-->

Ujian Allah Itu Tanda Sayang



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .


Bumi mana yang tidak pernah kering kontang. Kapal mana yang tidak pernah karam dihempas badai lautan? Begitulah juga adat resam sebuah ikatan perkahwinan. Bukan setiap masa bahagia takkan tiap saat ketawa.

Maka ini adalah ujian kepada hubungan perkahwinan yang selama ini berjalan baik, tapi kurang berterima kasih kepada Allah SWT. Mungkin juga kita menggantungkan rasa bahagia itu kepada suami terlalu tinggi dan rendah sikap bergantung pada Allah SWT. Maka Allah SWT ‘menegur’ kita sekarang bahawa yang membuat anda bahagia selama ini bukan suami tapi Allah SWT.

Lalu Allah SWT mahu kita dekat balik kepada-Nya dan menggantungkan harapan bahagia seterusnya kepada-Nya juga, bukan manusia. Maka jika ini terjadi bermakna kita sudah lebih mendekat pada Allah SWT dan mohon pertolongan Allah SWT dalam usaha menghadapi ujiannya ini. Jika ini berlaku maka kita tidak panik lagi, kerana Allah SWT sudah di sisi.

Marilah belajar membangun kekuatan diri dengan berpegang pada peringatan Allah SWT bahawa jodoh pertemuan di tangan Tuhan dan peta hidup kita ditentukan oleh sebahagian kecil usaha kita, tapi sebahagian besarnya adalah di bawah ketentuan Tuhan. Percayalah bahawa hidup kita ini tidak akan kekal bahagia selamanya kerana kita ini hamba Allah SWT dan oleh kerana itu kita tidak dapat terlepas daripada ujian-Nya.

Jika hilang suami, Allah SWT sudah di sisi, mana lebih untung dapat cinta suami atau cinta Allah? Mana cinta yang dapat mententeramkan hati dan mana cinta yang melukakan hati. Hasilnya kita akan pasrah untuk terus hidup bahagia bersama atau pun tidak bersama lagi dengan suami kerana Allah.

Jika Allah yang ketemukan kita maka Allah SWT juga boleh pisahkan kita, maka kalau itu mahunya Allah SWT, mana mungkin kita menentangnya. Kalau mahunya Allah SWT, kita bersama mana ada kuasa yang mampu memisahkannya. Oleh itu tingkatkan penyerahan kepada Allah sebagai penentu kehidupan kita. Bukan pilihan mahunya kita semata-mata.

Sebab itu Ibnu Qayyim menyebut...

“nilai manusia itu boleh diukur dengan semangat dan apa yang dia inginkan.”

Jika anda inginkan hidup bahagia maka bermohon dan bersandarlah kepada Allah SWT bukan kepada manusia dengan cara selalu memberi maaf dan berlapang dada dengan apa yang ditemui dalam hidup kerana orang yang selalu berlapang dada maka dia telah dijanjikan oleh Allah akan memperoleh kemuliaan di dunia dan di akhirat.

Sebagai peringatan juga, jika kita terus menyerang dan mencari-cari alasan untuk mencari sebab berasa sedih dan menderita, bermakna kita sudah menjatuhkan diri sendiri dalam kesibukan yang sebenarnya. Dari hadis menyatakan ...

" kemarahan itu adalah sebuah bara api dari neraka dan di saat itulah syaitan dapat mengalahkan kita kerana kita lalai dengan Allah dan kita sedang marah"

 
Oleh itu, sama-samalah kita renungi bersama. Bersabarlah kerana SABAR ITU INDAH. Allah S.W.T tidak akan menduga hamabaNya lebih dari kemampuan hambaNya itu sendiri. Mari berserah segalanya pada Allah.

Moga memberi manfaat bersama.
 
 
SUMBER RUJUKAN: Pakar HowTo

0 Kata-Kata Sayang:

Previuos Entry