Berdasarkan tarikh jangka bersalin, hanya 5 sahaja menepati masa. Selebihnya tersasar dari jangkaan. Mengapa hal ini berlaku?
Sesungguhnya tidak ramai ibu yang dapat melahirkan bayi mereka tepat pada tarikh jangkaan yang ditetapkan oleh doktor. Dianggarkan 1/3 kelahiran berlaku seminggu sebelum atau seminggu selepas tarikh jangkaan. Biarpun begitu, tarikh jangkaan bersalin tetap penting! Ini bagi membantu doktor mengetahui tarikh jangka bersalin agar dia dapat mengenal pasti risiko yang mungkin berlaku.
1. Haid
Setelah doktor mengesahkan kehamilan anda, seperti biasa anda akan ditanya tarikh hari pertama haid terakhir (Last Menstrual Period - LMP). Kaedah ini dikenali sebagai Peraturan Naegele. Mengikut kiraan Naegele, anda dijangka bersalin selepas sembilan bulan tujuh hari daripada tarikh yang dinyatakan. Walau bagaimanapun, sistem kiraan ini hanya bersandar kepada jangkaan. Kiraan hanya akan jadi tepat sekiranya kitaran haid anda ialah 28 hari dan hari subur anda adalah pada hari ke- 14. Di sini, biasanya masalah akan timbul apabila tidak semua wanita melalui kitaran haid yang sama setiap bulan. Jadi, anda mesti mencatat atau menandakan tarikh haid anda setiap bulan sama ada dalam kalendar, diari atau buku catatan terutama apabila anda tidak menggunakan sebarang kaedah pencegahan hamil.
- Mengira tarikh kelahiran
Tarikh boleh diramalkan dengan mengira ke hadapan 40 minggu (280 hari) dari hari pertama haid terakhir.
Ini berdasarkan kenyataan bahawa persenyawaan berlaku dua minggu selepas hari pertama haid. Cara begini, anda diramalkan untuk membawa kandungan selama 38 minggu.
Cara lain untuk mengira tarikh kelahiran adalah seperti berikut:
1. Pastikan hari pertama haid puan yang terakhir.
2. Campurkan tujuh hari.
3. Tolak tiga bulan.
4. Campur setahun
Sebagai contohnya:
1. 7 Jun 2010 + tujuh hari = 14 Jun 2010
2. 14 Jun 2010 - tiga bulan = 14 Mac 2010
3. 14 Mac 2010 + setahun = 8 Mac 2011
Sekarang, pengiraan telah meramalkan kelahiran anak puan pada 14 Mac 2011.
Dalam pada itu, jika anda benar-benar pasti tarikh persenyawaan, maklumkan kepada doktor. Jadi, dia dapat mengira tarikh jangkaan bersalin berdasarkan tarikh yang telah anda beri.
2. Ujian imbasan
Sudah menjadi kebiasaan kebanyakan doktor untuk menjalankan ujian imbasan bagi membantu mereka mendapatkan tarikh jangkaan bersalin anda. Ujian ini biasanya dilakukan sekitar minggu ke-10 hingga 13. Menerusi ujian yang dilakukan, doktor bukan sahaja dapat mengetahui tarikh jangkaan bersalin, malah dia dapat mengukur saiz bayi anda. Dari situ dia dapat melihat sama ada ia berpadanan dengan LMP anda.
Terdapat carta khusus yang dapat menunjukkan purata saiz fetus bagi setiap tahap usia kandungan. Jika saiz bayi anda besar ataupun kecil daripada saiz normal, tarikh jangkaan anda akan diubah. Jangan khuatir kerana keadaan ini tidak bererti bayi anda abnormal ataupun tidak membesar dengan sempurna tetapi ini menunjukkan tarikh jangkaan asal yang diberikan oleh doktor sebelum ini, mungkin terlalu awal ataupun lambat.
Sumber: tagtag.com/m4m4sue
0 Kata-Kata Sayang:
Post a Comment