-->

Pesanan dari Abah Allahyarham Adik Faris...




Buat kawan-kawan semua.... 

1. Bila anak merengek bangun malam, janganlah marah dia. Jangan merungut kenapalah kena bangun malammmmm.. mengantuk.. etc... That might be the last night that he/she does that.

2. Bila anak mintak mainan atau sesuatu kalau mampu, kita cubalah berikan. That might be the last time that he/she ask for something.

3. Bila anak nak susu, berikan dgn penuh kasih sayang... That might be the last day that he/she drinks it. Sama ada susu ibu atau susu formula, dua dua sama je. Pemberian dari ibu/ayah kpd anak.

4. Bila anak buas dan nakal, sabarlah. That might be the last day that we can see him/her being active.

5. Bila suapkan anak makan, suaplah dgn penuh kasih sayang... That might be the last food that he/she eats.

Bottom line is...... 

Hargailah masa anda bersama anak-anak... Kita tak tau bila kita atau dia yang akan "pergi" dulu.


p/s: Menitis airmata saya mengenangkan mereka-mereka yang diuji oleh Allah S.W.T dengan ujian seberat ini. Sesungguhnya berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Saya mungkin hanya mampu menitiskan airmata kerana bukan anak saya yang pergi mengadapNya. Jika saya yang diuji sedemikian, Ya Allah saya tak tahu adakah saya mampu mengharunginya. Betul, ajal maut ditangan Tuhan dan mati itu pasti! Ya Allah, moga saya masih diberikan kesempatan masa bersama dengan anak & suami serta keluarga tercinta. 

Buat keluarga Adik Faris, moga terus tabah dan sabar. Syukur, Syurga sudah pasti tempatnya. Pada mereka yang masih belum mengetahui cerita adik Faris, boleh baca di entri wartawan Mazidul | bersama Mazidul


Al-Fatihah

0 Kata-Kata Sayang:

Previuos Entry