-->

Wordless Wednesday # K.A.M.I In The Shadow


PUNCA KEGUGURAN


Tadi duk FB ngan kawan masa sekolah rendah dulu. Last mesej ngan die, die ngah pregnant 1st baby. Seronok lah bile tahu bunting pelamin. Mummy pun share2 lah tips yg mana mummy tahu taim pregnant kan Aqif aritu. Excited lah kan kawan-kawan pun dah sama-sama nak besarkan cawangan! Ahaks! Mummy tanya lah "baby sehat?" Tapi mummy dikejutkan dgn jawapan slamber "baby yang hari tu dah arwah sarah... :)" Tabah sungguh kamu, Zufarahiyah! Syukur jugak sebab now die ngah pregnant for 2nd pregnancy pulak! Alhamdulillah... Jaga leklok kesihatan kamu. Sejarah mungkin berulang kalau kamu stress lagi! huuhuhu

Ni mummy nak share1 info hasil mummy godek-godek tadi kat tenet! Hope leh bagi kamu maklumat yang baik & berguna buat kamu semua oke! Sayang kamu!





MW Bil 871 28 Julai-4 Ogos 2000

PAK BIDAN OH PAK BIDAN

Kelolaan SITI ZARINAH HUSAIN


Keguguran merupakan salah satu fenomena yang biasa. Bagaimanapun, keguguran merupakan sesuatu yang amat ditakuti bagi setengah-setengah wanita. Ada yang berpendapat, kalau boleh setiap kali mengandung, biarlah sehingga bayi yang dikandung selamat dilahirkan.

Ada di kalangan wanita mengandung dan mengalami keguguran berulang kali. Ikuti penerangan selanjutnya berdasarkan soal-jawab bersama Prof Datuk Dr. Hamid Arshat.


SOALAN: Jika seseorang wanita mengandung dan kemudian mengalami keguguran berulang kali, apakah ini merupakan sesuatu yang normal?



JAWAPAN: Wanita yang mengandung kemudian gugur, ia sebenarnya perkara biasa. Tetapi jika ia berlaku sekurang-kurangnya sehingga tiga kali berturut-turut, wanita ini mempunyai masalah dari segi kesuburan. Khususnya bagi wanita yang masih belum dikurniakan zuriat. Maksudnya setiap kali wanita ini mengandung, dia mengalami keguguran.



Keguguran yang berlaku biasanya wanita mengalami pendarahan. Pendarahan ini berlaku lebih banyak dari pendarahan haid. Namun ada juga yang mengalami pendarahan sedikit sahaja. Bagaimanapun, tak semestinya keguguran berlaku mengeluarkan darah.



SOALAN: Bagaimana pula yang dikatakan keguguran berlaku tanpa mengakibatkan pendarahan?

JAWAPAN: Jika pusingan haid seseorang wanita itu teratur, iaitu sebulan sekali, kemudian jika mengalami kelewatan haid seminggu misalnya, dia sudah boleh mengadakan ujian air kencing.

Jika ujian air kencing didapati positif, bererti wanita itu mengandung. Selepas dua minggu, doktor boleh melakukan scan ke atas kandungan wanita itu. Melalui scan tersebut, segumpal daging akan kelihatan dan di bahagian tengahnya ada denyutan jantung.

Tanda sedemikian akan kelihatan paling lewat sekalipun, dua bulan kandungan ia sudah boleh dilihat melalui scan. Namun, jika denyutan jantung itu tidak dapat dilihat sewaktu scan, biasanya , kandungan itu tidak dapat diteruskan.

Biasanya doktor akan memberi tempoh sehingga tempoh dua minggu lagi. Khususnya untuk wanita yang mempunyai pusingan haid tidak teratur.

Bukan semua orang mengalami pendarahan sewaktu keguguran. Ada kalangan wanita tidak mengalami pendarahan sebagai tanda dia mengalami keguguran. Contohnya, jika doktor melakukan scan, kandungan tidak membesar atau janin didapati tiada, walaupun tiada turun darah. Perkara ini menyebabkan orang percaya kandungan dimakan bunian.


SOALAN: Apakah tanda-tanda tertentu yang boleh menjadi petunjuk bahawa kandungan seseorang wanita itu kuat, atau tidak mudah mengalami keguguran?

JAWAPAN: Sebenarnya menilai kandungan kuat atau tidak, kalau wanita mengandung mengalami loya dan muntah lagi bagus. Maknanya hormon kandungannya itu tinggi, kalau tiada tanda, kadang-kadang kandungan boleh terancam, dan menghadapi banyak masalah. Jadi bagi wanita yang mengandung jangan pandang perasaan loya dan tiada selera makan sebagai sesuatu yang negatif.


SOALAN: Apakah faktor yang menjadi penyebab kepada keguguran?

JAWAPAN:

Faktor Pertama:

Sebenarnya kalau mengikut kajian, sebahagian besar wanita menganduang mengalami keguguran mungkin bakanya, iaitu kromosom atau gen ada mengalami kerosakan.

Tak semestinya menandakan baka di pihak suami atau isteri mengalami kerosakan, tetapi ketika di dalam proses percantuman benih dan telur berlaku kesalahan. Akibatnya benih dan telur bercantum akan rosak dan akan berlaku keguguran.

Jika setiap kali wanita mengandung kemudian gugur, baka suami atau isteri, akan dikaji. Kadang-kadang salah satu kromosom mereka abnormal. Jika ia berlaku, keadaan ini tidak dapat dibaiki.

Pasangan sedemikian tiada jalan lain selain mengambil anak angkat. Bayi tabung uji boleh dilakukan dengan menggunakan benih penderma, namun kaedah ini tidak dibenarkan dari segi undang-undang dan agama Islam.

Faktor kedua:

Mungkin juga penyakit dalam rahim yang sering dikaitkan endometriasis (rahimnya jatuh ke belakang), dan fibroid juga boleh menyebabkan keguguran berulang-ulang. Wanita yang mengalami penyakit endometriasis dan fibroid ini kadang-kadang mengalami keguguran biarpun usia kandungan sudah mencecah antara 4 hingga 5 bulan.

Faktor ketiga:

Jangkitan kuman pada darah wanita yang mengandung.

Wanita yang mengandung kadang tidak menunjukkan sebarang tanda penyakit atau kesakitan, kemudian mengalami keguguran.

Apabila darahnya diperiksa, darahnya dijangkiti kuman. Kuman pada darah itulah yang merosakkan kandungan. Antaranya seperti kesan beberapa jenis virus CMG, herpes simpleks dan rubela.

Begitu juga dengan sejenis parasit toksoplasmosis yang ada pada badan kucing boleh menyebabkan keguguran. Oleh itu bagi wanita yang sering mengalami keguguran dan memelihara kucing, perlulah sentiasa berhati-bati.

Biarpun kucing peliharaan itu dijaga dengan baik dan bersih, tetapi parasit itu tetap ada pada bulu-bulu kucing dan tidak kelihatan pada mata kasar.


SOALAN: Apakah langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan dari keguguran berulangkali ini?

JAWAPAN: Selepas pemeriksaan dilakukan, jika ujian mengesan virus dilakukan dan ia menjadi faktor keguguran, wanita itu perlu mengambil inisiatif untuk memperkuatkan ketahanan diri. Doktor boleh menasihatkannya untuk mengambil vitamin C dalam dos tinggi, dan multi- vitamin E.

Apabila seseorang mengandung sejak dari peringkat awal lagi, amalkan pemakanan berkhasiat, ambil juga asid folik dan vitamin yang disebutkan sehingga kandungan berusia tiga bulan.

Penting juga kalau boleh wanita yang mengandung diberi rehat tiga bulan, dari bekerja. Antara perkara menyebabkan keguguran ialah stress dari segi fizikal dan mental. Ada baiknya jika wanita ini berehat sehingga tiga bulan.

Mereka digalakkan berehat, banyakkan baring dan tenangkan fikiran. Di samping itu, jauhkan persetubuhan kerana adakalanya persetubuhan pada peringkat mengandung boleh menyebabkan rahim kuncup dan mengakibatkan keguguran.


SOALAN: Apakah ada kaedah lain untuk mengatasi masalah ataupun kaedah yang boleh dilakukan bersama rawatan yang diberikan secara moden bagi mengatasi keguguran secara berulangkali ini?

JAWAPAN: Ada setengah cara rawatan pesakit dimasukkan ke hospital, rawatan secara gantian darah protein untuk memperkukuhkan darahnya. Ada juga yang percaya bahawa peranan makhluk halus menjadi penyebab kepada keguguran dan kecacatan. Bagi wanita yang sedang haid memang tidak boleh melakukan solat dan membaca quran, ketika itu gangguan boleh berlaku, khususnya jin. Oleh itu ada baiknya wanita yang sedang haid digalakkan membanyakkan membaca selawat ke atas nabi.

Bagi wanita mengandung dan mudah gugur, sewajarnya memperkuatkan rohani dengan mengamalkan bacaan ayat Kursyi sambil memegang rahim hingga tertidur.

Setiap Hamba Akan Dihadapkan Kepada Allah S.W.T




Rasulullah s.a.w bersabda : "Pada hari kiamat nanti setiap hamba akan dihadapkan kepada Allah lalu Allah berfirman: "Bukankah Aku telah menjadikan pendengaran, penglihatan, harta dan ANAK untukmu? Bukankah Aku juga telah menundukkan haiwan dan ladang untuk kamu gunakan? Dan bukankah aku membiarkanmu MEMIMPIN dan menikmati apa yang ada? Maka apakah kamu menyangka kamu mesti bertemu dengan ku pada hari ini?" Dia menjawab:"Tidak". Allah pun kemudian berfirman kepadanya :"Pada hari ini Aku lupakan kamu sebagaimana engkau telah melupakan-Ku"

(Riwayat Imam Tirmizi dari Abu Sa'id Al Khudri dan Abu Hurairah r.a.).


Sabda Rasulluah: Barangsiapa menyampaikan satu ilmu dan orang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada...

Bala Ape Pulak Lah Neh !!???!!

Saya TENSION!!!

Tension betol mummy 2 3 hari ni! Hari ni mmg meletopp jugaklah memang takleh nak simpan2 dah ni!! Belog ni nak boikot mummy ke pas satu hal satu hal! 2 3 minggu lepas pasal "header" ade 2 sampai skrg xleh nak setelkan lagi! ni mai pulak dah bala baru! punggah aaiihh!! migrain! migrain!

Dari kelmarin aku perasan awat lah aku punye "page text" ni font die default. Maksud aku bukan seperti yang aku pilih lah! Aku pilih font "consolas" tapi yg kuo nye font "times new roman". Jenuh aku cek kat edit HTML tu tapi haram jaddah tak jumpe! Ingatkan internet yg problem tapi font utk "post title" oke je! Aduhh...Memang kena lah ngan aku yg tak brape nak celik IT nih! bapak je pakar IT tapi anak? huhuhu perlu ke aku mintak tolong ngan ayah?? bala bala bala tentera betol lah! sob... sob... sob...

So, buat kedua kali mummy nak mintak tolong lagi sekali kot2 ade hamba Allah yg baik hati nak tolong dan boleh tolong mummy ni. Tak bermaya mummy tgk belog mummy ni selagi tak setel problem ni. MOHON BANTUAN KAWAN-KAWAN BLOGGERS SEMUA YE!


My 1st Felt Craft

Hehehe... Ni lah hasilnye selepas berseni kreatif! Oke tak untuk budak baru belajar macam mummy ni? 


My First Try! Cubaan Pertama! Aku dedikasikan buat Aqif lah. Untuk sape lagi kan??


Ni hasil cubaan KEDUA pulak! More better kan? Haha sangat PERASAAN  oke!

TERPAKSA  STOP berseni kreatif kejap sebab benang dah habis! Hahahhaa

‎7 AYAT-AYAT CINTA

Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah serta malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan... 
  1. Bismillahhirrahmann irrahim: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu pekerjaan atau perkara. 
  2. Alhamdulliah: pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu urusan. 
  3. Astagfirrullah: jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk, sama ada secara lisan atau sirat. 
  4. Insyaallah: jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang. 
  5. Lahaulawalaquata illahbillah: bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk. 
  6. Innalillah: jika menghadapi musibah atau melihat kematian. 
  7. Laailaahaillallah: bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah. 



Sabda Rasulluah: Barangsiapa menyampaikan satu ilmu dan orang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada...

Marilah BERMAIN!

Perhatikan anak-anak anda. Kuat tak mereka bermain?? Aqif saya memang kuat bermain! Mungkin sebab anak lelaki kot? Anak lelaki lebih banyak mainnya berbanding anak perempuan. Korang tau tak yang bermain adalah satu cara bayi dan kanak-kanak mengembangkan deria rangsangan mereka? Deria rangsangan terhadap dunia dan deria rangsangan yang dapat buat mereka menyesuaikan diri.

Ianya bermula dengan anda semasa mereka membesar. Jadi, luaskan permainan mereka dengan alat-alat permainan, objek dan lain-lain bentuk permainan. Aqif saya tak berapa suka dengan mainan-mainan yg saya belikan untuk dia. Dia lebih tertarik dengan 'mouse laptop', kotak tisu, remote tv, hp atau yang seangkatan dengannya. Tapi takpelah selagi dia masih ada minat untuk bermain kan? Jimat jugak duit mummy tak payah pening-pening beli mainan kan even kadang-kadang mummy yang syok lebih tengok baby toys ni kan? haha

Saya juga selalu bermain beberapa permainan dengan Aqif. Kebiasaannya saya main 'hide & seek' atau orang kita panggil sorok-sorok tapi orang ganu panggil tang nusuk! mummy buatlah cari-cari Aqif mula lah budak kecik ni tercari-cari mana mummy dia bila dengar mummy panggil "mana Aqif Rizqi aaa.." Mummy main 'ba ba cak' jugak! Besenya depan cermin time nak mandi tu. Tersengeh-sengeh tersipu malu lah anak mummy sorang ni. Comey je nak2 nampak gigi 4 batang tu! Dan permainan yang paling Aqif suka adalah main bayang-bayang atau wayang kulit. Macam yang bese aku main kecik-kecik dulu! Kat dinding, kat lantai dia memang seronok tengok bentuk bayang-bayang tu. Hatta, bila keluar jalan malam2, dia sangat kusyuk tengok bayang-bayang kita kat jalan tu!


Antara bentuk bayang-bayang yang bese mummy buat untuk Aqif Rizqi. Hehehe. Seronok tau! Korang try lah! Pasti anak-anak korang suke! Bermain dengan anak-anak merupakan perkara yang amat manis dan menakjubkan sekali bagi mereka yang bergelar ibu bapa macam kita ni lah. Ianya adalah satu bahagian penting cara bayi dan kanak-kanak membesar dan belajar.

Masa yang diluangkan semata-mata untuk berseronok bersama-sama dengan anak-anak. Tapi sebenarnya selain itu

  • kita menyediakan pelbagai jenis peluang pembelajaran buat mereka
  • kita juga membantu anak belajar untuk percaya dan bergantung kepada ibu bapa
  • turut menjadikan anak berasa selesa dan selamat yg mana akan membantu dia membesar
  • membantu anak-anak mengintegrasikan idea-idea ketika mereka belajar tentang dunia realiti
  • dan membantu kita mengenali sesama sendiri dan merapatkan kita dengan anak tersayang


Aqif dengan walker die. Dah tercabut dah pun bintang tuh. Ganas btol!
Aqif dengan bola-bola cinta die! Haha
Sukalah die main dengan ulat bulu die tu. Muke pon dah serupe ulat bulu naik daun dah!

"3rd Giveaway By Yana"

Jejalan kat belog Mek Comey ni tengok2 ade signboard GA pulak! Yang dah 3rd ke? Akak baru je nak join nih. Haha Ketinggalan betol kan? BTW, sebab tertarik dengan Yana yang comey lote ni jadi mummy nak join jugak GA nih! Tak kire Tak kire! Nak jugak! haha Mana tau rezeki dapat Shawl kan? Rizqi tu anak mummy. Kaitan die? Memang takde! hahaha


GA ni sampai 20/12/2011. 
Mummy nak TAG MyraAuni, & Elvina

Anak Itu AMANAH


Moga Mummy & Dedi mampu menjalankan amanah Allah S.W.T dengan baik.
Moga Aqif jadi anak yang soleh. Amin

Imam Ghazali menyatakan: "Anak merupakan amanah bagi kedua orang tuanya. Hatinya yang masih suci merupakan MUTIARA YANG MASIH BERSIH tanpa ukiran dan gambar. Jika dia dibiasakan dan dididik untuk berbuat kebaikkan, maka dia akan tumbuh menjadi anak yang baik. Kedua orang tuanya, guru dan pendidiknya akan berbahagia didunia dan akhirat. Sedangkan jika ia terbiar seperti haiwan ternak, maka dia akan sengsara dan binasa. Dosanya pun akan dipikul oleh orang yang bertanggungjawab untuk mengurusnya dan walinya.

Hargailah Dia Sebelum Menyesal


Jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH dia seadanya.
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. 
Anggaplah dia manusia biasa. 
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. 
Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. 
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu 
akan TERUS hingga ke akhirnya.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan 
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. MENGASIHIMU. 
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. 
Terlalu mengejar kesempurnaan. 
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain. 
Kamu juga yang akan MENYESAL...

Kenapa boleh Ada 2 layer BLOG TITLE aku nih??? HELP!!!!


Tahun baru ni mummy nak mintak tolong sket leh tak korang? 
Korang perasan tak BLOG TITLE mummy tuh repeat 2x. Mummy pon tak tahu gane r boleh jadi lagu tuh. Tersilap tekan ape ntah!

Ada sape-sape tahu tak gane nak edit? 
Mummy dah try remove tapi tak boleh!!!
SAPE-SAPE tahu mintak tolong ek.. huhuhuhu... 
gini r jadi bile orang nak belogger die pun nak jugak! hahahah Nyte!

Fadhilat Baca Doa Awal & Akhir Tahun Maal Hijrah


Alhamdulillah kita masih lagi diberi kesempatan jejak Tahun Baru Islam pada tahun ni. Syukur sangat2 sebab leh lagi bernafas kan di bumi Allah ni? Eh... korang baca tak tadi doa akhir & awal tahun ni? Ehem ehem... baca tak ni?? Yang baca tu bagus lah kan macam mummy ni. Bagus ke? Meme arrr!! haha Dah yang tak baca tu guane? guane cite boh? Rugi beso lah jawabnye! Tau tak baca doa ni banyak fadhilatnye??

Di akhir waktu Asar tadi atau sebelum masuk waktu Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijah bersamaan (Sabtu 29 Zulhijjah 1432H bersamaan 26 December 2011) tadi la kita bacalah doa akhir tahun berikut sebanyak TIGA KALI



Maksudnya :

Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat dari keslahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, ya Karim, ya Zaljalali wal ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam...
Amin... Amin... Amin...

Ibnu Abbas berkata: "Siapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu".

Selepas dibaca doa akhir tahun, syaitan berkata, "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan".

Then selepas waktu Maghrib tadi bersamaan 1 Muharam, kita bacalah doa awal tahun sebanyak tiga kali


Maksudnya:
Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agung dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungandari nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam...
Amin... Amin... Amin...

Selepas doa awal tahun dibaca, berkatalah syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa itu, Allah mengampunkannya setahun".


Mummy mungkin tak berape warak...
tapi mummy cube utk berubah menjadi insan yg lebih baik & muslimah cemerlang...InsyaAllah... 
Sem0ga tahun ini lebih baik dari tahun sbelumnya n sm0ga hdup sentiasa d rahmatiNya...
Aminn..


Ya Allah,Ya Tuhanku...
Dalam permulaan tahun yg barakah nie, muliakanlah dan
sayangilah saudara-saudaraku dan sahabat-sahabatku.
Bahagiakan hidupnya, sihatkan tubuh badannye, berkati rezekinye, kuatkan imannya, 
berikan kekuatan ibadah kpdnya serta jauhkan segala fitnah terhadap dirinya.
Suburkan benih KEISLAMAN dgn penuh rase kasih sayang tanpa alasan. 
AMIN YA ALLAH,AMIN YA RAHIM
SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1433H :)

Rembat HANDBAG baru pulak!

Fuh... penat sungguh arini dengan cuaca lagi panas terik. Nasib r keluar agak awal pagi tadi dari kebiasaannye kalu tak kompem2 terpaksa melibatkan diri dengan jem! jem jeng kreng r jawabnye! Orang dapat gaji kan mulalah semua makhluk kuo nak bershopping gamoknye! termasuk mummy la tuh! haha tapi mummy bukan dapat gaji ke ape tapi kena mai shopping tikar ni har! aaaa penuh gile orang tadi!! syukur dikurniakan anak baik ni jadi hepi shopping la mummy tadi. Sayang Aqif! Gooooooddd Booyyy Sesannngggaaatttt!!!

Supplier bese mummy tu mcm dah nak tutup kedai dah. Memang tadi stok baru pun! Tu yg mummy pun dah down nak nege tikar nih! Penat pusing-pusing je dalam panas terik tuh! Sambil dukung budak kecik yg tak brape nak kecik ni! Sakit belakang mak! hohohoho 

Tikar rotan pulak dah nek rege pulak! Dah seme nak nek rege gane nk cari makan ni weh?!! Mummy nak markup rege lebih sikit pun dah tak sampai hati tapi gitu r. Kos lain seme dah naik! Buyers memang lah kalu boleh nak murah2 je kan?? Mummy pun as a buyer mestilah kalu boleh nak murah2 je tapi dah kalu gini memang TAK DAPAT LAH DEK NON OII! aaahhaaiiii!! tu pon berape sen je untung tapi Alhamdulillah lah cukup lah wat beli barang dapo sikit2.... bukan sies sangat pun sekadar tolong Encik Suami je niatnye! <----agak-agaklah kaler seme nak merah kan?? haha

Sambil-sambil tadi sempatlah REMBAT satu handbag Louis Vuitton. Al maklum dah lama sangat teringin nak handbag baru. Lama gile x beli handbag. Jangan tanya ORI ke TAK sebab mummy memang tak heran pon brand brond nih! Mummy beli handbag CR masa kawen dulu tak sampai setahun dah hancur pon! Sedeyh terbayangkan duet terbang g2 je. Nak sampai 3RAT la jugak tu yg berkire sgt tuh!! Tak pernah2 beli handbag mahal2... konon la kan nak style untuk hantaran!hehehhe 

Jadi ape ade pada ORI tak ORI kan?? Nak org macam mummy yg serba kurang ni. Cukup lah tak mampu dah nak beli yg mahal2! Sian Zorro nanti! Anyway, CUN jugak tau handbag ni. Berkenan lah mak! Terus angkut sebab takut balik kang mule r nyesal angan tak sudah!! 


Picture Loading.....



Hehehe Saje lah kan nak tunjuk handbag baru tanpa niat RIAK sama sekali tau!  Tenkiu Encik Zorro sebab izinkan saya beli handbag LV ni. Namun sehingga sekarang saya masih mendapat gangguan sms yg mengatakan handbag saya comey! huhu Memang nak kena lah tu orang tu kan??  hehehhe (ketawa malu)


Sayang Awak Kerana ALLAH




♥ Bila ada yang SAYANG, jangan lukai hatinya...

♥ Bila ada yang CINTA, jangan kamu titiskan air matanya...

♥ Bila ada yang  MENANTI, pastikan kamu kembali...

♥ Bila ada yang SETIA, lakukan yang sama...

♥ Bila dia PERGI, kejarilah selagi merasa dia bererti...


>>> Kerana bila dia TIADA di sisi, kamu akan sunyi dan sepi. 
Hargailah INSAN yang kamu sayang selagi mereka masih ada... 
BERSYUKUR dan terimalah seadanya..(✿◠‿◠)

1st Segmen Mummy Aqif : Jom Hijrah!


Petang - petang redup camni tetibe la kan mai idea nak buat segmen ni. 1st segmen tuh nak2 utk blogger baru macam mummy nih! Ahaks... Agak-agak ade orang join ke wei?? Adik-adik akak-akak abang-abang JOM LAH PAKAT RAPATKAN UKHWAH sambil2 BERHIJRAH tuh!

Atceli sempena Maal Hijrah Ahad ni, marilah kita sama-sama MUHASABAH diri k. Dah nak hujung tahun ni, mummy rasa kita sendiri leh tahu & nampak kan kita ni makin ke arah kebaikan ke makin tak berape nak baik? ke korang tak nampak-nampak jugak?? tak sedar2 jugak?? Ce cube hantuk kepale kat lantai kejap! 5 minit cukup lah! wacchhaaa! SEDAR dah? hehehehe 

Mummy sendiri pun banyak kurangnya tahun ni. Sebagai seorang anak, mummy & isteri. Huhuhu Sedeyh! Bile nak berubah lagi ni ooii?? Anak dah sorang! Moga tahun depan masih ada SINAR RAHMAT dari ALLAH S.W.T buat kita semua oke! Insyallah... Paling penting, kita masih dipanjangkan umo! Aiyyaa... panjang pulak celotehnye! Ampun...

Amek kau Banner besar gedabak!! ^_^
Sape nak join?? Angkat tangan!!! 
Sape nak join korang buat simple step ni yea! plzzz....


♥1st♥ 
FOLLOW belog mummy ni dulu a.k.a DUNIA Mummy Aqif (tapi kalu taknak follow pun xpe, mummy tak pakse!)

♥2nd♥
BUAT ENTRY tajuk "1st Segmen Mummy Aqif: JOM HIJRAH"

♥3rd♥
Letak URL entri korang kat ruangan komen kat bawah tu. kalo kat lain mummy taknak layan tau! Peace \0/

Lastly, Tag SEKURANG-KURANGnya 3 orang kawan oke? Pastikan dorang tahu sekali jangan main TAG je. Mudah je kan? kan?
nak Tag lebih lagi bagus bagus sebagusnya! 
Mummy nak TAG Adikku NajmiNanadMama EmaMira, dan Izzati


So, jangan lepaskan peluang untuk cari kenalan, naikkan trafik dan tambah follower masing-masing sambil kita pakat2 lah muhasabah dan fikir ape azam & hijrah kita utk tahun baru nanti! Eh... azam & hijrah korang yg tahun ni dah tercapai ke belum ni??hehehehe  

Moga mendapat sokongan padu dan jitu dari kawan-kawan & sahabat blogger semua! Open untuk semua peringkat umur & jantina. Bukan gegurl je tau mentang2 lah banner tu muslimah sgt! hehe ^_^


DEADLINE: 12 JANUARI 2012

Bahagia Bile Tak Payah Masak!


Morning semua! Assalamualaikum! <--- Sile guna nada Prof. Izzy ok! Haha Perlu ke? Adik-adik kakak-kakak semua dah mandi ke blum trus mengadap belog tu? Mummy kompem2 lah dah mandi. dah siap ngemas2 rumahtangga cuma baju je xberjemur lagi! Mat Aqif pun lom bangun lagi jadi tanpa tunggu lama-lama terus amek kesempatan utk updated belog ni buat santapan breakfast korang! hahaha

Takde keje lah kan hari-hari WAJIB kene pk nak masak ape! Huuuiiih.. sangat bosan oke! Nasib la hari mmg dah tahu nak masak ape sbb menu kelmarin dipostpone utk hari ini. Kelmarin, kelmarin kelmarin tersangatlah bahagia sebab ta k payah masak! Gile bagus kan mummy ni? baru 2 hari xpayah masak dah bahagia gile kalu sebulan atau setahun agak-agak korang mesti mummy dah kat Tanjung Rambutan kan?? Jahat tau korang ni main agak camtu tau! Tak mau... Tak mau! ehehhehehe

Storynya sebab tak payah masak kompem2 lah sebab kami makan luar! Encik Suami kan jaga pekse SPM jadi die dapat makanan free A.K.A nasik bungkus hari2. 2 hari lepas tu die g lunch kat kedai jadi balik aku ler yg bantai nasik bungkus tuh! hahaha

Kelmarin plak Encik Suami belanja PIZZA pulak! Al maklum dah lama sangat mengidam kan. Terbang duit2 ku lagi... Tapi takpelah kan asal puas hati bantai pizza sorang2! Die tak suka pizza, aku yg gile pizza! Die 2 slice aku 6 slice! Takke gile kentang lamenye tuh! Order Chezzy 7 Bite lagi tuh! Aisehh dalam kete dah kecur air liur... Last2 balik rumah sampai ke pagi ni sakit kepala musti gara-gara Cheese yg bagai-bagai tuh! Aduhhh... mummy sakit kepala!!! Nanti la aku updated gambo-gambonye pulak k! 

Pizza memang besh tapi yg TAK BESH bunyi bising dalam Pizza tuh! Ade la 5 6 ekor pontianak ngan dracula duk mengilai tak ingat dunia! Ingat Pizza tu depa yg punya kot! Itu Pizza Ahmad Albab yang punye tau!! Nasib la taim Aqif nak tido depa dah cau kalu tak memang aku cincang la.... Huhhuhuhuhu..

Jom g jemur baju pulak sementara panas lagi ni! Kang tengahari ni hujan pulak! Pandai pulak aku ramal kan? Ingat tok nujum pak belalang ke? Ngeh3... Jiran depan umah aku meninggal malam tadi. Masuk spital sakit buah pinggang tapi mninggal sebab sakit jantung. Orang Iban, so nak g melawat pon xreti ni. Kenal pun tak yang mana satu tuan rumahnye! 1 Malaysia 1 Masyarakat lah sangatkan aku ni?? Kite serahkan pada Encik Suami jelah nanti ye.... hehehe.. Daaaa!!!


Aqif Rizqi In Action


Dah 8 bulan? Biar betul ni?? Macam kecik lagik je perut nehh?? Hahaha Gimik je tuh! 8 bulan tu usia Aqif Rizqi ni bukan usia kandungan ke ape ke! Perut eksyen je kecik padahal?? gendang gendut tali kecapi kenyang perut senang hati..... Tak sanggup aku citer saiz comel perut aku nih!

Today 23hb 11 bersamaan Aqif 8 bulan. Rasa macam baru beranak je kelmarin. Wah.. tipulah kan! Tapi sies lah cepat bebenor masa bergerak sekarang ni. Mmg dah tak terkejar dah mummy nih. Seiring dengan peredaran masa ni (ayat nak skema la pulak!) Aqif pon same-same lah pesat membesar jugak. 


Setakat 22hb 11 2011, jam 11.59 am, Aqif dah :

♥ tumbuh gigi 4 batang. Mula-mula 3 batang serentak taim hujung 6 bulan (2 atas, 1 bawah), then baru tumbuh sebatang lagi kat bawah

♥ boleh duduk even masih lagi perlukan bantuan sepenuhnya dari mummy & dedi

♥ dah merangkak! horeeyyyy!! tapi aqif malas sbb kalu merangkak lambat sampai. rela lagi die mengesot macam suster ngesot tuh! iisshhhhhh.... nak cepat jeh!

♥ berani berdiri sambil membuat pautan berbahaya seperti di meja, kerusi atau di dinding. Siap lepas tangan lagi sebelah! Kus semangat mummy & dedi tau!

♥ 4x jatuh terlentang kat tile gara-gara aksi & pautan berbahaya yg die buat tak menjadi! Huhuhu sian anak mummy! Nape buas sangat!

♥ pandai ketip gigi @ kacip gigi hingga ngilu mummy dibuatnya! mentang-mentang ade gigi! arrgghhh! mummy tertekan!

♥ pandai bubbling juge! bersembur abis air liur. org awal2 bulan dulu tapi die nk masuk 8 bulan baru nak menyembur ke?

♥ pandai mengomel taim syok menyusu selain menggigit, menggigit dan terus menggigit! TIDAKKKK!!!

♥ pandai berlari dah! Oopss.. ketika dalam walker la! Laju beb!! Hari-hari main kejo-kejo ngan mummy!

♥ reti dah melarikan diri bila taim nk pakai pampers! sakit hati la jugak kan! ggrrrrr... nasib x jadi rimau mummy ni!

♥ pandai ape lagi ekk?? haa... pandai main bayang tangan-tangan sendiri kat dinding mcm bese2 kami main! hehehe

♥ boleh sebut blueuekkk!... ddaappp!... miilahh!... ndeee ahh!... ade lagi tapi mummy gagal kesan!

♥ pandai kiss dedi pulak! 6 bulan aritu reti kiss mummy jeh! so sweeeettt!!!

Anakku sayang, semua ragam & telatahmu adalah penyeri hidup kami. Kamu lah ANUGERAH TERINDAH  yang ALLAH S.W.T  kurniakan yang tak mungkin kami akan sia-siakan begitu sahaja. Kamulah pengubat hati lara, Kamulah penghibur kala duka DAN kamulah SEGALA-GALANYA! YOU ARE MY ALL!

WORDLESS WEDNESDAY~



Aqif Rizqi with muka miang! Nakal giler...

Stok Bila Dah Bosan Sangat (PART 1)

 Bila bosan kami akan keluar jejalan dan makan-makan...

Lepak kat Ipoh Town. Try Set Ice Cream Bun nih. Nyummyy!! Roti die sangat lah rangup krump tau! Ice cream coklat pulak tu memang takleh tahan. 1 set dengan air fresh orange = rm5 shj. Leh tahan lah! 

Budak kelaparan! Amek muke kemut bile bagi ice cream coklat tu sikit! haha

Mane makanan Aqif nye mummy?? Sorry ye sayang sbb di sini hanya ade utk mummy ngn dedi je.
Utk Aqif takde lah. hehehe


 Kami akan makan lagi dan lagi...



Garuda kecundang Harimau PERTAHANKAN EMAS

Kita MENANG!! Mood menang mlm tadi pun tak hilang lagi ni.Takleh ingat r game Harimau mlm tadi. Memang TERBAIK even kita menang PENALTI je selepas SERI 1-1 dgn INDONESIA. Penalti tak penalti asal menang kan?? Ye tak?? 

Saat debaran Penalti! 

Akhirnya KITA MENANG!!!!

Macam mimpi bila tengok Malaysia main hebat camtu. Awal-awal game mmg cam hambar r tu yg kena dulu ngan Indon tu minit ke-5. Bengang gile tengok team Indon gelepor bile leh wat gol. Saiko giler aku!! Macam gaye orang dh menang je. Apek pulak ge mamai. 3 kali jugak r bola muntah. Nasib r pahtu team kite dapat rentak semula. Apek pun dah tebus salah die bile dah save bola taim Penalti tu. 

Berpeluh aku mcm aku yg main semalam. semangat tak semangat kan! Terasa gelora die macam duk kat stadium tuh! Makin darah tinggi aku bile tengok Mat Fakri main bola ni. Ape kejadah lah main bola lagutu cik abang oooii??... Bahrambang sunggoh r! Berape kali die saje duk belage ngan teammate sndiri! Kemuncak kemarahan aku bile penalti pulak die amek! bile pengulas sebut je name die trus r terdiam aku. Zorro dah geleng kepala. Macam dah boleh agak bola die macamane. Huuhuhuhu... Nasib lagi bola Badrul bergolek jugak slow2 ke arah gawang gol. Leh tak kalu aku nak kate Badrul Hero?? Hihihihi...

Atceli seme Hero malam tadi (tak termasuk Fakri aci tak?hurm....) Korang memang cap harimau sejati lah! Fakri je cap ayam! Hahaha.. Masih lagi bengang ngan Mat Fakri ni even kita dah menang. Jahat tak aku? Lantaklah... Kalu ko main baik takde r aku mengata kan? ANYWAY, TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH!

Disebalik mummy ngan dedi duk kusyuk tgk game, rizqi duk sibuk ngan game die ni pulak. Dah tak pedulu dah kami duk bising ngan bola. Asal die leh main ngn kotak tisu tu. Bile gol je terkebil-kebil die tengok mummy & dedi melompat kegembiraan. Oooppsss! Melompat ke?? Kantoi... haha
Bila dah abis game, orang dah nak tido, die pulak makin aktif pulak ngan bola die tuh! Agaknya nak training kot untuk Sukan Sea akan datang? Nak ganti Fakri katanya... 
Saya nak main bola jugak nanti boleh tak mummy?? Boleh sayang... Hadoii!

Sepetang Di Waterfront

Petang tadi g dating ngn Uncle Courier. Nasib la kat Waterfront je harini jadi leh r Mummy merendet kat situ sambil2 berposing sakan dengan Aqif Rizqi kat tepi sungai tu. Aikk.. cam tak betol je ayat aku ni?? Berapa banyak kat lah mummy oii.... hahhaaha

Si kecik ni pulak tido je dlm kete tadi. Atceli mmg dr umah ye duk mamai dh ngah tido tapi terpaksalah angkat jugak takkan nak tinggalkan?? Dah setel ngan Uncle tu terus lah kami bersantai. Agak lama lah jugak tak lepaking kat sini. Aqif Rizqi pulak bile dengar je sore2 manje budak-budak lain lalu-lalang bangun terus lah die! Wah, makin seronok lah Mummy berposing. Gila fotoshoot btol! Ni lah gamaknye bile suke mencapap! haha

Hehe... Mummy dulu r yg syok berposing ni. Aqif awal2 ni duk mamai  lagi.
Mummy pakai tudung ala2 pengacara WHI gitu! AAuuuww!

Aqif Rizqi duk koya lagi. Mummy gigih duk pujuk Aqif bergambar.

YES!! Dia dh bangun tapi muka keras lagi taim mih. Mummy maintain ceria! hahah

Syg ni.. senyum r cikit! Dedi ngah amek gambo kite tuh!

Peace Yo!! ^_^

Budak gagah yang suke sangat berdiri. Ni test power lah ni!




Lama tunggu baru r senyum! 

Huhuhu... Muka die dh naik semule lah merah2! SOrry sayang

Hai Dedi! Syok kami berposing ni. Taknak join sekali ke??

Aqif tengok ape tuh? Burung barangkali? Jarangnye rambut  anak aku! Baru perasan!

Anak Dedi! Sama TAK? TAK kan? Huahuahua

Sies nye die....

Bagus anak mummy senyum dah.. Comey macam Dedi! Eh.. Ensem lah! haha

Dedi sayang Aqif sangat2!!! Jadi anak yg baik oke?!

Dah lah tuh Aqif.. Penat dah berposing sakan ni. Jom balik! hehehe

Previuos Entry