-->

Wordless Wednesday # Perfumes Nina Ricci! RM80 ONLY!

 






Minat PERFUMES BRANDED tapi tak mampu? Jom Shopping Sini!





PROMOSI HEBAT.. JANGAN LEPASKAN PELUANG….
PERFUMES BERJENAMA DIJUAL DENGAN HARGA MURAH!!!!

PROMOSI HEBAT MINYAK WANGI BERJENAMA UNTUK LELAKI DAN WANITA. 
TAK PAYAH BAYAR HARGA YANG MAHAL UNTUK MENDAPATKAN MINYAK WANGI SEPERTI YANG TERDAPAT DI KLCC, PAVILION, DAN BUTIK BUTIK TERKENAL KERANA SAYA MENAWARKANNYA HARGA YANG MURAH UNTUK GRED AAA!

MINYAK WANGI INI ADALAH BERMUTU TINGGI DAN TAHAN LAMA.







BERMINAT? EMAILKAN KE mummysbiz@yahoo.com ATAU INBOX KE Facebook
 
NAMA MINYAK WANGI | NAMA PENUH | ALAMAT LENGKAP | NO HANDFON

 
ATAU MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI

http://mummysbiz.blogspot.com

Fanpages Mummy's Biz | PERFUMES





Pesanan dari Abah Allahyarham Adik Faris...




Buat kawan-kawan semua.... 

1. Bila anak merengek bangun malam, janganlah marah dia. Jangan merungut kenapalah kena bangun malammmmm.. mengantuk.. etc... That might be the last night that he/she does that.

2. Bila anak mintak mainan atau sesuatu kalau mampu, kita cubalah berikan. That might be the last time that he/she ask for something.

3. Bila anak nak susu, berikan dgn penuh kasih sayang... That might be the last day that he/she drinks it. Sama ada susu ibu atau susu formula, dua dua sama je. Pemberian dari ibu/ayah kpd anak.

4. Bila anak buas dan nakal, sabarlah. That might be the last day that we can see him/her being active.

5. Bila suapkan anak makan, suaplah dgn penuh kasih sayang... That might be the last food that he/she eats.

Bottom line is...... 

Hargailah masa anda bersama anak-anak... Kita tak tau bila kita atau dia yang akan "pergi" dulu.


p/s: Menitis airmata saya mengenangkan mereka-mereka yang diuji oleh Allah S.W.T dengan ujian seberat ini. Sesungguhnya berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Saya mungkin hanya mampu menitiskan airmata kerana bukan anak saya yang pergi mengadapNya. Jika saya yang diuji sedemikian, Ya Allah saya tak tahu adakah saya mampu mengharunginya. Betul, ajal maut ditangan Tuhan dan mati itu pasti! Ya Allah, moga saya masih diberikan kesempatan masa bersama dengan anak & suami serta keluarga tercinta. 

Buat keluarga Adik Faris, moga terus tabah dan sabar. Syukur, Syurga sudah pasti tempatnya. Pada mereka yang masih belum mengetahui cerita adik Faris, boleh baca di entri wartawan Mazidul | bersama Mazidul


Al-Fatihah

Hikmah mengucapkan الحمد الله Setelah Bersin~



Kenapa kita mengucapkan “ Alhamdulillah” الحمد الله setelah bersin?




1) Ketika anda bersin, jantung anda berhenti bekerja dan denyutannya.


2) Kecepatan bersin adalah 100 KM/Jam


3) Bersin mengeluarkan kotoran-kotoran yang ada dalam mulut dan hidung anda.


4) Apabila anda bersin dengan sangat kuat, boleh memungkinkan merosakkan tulang-tulang rusuk anda.

5) Apabila anda menghentikan bersin secara tiba-tiba, maka boleh mengakibatkan ketegangan darah pada 
leher dan kepala anda, bahkan boleh mengakibatkan fatal, iaitu mati.


6) Apabila anda membuka mata ketika bersin, boleh mengakibatkan bola mata anda keluar dari tempatnya.


7) Sekadar untuk pengetahuan, ketika anda sedang bersin, seluruh organ-organ penting anda akan berhenti untuk satu saat atau kurang satu saat, dan kemudian seolah-olah tidak terjadi apa-apa pada tubuh anda dan 
seolah-olah anda baru terbangun dari maut yang mengerikan sekali.



* Oleh itu kita diperintahkan membaca “Alhamdulillah” sebagai tanda syukur kita kepada Allah Yang Maha Kuasa..^^

AWAS 25 PETANDA INI PADA BADAN ANDA!




Informasi ini berguna untuk panduan anda semua.
Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. 
Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-


1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati)
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.


2. HIDUNG
Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung tersumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
iii) Bersin :
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung. 


3. BATUK
i). Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii). Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
iii). Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar. 

4. KERONGKONG
i) Kerongkong kering : Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius. 

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.


6. MULUT DAN LIDAH (Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah)
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin. 

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan. 

8. KULIT Berpeluh :
i) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
ii) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan. 

9. RUAM DAN BISUL : 
Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air. 

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : 
Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia. 

11. KULIT PECAH DAN BERAIR :
Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan. 


12. RAMBUT GUGUR :
Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur. 

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a) Sakit sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas .Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang. 
b) Kebas Tangan : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar. 
c) Kebas Tangan Kiri dan Lengan : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku. 
d) Kebas Kaki : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar. 
e) Sakit Tapak Kaki : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama. 
f) Sakit Tumit Kaki : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin. 
g) Rasa Panas di Tapak Kaki : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin. 
h) Gatal di Celah-celah Kaki : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot). 


14. TANDA-TANDA DALAMAN 
a) Kepala.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak. 
b) Pening / Sakit di Bahagian Depan Kepala.
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir. 
c) Pening / Sakit di Bahagian Belakang Kepala.
i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah. 
d) Sakit Kepala dan Rasa Gas Keluar dari Telinga : Menandakan penyakit migrain. 
e) Bisul Terjadi di Kepala
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain. 
f) Rasa Pening yang Memusing : Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar. 

15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH
a) Loya / Muntah . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) Muntah Darah
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser. 

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung. 

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . 
Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman 

18. KENCING
a) Kerap Kencing : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
b) Air Kencing yang Berkapur : Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) Air Kencing yang Berminyak : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) Air Kencing Pekat yang Berwarna Coklat : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) Air Kencing Berdarah : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka. 

19. BUANG AIR BESAR
a) Cirit Birit / Kerap Buang Air Besar : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar.
b) Sembelit : Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) Najis Berdarah
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) Najis Berwarna Hitam : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku. 

20. BADAN
a) Rasa Sakit : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) Badan Terasa Berat / Malas / Lenguh : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan sedang berlaku.
c) Badan Terasa Panas : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) Badan Terasa Ringan : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku. 

21. RASA TAKUT MENGEJUT 
Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah. 


22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi. 

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah. 

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah. 

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.


Wordless Wednesday # Play With Our Puzzle Mat!








Carilah Untukmu Seorang Imam | iluvislam.com + discover the beauty of islam



Carilah Untukmu Seorang Imam | iluvislam.com + discover the beauty of islam

PANTANG LARANG WANITA HAMIL & BAYI




Pantang Larang Orang Melayu Tradisional merupakan kepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan adalah bertujuan untuk mendidik masyarakat agar mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. 

Pantang Larang Ibu Hamil

1. Dilarang mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat.

2. Dilarang memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan.

3. Dilarang memaku, memahat, mengail atau menyembelih binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahit bibir terbelah atau mengalami kecacatan.

4. Dilarang bergaduh dengan ibu mertua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak.

5. Dilarang makan sotong, dikhuatiri menghadapi masalah ketika bersalin. Anak mungkin tercerut tali pusatnya.

6. Dilarang mencerca atau melihat sesuatu yang ganjil, dikhuatiri akan kenan.

7. Dilarang minum air tebu atau kelapa di awal kehamilan, dikhuatiri anak akan gugur.

8. Dilarang melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling.

9. Dilarang melangkah kucing yang sedang tidur, dikhuatiri mata anak tertutup seperti kucing yang sedang tidur.

10. Dilarang menyusup di bawah penyidai, nanti anak akan terencat.

11. Dilarang makan makanan yang berakar seperti pegaga, nanti terlekat uri.

12. Dilarang tidur waktu tengahari, nanti kepala anak akan menjadi besar.


Pantang Larang Bayi

1. Bayi tak boleh ditegur jika badan gemuk, cuma katakan ‘semangat’ kerana ditakuti menjadi kurus.

2. Dilarang memicit mulutnya, nanti tiada selera makan.

3. Tak boleh diletak bayi atas lutut, nanti mendapat sakit perut.

4. Sisa makanan bayi tak boleh dimakan oleh ibu bapa, nanti melawan cakap.

5. Tak boleh dicium sewaktu tidur terutama di atas ubun-ubun kepala dan pada pusatnya kerana dikatakan pendek umur.

6. Kain lampin tak boleh direndam, nanti kembung perut.

7. Sewaktu bayi sedang tidur, kadangkala kita melihat dia tersenyum, ketawa dan ingin menangis. 
Jangan kejutkan kerana dikatakan bayi sedang bermain dengan urinya.

8. Tidak boleh menghembus mulutnya, nanti menjadi bisu.

Apa yang disebut bukan untuk dipercayai tetapi untuk dihayati mesej yang tersembunyi di sebalik pantang larang yang telah diperturunkan secara lisan sejak zaman berzaman. 

notakaki: Berhati-hati dengan amalan pantang larang ni. Kerana mempercayai dengan yakin bahwa sesuatu boleh mendatangkan mudarat, selain Allah boleh membawa kepada syirik.

Bila aku jatuh sakit...

Salam 1 pagi semua... Pagi ni mami nak open entri pasal sakit. Aqif selsema & batuk balik. Kuat pulak dia batuk. Kesian mami tengok. Selsema pun tak hilang lagi sampai ganggu waktu tido die. Sebelum tu demam nasib tak berpanjangan... Sian Aqif tak habis2 kena hadap ubat. No wonder la budak ni takmoh makan kot, seme die ingat ubat...huhu


Abis cite Aqif, 2 minggu lepas terima perkhabaran kurang baik pasal MIL pulak. Satu badan naik 'sereban' org ganu panggil. Orang len tak tahu la... Macam kena gigit semut kot.. Badan jadi lemah. Mami tengok dedi dah risau. Kami kan jauh. Even dedi tak tunjuk sangat tapi mami leh nampak gelisah dedi tu. U kan my love. I really know you... I guest..Hehe Tiap-tiap hari dedi call tanya khabar. Bagusnya kan?.... Mesti dedi taktahu salah satu sebab mami pilih dedi jadi suami adalah sebab ini lah. Mami suke cara dedi layan mak & orang tua.. Doc kate, mak macam dalam peringkat awal nak kena angin atau strok. 

Ya Allah mintak jauhla dari kalangan keluargaku...  Dah la mak nak g umrah 23hb ni. Rabu ni kot kalu tak silap. Now dh kurang skit pas amek ubat... RM250 jugakla. Tu pun mak takmoh berubat just amek ubat. Takut kena charge mahal lagi...huhuhu


Dan hari ni, mami pulak alami kesakitan itu. Tak tahu la macamane boleh kena. Tiba2 saje mase tengah pakaikan Aqif baju malam tadi, separuh badan belah kiri ni macam kejang dan sengal. Terbaring la mami. Dugaan lagi. Nak duduk tak bileh nak jalan tak boleh sangat sebab kaki belah kiri ni sakit. Nak bend sakit. Menusuk2 kat area tulang punggung ni. Macam nak beranak pun ada ni. Rase macam ngah bawak perut besar sakit die ni.  Memang ujian betol....



Malam tadi takleh tido la sebab takleh nak pusing2. Aqif pulak duk buat peel... Die guling2 la atas orang, kaco dedi ngah tido...susah betol nak tudo tapi susah jugak nk bangun pagi. Ni msih lagi tido lena...mami pulak masih sakit. Taklehnak buat keje sgt. Macamane la nak uruskan Aqif jap lagi bile die dah bangun ni,,, Ya Allah... Ringankanla sakitku dan jauhkanlah dari sakit berbahaye.... Serius malam tadi terus terbayang kalu la aku tibe2 lumpuh... Nauzubillah..... Jauhkanlah... Sesungguhnya Allah maha berkehendak.... Amin..

Jadi di sini, saya memohon maaf dan saya pohon jasa baik untuk doakan kebaikan saya. Moga saya cepat sembuh dan mampu jalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu seperti biasa. AMIN

Published with Blogger-droid v2.0.4

Ready Stock! ALPHABET & NUMBER PUZZLE MAT for your cute baby!




READY STOCK ! Sama Seperti Gambar Di atas! (ITIK TIDAK TERMASUK!)

Mami rembat yang Aqif buat MODEL untuk korang!
Baby or Toodlers memang suka main puzzle ni disamping boleh merangsang otak cergas dan cekap sepahkan rumah




SIZE : 4.5 cm x 4.5cm

PRICE : RM 8 

1 SET : 36 pcs ( A-Z & 0-9)

( mix include alphabet & number)


Price EXCLUDE POSTAGE*
Semenanjung: RM 9
Sabah & Sarawak : RM 6


Makan Malam di Top'spot, Kuching


 budok peel comey.... sayang aqif intan payung...

Entri kali ni nak cite pasal makan malam pulak. Koya tak koya lah! Memandangkan suami suka makan kat luar sebab aku masak tak sedap. Malam semalam kami keluar lagi macam bese2.. Bile bosan mule lah nak merayau je. Pas maghrib je vromm vroomm la...

Encik suami mule r mengidam macam-macam dalam kereta tu... "abang rasa nak makan tu la...bla..bla..bla" "abang rasa nak makan ni la..bla..bla.." "makan kat top'spot la.. Last makan masa ngan ayah chik je dulu kan?" tup tup kete dah masuk parking bangunan nye... I memang tak kesah. Mane2 pun boleh...  Perut i ni memang pantang dengar bab makanan ni.. Nyumnyum... Nyum...

Terkedek-kedek masuk life. Tingkat 6 tu.. Tak mampu mak nak daki. Teringat pulak signboard "lift rosak" hampir 2 tahun lepas. Hopela lift ni betul2 dah okey... Risau pulak mami. Harapan mase tu lah. Mane tak risau wei... Tinggi gak tu!

Okey..dipendekkan cite, sampai2 terus order. Orang tak ramai lagi sebab kami sampai awal. Nak2 tengah2 bulan ni... Hihi.. Dedi pun kikis mane ntah duet tu... Yang pasti, order list kami mlm ni xde "AYAM".. Hari2 ayam oii.... Kembang jugak tekak kdg2!

ABC Cendol + Air laicikang

Amba rebus serai (sedap jgk tp xcukup umph!)

Ketam stim telur (aku sorang je bantai)

Siakap 3 rasa (menu wajib dedi)

Pucuk midin goreng belacan (pebret dedi. Tp sedap aku buat lagi! Haha)

Telur dadar (sangat berminyak...)




Makan la kami dengan syoknye. Sambil2 suap budak kecik ni. First round oke, 2nd round stat dah buat peel. Terpaksa take turn la cam bese2... Yang kelakar, time aku bawak Aqif basuh tangan, aku perasan orang lalu lalang kat meja kami tu duk usha je dedi makan. Terkejut kot takkan seme dedi makan sorang2 je kan? Dan yang paling dorang terkejut bile tengok aku pulak sorang2 duk kusyuk melahap semenye... Haha.. Kasar betul bahasa aku kan?hihi....

Paling kesiannye kat korang la sebab terpaksa juga baca entri lapar macam ni. Panjang kot... Lapar pulak rasanye ni.. K la.... Tq sebab bace. Eh... Ade ke yang bace?

Published with Blogger-droid v2.0.4

Ilham Semalam

Sekilas menoleh ke belakang...

Kelam... Gelap... Suram...

Sekilat diri terbayang-bayang...

Segunung dosa pernah didaki...

Selautan noda pernah direnangi...

Besar betul bebanan itu...

Ibarat karma membadai taufan...


Tetapi...

Semua itu telah berlalu...

Selangit taubat telah kuhamparkan padaMu...

Moga cahaya Iman terpancar diwajah...

Moga baju Taqwa membalut pekertiku...


Ruang itu...

Bagai terasa makin menyempit...

Sakit dihati makin memerit...

Wajarkah aku...

Memberi peluang tanda sayang...

Memacak doa demi harapan...

Menanti pelangi ceriakan kehidupan...


Ya Allah Ya Tuhanku...

Terasa hina jiwa kerdil ini...

Saat susah baru menadah...

Saat perit baru menjerit...

Saat tersungkur baru melolong...

Dan pada saat itu juga..

Kau masih tetap bersama hambaMu ini...


Sesungguhnya, Kau lah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang...

Hadiahkanlah aku segenggam kekuatan moga berjaya kutempuhi ujianMu yang mendatang...

Amin Ya Rabbi Allamin...


Published with Blogger-droid v2.0.4

20 tulang dipatahkan serentak semasa bersalin? seram...











Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak. 

Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa. 

Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.


banyak kelebihan ......renung2kan lah dan selamat beramal...hehehe...


notakaki: seram jugak tengok-tengok gambar dalam Pakcik Google masa duk google gambar sakit bersalin ni... Uiishh... macam tu lah aku time bersalinkan Aqif kan? Kuasa Allah... takde la sakit sangat time bersalin tu. Lepas bersalin tu yang tak tertanggung... Agagagaga.... Tahun depan sorang lagi! Anda bila lagi? hahahaha...


Jadual Menentukan Jantina Anak Anda



Mami ada jumpa satu lagi ni artikel pasal nak anak perempuan ke, nak anak laki. Memang menurut kajian, terbukti gak la dalam 80 peratus. Tapi korang try-try la cek dulu, betul ke tak. Jadi ke tak. Jangan taksub sangat okey. Kita layan suke-suke je...

Meh nak terang sikit bagi yang 1st time tengok mende alah ni. Nampak tak jadual ni ade dua elemen subjek iaitu Umur Isteri Anda (Row-Melintang) & Bulan Mula Mengandung (Column-Menegak). 


Korang tengok contoh ni :
Umur mami masa mengandungkan Aqif = 24
Bulan mula mengandung = Jun
Result = M = Male = Aqif Rizqi lah! hehe
Paham tak lagi??

Korang try la jadual nie.. Kalu rase ianya benar, benarlah. Kalu rase jadual ini silap, maka jangan salahkan sesiapa kerana ini hanya kajian manusia. Kita merancang, Allah s.w.t yang menentukan segalanya.. 

- Sekian -

notakaki: Tahun depan mami 26, nak baby gurl means bulan Februari dah leh start dah projek ni. Hahaha

Bakal Timang Cahaya Mata Perempuan...





Alhamdulillah... sape yang taknak rezki Tuhan bagi kan? Mesti korang pun pernah  dengar "bahaya jangan dicari, rezki jangan ditolak..." kan? Lepas dapat anak laki, hati dan perasaan mana yang tak gembira dengan perkhabaran ini. Pucuk di cita Ulam mendatang lah jawabnye... Suami pun jawab, "Rezeki..."

"Tahniah, kandungan puan sihat. Dan yang baiknya, kandungan puan, perempuan..." Syukur!

Bila doc cakap camni, memang rasa nak melompat je. Kalu betul-betul melompat ni kompem la pecah siling. Happy punye pasal! Aku kan bintang lompat tinggi daerah dulu... Huahuahua Mula lah nak tahu bile due date die. Memang berita baik... Anak lelaki, anak perempuan... Terasa lengkap sudah keluarga...

"Bila due date?..." memang tak sabar dah tak tahu...


"Bulan 6 ni... hehehe"

Apa? Aku ingatkan baru tahu je mengandung last-last ngah tunggu masa nak meletop je. Wah... Hebat betul mereka! Syukron, Ya Allah... Aqif bakal dapat kawan baru lagi. Tak sabar pulak tunggu baby gurl ni. Tapi baby gurl ke? Iqbal Hanif, Aisyah Dania dan dot dot dot?... Anak itu rezeki. Anak aku, Rizqi! hehe


"Sampai hati Kak Na tak tunggu saya dulu... Saya pun nak jugak anak perempuan! Jeles ni..."
Aisyah Dania, Si comel!

Insya'llah, akan mami usaha ke arah itu. Kak Na, nak tips baby gurl ada dop? Ramai yang membaca ni nak tahu tips2 baby gurl ni termasuklah yang penat menaip ni. haha... Takpe2, Pakcik Google kan ade. So, kawan-kawan yang nak tahu tips-tips nak dapatkan anak perempuan leh baca kat entri Tips Hamil Anak Perempuan ni. Penat mami google tadi. Tapi ingat tau! Kita hanya berusaha, semuanya atas Allah S.W.T. Kita merancang Allah menentukan. Yang penting, terima dengan seikhlas hati. 

Sila ingat 3 PERKATAAN INI... "INTEND (Berniat), PLANNED (Dirancang) & WANT(Mahu)" Baru lah kita ada semangat nak jadi ibu yang terbaik buat anak kita...


Tips Hamil Anak Perempuan






Dr. Hamid Arshad's ovulation guide for baby's gender


Original Message Excerpts from Dr.Hamid Arshad's Q&A article : 
Sang isteri mahupun sang suami sekalian..bolehlah membuat pengiraan dari tarikh sang isteri datang haid. Contoh pengiraan adalah seperti dibawah, :-


KALENDAR KESUBURAN BULANAN 
( cth; sekiranya haid sang isteri jatuh pd 1hb )


Hari Haid : 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 ( 10hari )


Hari Subur ( Anak Lelaki ) : 11,12,13,14,15,16,17 ( 7 hari )


Hari Subur ( Anak Perempuan ) : 18,19,19,20,21,22,23 ( 7 hari )


Hari Tidak Subur : 24,25,26,27,28,29,30 ( 7 hari )

Berdasarkan kalendar di atas, Puan-puan bolehlah sesuaikan dengan tarikh terakhir haid puan-puan bagi mendapatkan tarikh yang sesuai untuk bersama suami bagi mendapatkan anak. Sekiranya haid Puan jatuh pada 23hb, maka sesuaikan dengan kalender tersebut di atas. Tulislah tarikh tersebut dengan tulisan kecil di bahagian atas kelender tersebut, supaya Puan mendapat tarikh yang sebenar untuk bekerja keras bersama suami.

Walaupun masa haid Puan hanya selama 6 atau 7 hari, tetapi telur akan mula berfungsi selepas hari ke 10.

Jadi pada hari ke 11 hingga 17, Puan dalam keadaan subur yang amat sangat dan kemungkinan untuk mendapat anak lelaki adalah cerah.

Mulai tarikh 18 hingga 23, adalah hari-hari untuk mendapatkan anak perempuan

Bila tiba pada hari tidak subur di atas 24 hingga 25 ( lagi seminggu nak period ) puan akan rasa sakit-sakit badan, sakit kepala dan moody. Itu salah satu tanda puan akan didatangi haid dalam masa seminggu dan waktu period semula akan jatuh pada 30hb ( selalunya akan tercepat atau selewat sehari ) dari tarikh period terakhir.

Sekian... Nak tengok jadual boleh usha-usha kat sini. Klik sampai lebam okey!


notakaki: Tips ini hanya untuk mereka yang SUDAH BERKAHWIN SAHAJA! Dan ingat tau kawan-kawan... Kita hanya merancang, Allah yang menentukan... Time Aqif dulu, mami main niat je... hahaha

Mami Dedi Bosan, Aqif Jadi Mangsa!




Kadang-kadang, kami memang bosan. Macam kat Kuching ni seme tempat dah pegi. Dah tak tahu nak pegi mana dah. Jadi kami merewang-rewang lah di shopping-shopping complex. Window shopping jela jawabnya. Alamak! Macam kutu rayau dah bunyinye... Pulak tu kat Kuching ni bersepah shopping mall nya. Korang pilih jelah nak pegi yang mana satu. Kat mana-mana ade. hehehe

So, al-kisahnya pagi Ahad tu lepas pegi barang dapur kat Pasar Satok, kami jalan kat Wisma Satok lu. Kebetulan jejantas tu bersambung terus ngan Wisma ni jadi terus jelah kami pun. Memang tak cakap banyak dah! haha Jenuh mami nak mendaki jejantas tu dengan Aqif ni. Memang katang molek lah lengan i nih...

"Sila guna jejantas okey! Jangan jadi macam lembu... Anda mampu mengubahnya!"
 
Jalan-jalan terjumpa lah bahagian game ni. Hehehe... Apalagi, kami masuk lah. Saja bawak budak kecik ni. Boleh tengok ramai budak-budak main dalam tu. Hujung minggu kan. Mak ayah apalagi... Aqif pulak memang suka sangat bila tengok kawan-kawan ni. Aikk... Tahun depan k mami bagi Aqif kawan baru... =)


Syok budak ni tengok Street Fighter. Pebret mami gak ni. Budak baru nak belajar  berjalan ni kalu lepas camni memang best lah dia leh berdiri camtu. Kalau ikut hati die tu, nak je die merangkak abis...

Penat berdiri, Dedi bawak main kete lumba pulak. Time mami ngan dedi dating dulu, bese lah kami battle game ni. Aqif semangat lah leh duk pegang stereng tu. Macam duk dalam kete Dedi lah die. Sampai taknak lepas stereng tu kalau boleh. Memang tak boleh lah! Takpe cyg, nanti battle ngan mami pulak ye!


Dan... Ni lah aksi kemuncak! Abis tertonggeng-monggeng. Mantop! Besenya duk merempit atas mami je, now mami kasi Aqif feel sendiri. Kusyuk tu die tengok screen... Mami debar dah bile dedi letak Aqif gitu. Tapi Aqif layan je... Bagus betul! AMARAN! DONT DO THIS AT HOME! hahaha

notakaki: Semua Aksi ini berserta pantauan rapi oleh mami & dedi... Tq

Wordless Wednesday # Our Dinner Tonight!






notakaki: Moga budak demam cepat sembuh! Mami ngan dedi upah kfc dah ni... Siap buat kecoh lagi dalam kfc sampai jadi rebutan staff kfc... Pandai betul pikat orang! hehehe

Kasih Ibu...




First time tengok gambar ni memang touching. Sejak dah ada anak ni memang takleh nak nafi rasa sensitivi bila tengok aksi-aksi menghayat hati gini. Even gambar ni hanya merujuk pada seekor 'beruk' tapi nilai keibuan tu tetap tak hilang... Ibu tetap ibu even seekor beruk sekalipun. 

Cuma budak-budak sekarang ni dah lebih dari beruk dah. Buang anak macam sampah! Tunggu la hujung tahun ni banyak la pulak kes buang bayi andaikata hari ni, Hari Valentine yang kaum kafir duk sambut tu dorang pun praktik sama. Memang sedih. Aku sumpah mereka yang buang anak tu tak tenang dunia akhirat! Haaa... kang dah jadi sumpahan kum kum tu! Emo pulak tibe-tibe... Sob sok! MASHAALLAH. Semoga ALLAH mengampuni dosa2 mereka... Amin.




notakaki: Selepas insiden nih...sang beruk terus samak diri dia....dah gigit najis!!! hehehehe...

Previuos Entry