-->

Aqif Rizqi In Action


Dah 8 bulan? Biar betul ni?? Macam kecik lagik je perut nehh?? Hahaha Gimik je tuh! 8 bulan tu usia Aqif Rizqi ni bukan usia kandungan ke ape ke! Perut eksyen je kecik padahal?? gendang gendut tali kecapi kenyang perut senang hati..... Tak sanggup aku citer saiz comel perut aku nih!

Today 23hb 11 bersamaan Aqif 8 bulan. Rasa macam baru beranak je kelmarin. Wah.. tipulah kan! Tapi sies lah cepat bebenor masa bergerak sekarang ni. Mmg dah tak terkejar dah mummy nih. Seiring dengan peredaran masa ni (ayat nak skema la pulak!) Aqif pon same-same lah pesat membesar jugak. 


Setakat 22hb 11 2011, jam 11.59 am, Aqif dah :

♥ tumbuh gigi 4 batang. Mula-mula 3 batang serentak taim hujung 6 bulan (2 atas, 1 bawah), then baru tumbuh sebatang lagi kat bawah

♥ boleh duduk even masih lagi perlukan bantuan sepenuhnya dari mummy & dedi

♥ dah merangkak! horeeyyyy!! tapi aqif malas sbb kalu merangkak lambat sampai. rela lagi die mengesot macam suster ngesot tuh! iisshhhhhh.... nak cepat jeh!

♥ berani berdiri sambil membuat pautan berbahaya seperti di meja, kerusi atau di dinding. Siap lepas tangan lagi sebelah! Kus semangat mummy & dedi tau!

♥ 4x jatuh terlentang kat tile gara-gara aksi & pautan berbahaya yg die buat tak menjadi! Huhuhu sian anak mummy! Nape buas sangat!

♥ pandai ketip gigi @ kacip gigi hingga ngilu mummy dibuatnya! mentang-mentang ade gigi! arrgghhh! mummy tertekan!

♥ pandai bubbling juge! bersembur abis air liur. org awal2 bulan dulu tapi die nk masuk 8 bulan baru nak menyembur ke?

♥ pandai mengomel taim syok menyusu selain menggigit, menggigit dan terus menggigit! TIDAKKKK!!!

♥ pandai berlari dah! Oopss.. ketika dalam walker la! Laju beb!! Hari-hari main kejo-kejo ngan mummy!

♥ reti dah melarikan diri bila taim nk pakai pampers! sakit hati la jugak kan! ggrrrrr... nasib x jadi rimau mummy ni!

♥ pandai ape lagi ekk?? haa... pandai main bayang tangan-tangan sendiri kat dinding mcm bese2 kami main! hehehe

♥ boleh sebut blueuekkk!... ddaappp!... miilahh!... ndeee ahh!... ade lagi tapi mummy gagal kesan!

♥ pandai kiss dedi pulak! 6 bulan aritu reti kiss mummy jeh! so sweeeettt!!!

Anakku sayang, semua ragam & telatahmu adalah penyeri hidup kami. Kamu lah ANUGERAH TERINDAH  yang ALLAH S.W.T  kurniakan yang tak mungkin kami akan sia-siakan begitu sahaja. Kamulah pengubat hati lara, Kamulah penghibur kala duka DAN kamulah SEGALA-GALANYA! YOU ARE MY ALL!

0 Kata-Kata Sayang:

Previuos Entry