Salam. Now nak updated pasal info penting bayi kita. Sangat rajin kan? No hal lah... Sharing is Caring! Tak gitu dear?? Ahaks... As a mummy, ibu, mak, umi, mama or what so ever lah kan kita mmg dianugerahkan oleh Maha Pencipta satu naluri yang sentiasa bergelora nak tahu apa perkembangan anak-anak kita setiap saat mereka bersama kita kan. Korang ade tak naluri tu? Jangan takde sudah tau! Bahaye!
Even anak baru je sebulan, kadang-kadang terdetik jugak ayat-ayat cinta ni "bile lah anak mummy ni nak jalan, tak sabarnya nak tengok Qizeqi jalan tahteh-tahteh macam zombi tu! Musti kiuutt!" Betul kan? Biasanya sang suami pon same naik lah tak sabar nak tengok anak membesar supaya senang nak main-main dgn dorg kan... Suami saya lah tu macam tuh!
MERANGKAK
XTVT ini membantu anak kita menguatkan oto-otot supaya boleh berjalan dan ia kaedah terawalnya untuk bergerak sendiri. Mula-mula dia akan belajar mengimbangkan diri atas tangan dan lututnya. Kemudian dia akan mendapat akal untuk bergerak ke depan dan ke belakang dari postur ini dengan mendorong dirinya dengan menggunakan lutut.
- Bila ia berkembang
- Bagaimana ia berkembang
Biasanya berlaku selepas seseorang bayi itu boleh duduk tanpa bantuan, ramai kanak-kanak mempunyai kebolehan ini bila mereka mencapai usia enam atau tujuh bulan. Selepas takat ini, dia boleh mengangkat kepalanya untuk melihat sekeliling, serta otot-otot lengan, kaki dan belakangnya cukup kuat untuk mengelakkannya terjatuh ke lantai bila dia berada di atas tangan dan lututnya.
Selama beberapa bulan berikutnya, bayi anda akan belajar meningkatkan keyakinannya untuk bertukar dari posisi duduk ke berada di atas tangan dan lututnya, dan dia akan sedari bahawa dia boleh mengayunkan badan ke depan dan ke belakang bila anggota badannya ditegakkan serta badannya berada selari dengan lantai.
Sekitar lebih kurang usia sembilan atau sepuluh bulan, dia akan menyedari bahawa menolak menggunakan lutut akan memberikan pendorong yang diperlukan untuk bergerak. Sementara dia meningkatkan kemahirannya, dia akan belajar kembali ke posisi duduk dari posisi merangkak. Dia juga akan menguasai teknik untuk merangkak bersilang: menggerakkan lengan dan kaki yang bertentangan bila dia bergerak ke depan, dan bukannya menggunakan tangan dan kaki dari sebelah yang sama. Selepas itu, ianya cuma memerlukan latihan sehingga mencapai kesempurnaan -- lihatlah anak anda menjadi betul-betul cekap merangkak bila dia mencapai usia satu tahun.
Jika anak anda merangkak berundur, atau seorang pengheret punggung (punggung bergeser laju, tangan diletak ke belakang dan kaki ke depan digunakan untuk berlonjak) atau melangkaui tahap merangkak untuk mara ke tahap berjalan, jangan bimbang. Asalkan dia berjaya mencapai mobiliti -- tak kira caranya -- dia okey.
- Apa peranan anda
Sama seperti kemahiran menjangkau dan mencekup, cara terbaik untuk menggalakkan pergerakan merangkak ialah meletakkan mainan atau objek yang diinginkan -- termasuk diri anda -- cuma sedikit di luar jangkauan bayi anda. Anda juga boleh menggunakan bantal, kotak dan kusyen sofa untuk dijadikan laluan berhalangan yang perlu diatasinya. Ini akan menolong menambah keyakinan, kepantasan dan kecerdasannya. Jangan tinggalkan dia berseorangan -- jika dia terperangkap di bawah bantal atau kotak, dia pasti akan ketakutan dan berkemungkinan kesesakan nafas.
Seorang bayi yang sudah merangkak boleh menimbulkan banyak kebimbangan. Pastikan rumah anda selamat untuk kanak-kanak dan tumpukan lebih perhatian pada pagar tangga. Bayi anda akan tertarik pada tangga seperti pelancong pada Gunung Kinabalu, tetapi ianya berbahaya, jadi pastikan anak anda tidak mendekati tangga sehingga dia sudah mahir merangkak (biasanya pada usia 12 bulan) – sungguh pun pada masa itu anda masih perlu mengawasi ekspedisinya.
Anda masih tidak perlu membelikan kasut. Anak anda tidak perlu kerap memakai kasut sehingga dia mahir berjalan.
- Bila harus bimbang
Perkembangan kemahiran setiap bayi adalah berlainan, ada yang lebih cepat berbanding yang lain, tetapi jika anak anda tidak menunjukkan minat untuk mencapai mobiliti dengan apa cara sekalipun (sama ada merayap, merangkak, menggolek, atau mengheret), mendapat cara untuk mengerakkan lengan dan kakinya dalam pergerakan yang teratur, atau telah belajar menggunakan kedua-dua lengan dan kakinya secara sekata bila usianya menjangkau setahun, bangkitkan perkara ini pada temujanji doktor yang akan datang.
Ingat bahawa bayi pramatang akan mencapai tahap ini serta tahap-tahap lain beberapa bulan lebih lambat daripada bayi yang lain.
Cubaan Pertama Ke garisan... |
Cubaan Kedua Masih bertahan. Bontot tinggi tak ingat! |
Cubaan Ketiga Oppss Jatuh! Mengesot - ngesot la pulak! |
Cubaan seterusnya... |
Thanks to Baby Center
0 Kata-Kata Sayang:
Post a Comment