بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .
Hihihihi!!! Hihihihi! Gile ape tengah-tengah hari duk mengilai lagi! Ahaks Hai semua! Assalamualaikum! Sorry lah, kita kan masih mood hantu seram ni. Aduh... belog mummy dah macam rumah hantu dah kan? Siang malam duk hantu bagai ni.
Sementara mood hantu sedang menggila ni, mummy nak share ngan korang semua pasal setan a.k.a S.Y.A.I.T.A.N. Tau tak yang setan ni berjenis-jenis? Ishh korang ni... bukan I-Setan tuh! Meh bace ni....
Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :
1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2. WathiinPergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A’awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).
5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain.
6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).
8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.
9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.
So, jom muhasabah diri kita sendiri. Tak payah nak intai-intai orang lain dulu. Cuba sportlight sikit tengok ada berape ekor anak setan bapak nenek moyang setan ke dalam diri kita ni. Mana tau ada lekat 2 3 ekor! Huhuhu...
0 Kata-Kata Sayang:
Post a Comment