21 trak polis yang dikerahkan ke lokasi dari jam 3 pagi lagi. Helikopter PDRM berligar-ligar merakam kehadiran tanpa putus orang-ramai dari segenap penjuru mahkamah.

“Saya meminta agar rakyat tenang menghadapi sebarang kemungkinan. Perhimpunan mesti berjalan dalam keadaan aman, baik sebelum mahupun setelah mahkamah putuskan keputusan,” pesan Anwar kepada hadirin yang resah. 
“Saya doakan yang terbaik! Saya mengharap pihak penghakiman menghormati undang-undang dan tidak dipengaruhi pemimpin-pemimpin korup,” Anwar berkata kepada wartawan di ruang legar mahkamah.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tiba pada 8.43 pagi, disusuli Presiden Pas Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.


SUMBER: http://www.tvsnews.net/

0 Kata-Kata Sayang:

Previuos Entry