-->

DETIK PENTING DALAM PERKEMBANGAN BAYI (MERANGKAK)

Salam. Now nak updated pasal info penting bayi kita. Sangat rajin kan? No hal lah... Sharing is Caring! Tak gitu dear?? Ahaks... As a mummy, ibu, mak, umi, mama or what so ever lah kan kita mmg dianugerahkan oleh Maha Pencipta satu naluri yang sentiasa bergelora nak tahu apa perkembangan anak-anak kita setiap saat mereka bersama kita kan. Korang ade tak naluri tu? Jangan takde sudah tau! Bahaye! 

Even anak baru je sebulan, kadang-kadang terdetik jugak ayat-ayat cinta ni "bile lah anak mummy ni nak jalan, tak sabarnya nak tengok Qizeqi jalan tahteh-tahteh macam zombi tu! Musti kiuutt!" Betul kan? Biasanya sang suami pon same naik lah tak sabar nak tengok anak membesar supaya senang nak main-main dgn dorg kan... Suami saya lah tu macam tuh!

Meh kita tengok apa detik-detik penting dalam perkembangan baby kita! Kita mulakan dengan bab merangkak terlebih dahulu k!

MERANGKAK
XTVT ini membantu anak kita menguatkan oto-otot supaya boleh berjalan dan ia kaedah terawalnya untuk bergerak sendiri. Mula-mula dia akan belajar mengimbangkan diri atas tangan dan lututnya. Kemudian dia akan mendapat akal untuk bergerak ke depan dan ke belakang dari postur ini dengan mendorong dirinya dengan menggunakan lutut.
  • Bila ia berkembang
Kebanyakkan bayi belajar merangkak di antara usia enam dan sepuluh bulan.Tetapi sesetengah kanak-kanak langsung tidak merangkak, sebaliknya memilih untuk bergerak dengan mengheret punggung, melata atas perut, atau terus maju ke tahap menarik badan naik, berdiri dan berjalan. Kepentingannya ialah mencapai pergerakan, tak kira caranya anak anda mencapainya.
  • Bagaimana ia berkembang
Biasanya berlaku selepas seseorang bayi itu boleh duduk tanpa bantuan, ramai kanak-kanak mempunyai kebolehan ini bila mereka mencapai usia enam atau tujuh bulan. Selepas takat ini, dia boleh mengangkat kepalanya untuk melihat sekeliling, serta otot-otot lengan, kaki dan belakangnya cukup kuat untuk mengelakkannya terjatuh ke lantai bila dia berada di atas tangan dan lututnya. 

Selama beberapa bulan berikutnya, bayi anda akan belajar meningkatkan keyakinannya untuk bertukar dari posisi duduk ke berada di atas tangan dan lututnya, dan dia akan sedari bahawa dia boleh mengayunkan badan ke depan dan ke belakang bila anggota badannya ditegakkan serta badannya berada selari dengan lantai. 

Sekitar lebih kurang usia sembilan atau sepuluh bulan, dia akan menyedari bahawa menolak menggunakan lutut akan memberikan pendorong yang diperlukan untuk bergerak. Sementara dia meningkatkan kemahirannya, dia akan belajar kembali ke posisi duduk dari posisi merangkak. Dia juga akan menguasai teknik untuk merangkak bersilang: menggerakkan lengan dan kaki yang bertentangan bila dia bergerak ke depan, dan bukannya menggunakan tangan dan kaki dari sebelah yang sama. Selepas itu, ianya cuma memerlukan latihan sehingga mencapai kesempurnaan -- lihatlah anak anda menjadi betul-betul cekap merangkak bila dia mencapai usia satu tahun.

Jika anak anda merangkak berundur, atau seorang pengheret punggung (punggung bergeser laju, tangan diletak ke belakang dan kaki ke depan digunakan untuk berlonjak) atau melangkaui tahap merangkak untuk mara ke tahap berjalan, jangan bimbang. Asalkan dia berjaya mencapai mobiliti -- tak kira caranya -- dia okey.
  • Apa peranan anda
Sama seperti kemahiran menjangkau dan mencekup, cara terbaik untuk menggalakkan pergerakan merangkak ialah meletakkan mainan atau objek yang diinginkan -- termasuk diri anda -- cuma sedikit di luar jangkauan bayi anda. Anda juga boleh menggunakan bantal, kotak dan kusyen sofa untuk dijadikan laluan berhalangan yang perlu diatasinya. Ini akan menolong menambah keyakinan, kepantasan dan kecerdasannya. Jangan tinggalkan dia berseorangan -- jika dia terperangkap di bawah bantal atau kotak, dia pasti akan ketakutan dan berkemungkinan kesesakan nafas. 

Seorang bayi yang sudah merangkak boleh menimbulkan banyak kebimbangan. Pastikan rumah anda selamat untuk kanak-kanak dan tumpukan lebih perhatian pada pagar tangga. Bayi anda akan tertarik pada tangga seperti pelancong pada Gunung Kinabalu, tetapi ianya berbahaya, jadi pastikan anak anda tidak mendekati tangga sehingga dia sudah mahir merangkak (biasanya pada usia 12 bulan) – sungguh pun pada masa itu anda masih perlu mengawasi ekspedisinya. 

Anda masih tidak perlu membelikan kasut. Anak anda tidak perlu kerap memakai kasut sehingga dia mahir berjalan.
  • Bila harus bimbang
Perkembangan kemahiran setiap bayi adalah berlainan, ada yang lebih cepat berbanding yang lain, tetapi jika anak anda tidak menunjukkan minat untuk mencapai mobiliti dengan apa cara sekalipun (sama ada merayap, merangkak, menggolek, atau mengheret), mendapat cara untuk mengerakkan lengan dan kakinya dalam pergerakan yang teratur, atau telah belajar menggunakan kedua-dua lengan dan kakinya secara sekata bila usianya menjangkau setahun, bangkitkan perkara ini pada temujanji doktor yang akan datang. 

Ingat bahawa bayi pramatang akan mencapai tahap ini serta tahap-tahap lain beberapa bulan lebih lambat daripada bayi yang lain.


Cubaan Pertama
Ke garisan...

Cubaan Kedua
Masih bertahan. Bontot tinggi tak ingat!

Cubaan Ketiga
Oppss Jatuh! Mengesot - ngesot la pulak!

Cubaan seterusnya...

Thanks to Baby Center

PERKEMBANGAN BAYI ANDA SEMASA 7 BULAN (Part 2)


Jom layan sambungan perkembangan baby kite nih... Yang belum baca leh check sini untuk Part 1 yea!

6) MEMAHAMI BAGAIMANA OBJEK BERHUBUNG KAIT

  • Bayi Anda
Bayi anda mula memahami bagaimana objek berhubung kait antara satu sama lain dalam ruang tiga dimensi. Dia akan dapat menyusun alat mainan, seperti mengasingkan item mengikut saiz, contohnya blok. Dan jika dia merenung bayangnya di cermin tingkap dan anda tiba-tiba muncul di belakangnya, dia akan berpaling dan mencari anda dengan betul dan tidak akan menyangkakan yang reflekisi anda dalam cermin itu adalah anda. 

Jika anda mendapati bahawa mainan jenis sekejap nampak, sekejap tak nampak (baa-cak) amat menyeronokkan bagi bayi anda, ini adalah sebab dia sudah mula memahami bahawa objek adalah sesuatu yang kekal dan akan tertarik kepada permainan di mana orang atau benda muncul dan hilang. Malah, salah satu cara termudah untuk melekakan bayi yang berusia tujuh bulan ialah dengan menyorokkan objek di bawah selimut untuk dia mencarinya.
  • Qizeqi Saya
Kami sangat suka main cak-cak depan cermin. Biasanya time nak mandikan Qizeqi & time mandikan Qizeqi (mandikan die depan cermin la katakan) Suke r die tgk muke sape ntah yg comey2 dlm cermin tuh! Anak mummy ni kan suke sengeh, jadi mule r sengeh2 sambil nampak gigi die! Fun Fun Fun!

7) PATUNG DAN PERMAINAN YANG MENYERONOKKAN
  • Bayi Anda
Bayi anda seronok bermain mainan yang sama berulang-ulang kali sebab dia suka perkara yang boleh diduga. Selain main sorok-sorok (rujuk di atas), cuba masukkan juga mainan klasik seperti lari-lari keliling taman dan tepuk-kuih tepuk-kuih (patta-cake patta-cake) ke dalam senarai mainan anda.

Pada usia ini, bayi-bayi juga cenderung kepada patung mainan lembut sama ada kecil atau besar. Selalunya, satu daripada patung mainan kepunyaan bayi akan menjadi kegemarannya dan merupakan objek sekuriti baginya sehingga mainan itu bergelumang air liur dan dibawanya bersama-sama ke mana-mana sahaja. Jika anda membeli mainan lembut yang baru, carilah yang empuk, dijahit dengan kemas dan boleh dibasuh. Alat mainan lain yang sesuai termasuklah bola, silinder-silinder dalam sarang, alat mainan pop-naik dan anak patung besar.

Jika bayi anda mempunyai alat mainan kegemarannya, anda akan mendapati bahawa pepatah “semudah mengambil gula-gula daripada bayi” tidak benar lagi. Walaupun dahulu agak mudah untuk mengambil barang dari genggamannya, kini anda mendapati bayi akan membantah dengan kuat semasa anda mengambil alat mainan dan apa jua barang daripadanya.
  • Qizeqi Saya
Sebut pasal mainan ni, banyak la jugak mainan budak kecik nih. Mummy la ni yg giler sangat jenis takleh tgk mainan budak2!hehehe Bola, Patung Ziffi (tertinggal umah nenek la pulak!), Bola IKEA (tokki yg hadiahkan! kesayangan die la skrg nih), Buku lembut2, ABC cantum2 dll lagi lah. Cuma budak kecik ni lagi suke main remote tv, handfone mummy & daddy sambil hempok2 ke lantai! kalu amek kompem2 nanges! & Bekas Tisu Basah die! Bagus jugak kn? Dah jimat duit mummy tak payah beli mainan lagi! 

Kenangan dengan Ziffi tersayang. Nama nak class kan? Ziffi tau!

Ni lah peneman setia Qizeqi sekarang. Apa-apa musti nak bola nih!

So, inilah diantara perkembangan-perkembangan baby kita yg perlu kita  alert. Sebagai ibu perasaan risau tu mmg takleh nak tinggalkan? Macam-macam kita pk takut baby kita ni ade masalah la ape lah....padahal takde apa-apa pon....kan? kan? Mesti korang duk bertanya  ADAKAH BAYI SAYA MEMBESAR DENGAN NORMAL kan? Meh baca sini...

Ingatlah bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai tahap-tahap perkembangan fizikal yang utama mengikut masanya sendiri. Kemahiran-kemahiran yang ditetapkan merupakan panduan yang menunjukkan potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda - jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi. 

Dan jika bayi anda dilahirkan pramatang, anda akan mendapati yang dia akan lambat untuk mencapai perkembangan tertentu tidak seperti kanak-kanak lain. Jangan risau, kebanyakan doktor akan memeriksa pembesaran bayi pramatang dari waktu yang dia sepatutnya dilahirkan dan menilai kemahiran yang dicapainya sewajarnya.

Lega dah?? Hehehe.. Ingat tau, info ni sebagai panduan sahaja. Jangan lah terlalu bimbang nak2 bile anak-anak kawan kita semua dah mencapai perkembangan yg sepatutnya. Jangan paksa baby kita sebaliknya sama-sama lah kita sokong dan pk cara terbaik dalam membantu menggalakkan perkembangan anak-anak
kita. Wallahualam...

SUMBER: Baby Center

Previuos Entry