Melakukan pergerakan yang lebih banyak
- Bayi Anda
Ketika bayi berusia 10 bulan, dia selalunya boleh merangkak dengan baik menggunakan tangan dan lututnya, dengan anggota-anggotanya lurus dan tubuhnya selari dengan lantai. Banyak juga bayi yang cuba merangkak sebelum usia 10 bulan tetapi hanya dapat melakukannya dengan baik pada usia ini. Pada usia ini juga, bayi anda boleh duduk dengan yakin dan mungkin boleh berjalan sambil memegang perabot, dan mungkin juga dapat melepaskan pegangannya seketika dan berdiri tanpa sokongan.
Apabila bayi sudah dapat berdiri dengan mengimbangkan badannya, sambil menggunakan objek lain untuk mengekalkan posisi, dia juga akan mencari cara-cara untuk naik ke atas perabot dan juga merangkak naik tangga. Semasa berada dalam posisi berjalan dia akan mengambil langkah dan akan cuba mencapai alat mainan dari posisi berdiri. Langkah-langkah pertama yang menakjubkan ini sebelum dia mencapai perkembangan penuh – yang akan memberi anda senaman yang cukup! – akan tiba tidak lama lagi.
- Aqif Rizqi Saya
Nak pos semenanjung nakal sangat! Tau takot! ~Sila abaikan background belakang! |
Memang memberi saya senaman secukupnya! Aqif dah boleh merangkak dengan lajunya! Ya Allah sekali lepas macam ayam leh keluar dari reban. hehehe Jahat pulak aku same kan anak dgn ayam kan? Ibarat lah! Tu bab merangkak, tak masuk lagi aksi2 berani lepas tangan sambil meniti-niti di kerusi kami ni. Aksi memanjat kerusi tinggi! Agak-agak lebih kurang tinggi lutut mami jugak lah tinggi kerusi tu. Lepas! Berdiri? Dah boleh dah even takde lah lame sgt. Kalu pegang die kaki terus melangkah tak reti nak stop! tu xleh betul2 jalan lagi tu dah lupe diri. Dah dapat kaki nanti paham-paham lah sendiri...
Memegang dengan jari-jemarinya
- Bayi Anda
Jari-jemari bayi anda menjadi semakin lincah. Dia boleh mengangkat objek kecil menggunakan ibu jari dan jarinya dengan tidak perlu mengampukan pergelangan tangannya di atas permukaan yang keras. Dia berminat dengan barang-barang kecil dan akan menjilat-merasanya; ini adalah okey selagi barang itu boleh dimakan dan tidak terlalu kecil sehingga menyebabkan bayi anda tercekik.
- Aqif Rizqi Saya
Budak rajin~ |
Aqif saya minat semut! Die akan tengok binatang tu meliar then ditepuk2 dengan penuh perasaan geram. Arwah semut2 kat umah saya! hehehee... Aqif suka 'mengemas'! Semua yang saya kemas, Aqif akan kemas sekali lagi. Mungkin die tak berkenan kot dengan cara mami kemas rumah. Sampai satu saat, pernah saya biarkan Aqif je mengemas. Mami dah tak larat nak mengemas! Huhuhuhu. Paling penting, 10 bulan baru die nak pandai masukkan barang dalam mulut. Tapi takde lah telan2 lagi. Just rasa2 je... Lapar sangat kot time tu? Die pun dah pandai baling-baling bola kecil yang warna-warni tuh... Apa-apa aje lah Aqif oii!
Personaliti yang berkembang
- Bayi Anda
Personaliti bayi anda sedang berkembang dengan cepat sekarang. Dia akan mula menjadi sangat sosial, memberikan senyuman besar kepada semua orang atau sebaliknya menjadi lebih penyegan dan menyembunyikan mukanya apabila berjumpa dengan orang yang tidak dikenali. Dia akan mengulangi bunyi, memberikan tanda isyarat tertentu untuk mendapatkan perhatian anda dan mungkin akan melambai-lambai selamat jalan apabila melihat anda menuju ke pintu. Dia juga boleh berfikir dengan sendiri, dan anda akan menyedari ini apabila dia membantah jika diletakkannya dalam kerusi bayi dalam kereta atau dalam kereta tolaknya.
- Aqif Rizqi Saya
Saya Anti-sosial ke?? |
Saya masih tak pasti Aqif dalam golongan mereka yang sosial atau tak. Kadang-kadang dia sangat2 pemalu. Bila jumpa orang yang jarang jumpa, dia akan diam dan lebih suka memerhati dari memberikan sebarang respon hatta sekuntum senyuman sekalipun! Sombong! Itulah biasanya yang Aqif dapat sebab susah sangat nak senyum. Namun, kadang-kadang dia sangat2 mudah tersenyum siap bergelak sakan dengan sesiapa sahaja. Time ni lah mami nak kembang sikit pun bila orang cakap, "cute nye Aqif... Geram rasa nak cubit2 je!" hahaha Ooppss... terlebih pulak!
Menangani ketakutan bayi anda
- Bayi Anda
Ada masa-masanya bayi anda akan takut dengan perkara-perkara yang dia tidak faham atau perkara biasa yang sebelum ini tidak menganggunya, seperti bunyi loceng atau telefon. Apabila ini berlaku, perkara yang paling penting yang dilakukan oleh seorang ibu atau bapa ialah bagi menenangkan bayi anda serta meyakinkan dia yang anda ada di situ dan tiada apa-apa yang akan berlaku kepadanya.
Takut? Aqif saya memang agak penakut orang die. Sebab? Ntah la... bunyi blender, bunyi orang mesin rumput mesti die nanges punya. Nak-nak awal2 dulu. Sekarang boleh la kawal. Abis-abis mata je la terbeliak. haha Bila tengok cerita kartun pun, yang mami perasan ada jugak die takut tengok watak kartun tu. Sampai nak nangis... Tapi kalu Upin Ipin tu menjerit die suka sangat! Macam lah Upin tu cakap ngan die. Cuma jangan lupa ye tenangkan bayi anda! Biasanya mami peluk Aqif dan yakinkan die yang tu bukan ape pun. Jangan takut2 oke! Sayang Aqif!
- Aqif Rizqi Saya
Layan Castleville kejap~ |
Bercakap dengan bayi anda yang ‘bermulut murai’
- Bayi Anda
Bayi anda sudah mula memahami banyak perkataan dan frasa yang mudah, jadi adalah amat penting untuk anda terus bercakap dengannya. Berikan bayi anda asas kukuh dalam menggunakan struktur ayat yang baik dengan mengulangi sebutannya dahulu, kemudian menyatakan perkara yang sama tetapi menggunakan bahasa yang betul. Sebagai contoh, jika dia meminta "baubau," ulangilah, dengan cara lembut, sebutan yang betul dengan menanyakan, "Adakah kamu mahu minuman?" Pada peringkat ini, perkara paling baik ialah untuk mengelakkan penggunaan percakapan bayi – yang sememangnya menarik, tetapi ingatlah bahawa adalah lebih baik untuk perkembangan bayi anda jika dia mendengar sebutan yang betul.
Walaupun kadang-kala anda akan berasa pelik untuk berbual dengan bayi anda, ini sebenarnya adalah cara terbaik untuk menggalakkan kemahiran bahasanya. Apabila dia mengeluarkan ayat secara meraban, jawablah "Oh, ya ke? Pandainya." Sudah tentu dia akan respon dengan gembira dan meneruskan percakapannya. Lambat laun, anda akan dapat mengenali beberapa perkataan atau tanda isyarat yang boleh difahami, di samping lain bentuk komunikasi seperti menunjuk atau berdengus dengan cara tertentu.
Memberikan bayi anda deskripsi terperinci mengenai apa yang sedang anda lakukan juga merupakan satu amalan yang baik, seperti menceritakan aksi anda sedang menghiris bawang untuk masakan atau melipat kain. Sambil anda meletakkan bayi anda ke dalam kereta tolaknya, katalah, "Sekarang, mak nak letakkan kamu ke dalam kereta tolak biru. Sekarang, ibu akan mengancingkan kamu dan membuatkan kamu selesa. Okey dah, jom kita ke taman." Anda juga boleh menyanyikan lagu kanak-kanak dengan melakonkan aksi sesuai (sebagai contoh, melambai untuk "selamat tinggal") supaya dia belajar mengenali kata-kata dan frasa-frasa asas.
Bayi akan mula memahami konsep hubung kait. Apabila ini berlaku, dia akan turut menepuk tangannya apabila anda menepuk tangan atau dia mula mengatakan "mama" apabila memandang anda dan "dada" apabila ayahnya masuk ke bilik (walaupun pada mulanya, dia akan menggunakan nama-nama ini secara sembarangan).
- Aqif Rizqi Saya
Tepuk Amai-Amai Belalang Kupu-Kupu~ lalala |
notakaki: Ibu-ibu semua, perkembangan bayi kita tak sama. Jadi jangan cuba sama sekali bandingkan perkembangan anak kita dengan anak orang lain oke! Jangan risau lah selagi anak anda sihat & cergas. Saya akui memang kadang2 kita takleh nak sembunyi rasa cemburu bile tengok anak-anak orang lain cepat berkembang dari anak kita tapi percayalah itu semua akan bagi kesan negatif pada anak. Yang penting kita sokong perkembangan anak kita.
Aleeya Najla Sophia dah pandai jalan, Aqif Rizqi minggu depan kot?hahaha
2 Kata-Kata Sayang:
Aleesya Najla Sophia mmg buleh jalan tapi wat selenge je klu soh pok amai2 ke, cekur udang gamit ke, lambai tangan ke... hok tu lambat pulops!
hahaha.... xpe2 yg tu makndok kne gediks lebih skit bru aly ikut.. aqif ni mami yg gediks2 bru ye ikut..leni pantang dgr lagu skek nk joget aje.. xpn ye tepuk tangan... kelako.. hihi..
Post a Comment