-->

FADHILAT & PENGERTIAN BACAAN RUKUK & SUJUD



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .




:: bacaan rukuk::

~Subhaa Narabbiyal A'zim : Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung (3kali)

Di dalam setiap rakaat solat, kita WAJIB membacanya sebanyak 3kali.

i) SUBUH : 2x3 = 6kali
ii) ZOHOR : 4x3 = 12kali
iii) ASAR : 4x3 = 12kali
iv) MAGHRIB : 3x3 = 9kali
v) ISYAK : 4x3 = 12kali
JUMLAH : 29kali

~ di dalam seharian, kita wajib mengagungkan keSUCIANNYA
yakni DIA hanyalah SATU...suci darinya, AGUNG, tiada yang dua dengan melafazkan...MAHA SUCI TUHANKU yang MAHA AGUNG sebanyak 29 kali.


:: bacaan sujud ::
~ subhaa narabbiyal aa'la : Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi (3kali)

Di dalam setiap rakaat solat, kita WAJIB berSUJUD sebanyak 2kali utk setiap rakaat, bermakna untuk setiap rakaat, kita akan membaca doa ketika sujud sebanyak 6kali.

i) SUBUH : 2x6kali = 12kali ( 4kali sujud )ii) ZOHOR : 4x6kali = 24kali ( 8kali sujud )
iii) ASAR : 4x6kali = 24kali ( 8kali sujud )
iv) MAGHRIB : 3x6kali = 18kali ( 6kali sujud )
v) ISYAK : 4x6kali = 24kali (8kali sujud)
JUMLAH : 102kali ucapan

~ di dalam seharian, kita wajib bersujud sebanyak 34 kali, manakala kita membaca doa sujud sebanyak 102kali ucap..
~ ini bermakna kita wajib memuji keSUCIANNYA sebanyak 102kali setiap hari..

Berdosa jadi ahli Facebook

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

Berdosa jadi ahli Facebook: Ulama Iran

BELIA Palestin memeriksa akaun Facebook di Ramallah.



TEHRAN: Seorang ulama Iran menetapkan web media rangkaian sosial popular di seluruh dunia, Facebook bercanggah dengan ajaran Islam sekali gus berdosa menjadi ahlinya kerana menggalakkan peri laku tidak bermoral. 

Ulama kanan itu, Ayatollah Lotfollah Safi-Golpaygani memberi pandangannya mengenai Facebook dan keahlian warga negaranya dalam web berkenaan ketika sesi soal jawab dengan agensi berita ISNA, semalam.
“Pada asasnya, perbuatan melayari mana-mana laman web yang menggalakkan peri laku tidak bermoral dan melemahkan pegangan agama bercanggah dengan Islam dan tidak dibenarkan selain menjadi ahli adalah haram.

“Hanya penggunaan laman web yang menekankan kriteria agama dan tidak membawa kepada sebarang peri laku atau etika tidak bermoral, tiada masalah,” katanya. 

Di Iran, biasa bagi ulama kanannya ditanya mengenai dasar isu sosial sama ada ia sejajar dengan nilai Islam. Jawapan mereka akan dianggap sebagai satu peraturan. 

Meskipun kerajaan mengenakan banyak sekatan terhadap internet, seramai 17 juta penduduk Iran ahli Facebook, lapor perangkaan rasmi pada 17 Oktober lalu. 

Oleh kerana Facebook popular di kalangan generasi muda, pemerhati percaya bilangan penduduk Islam yang mempunyai akaun Facebook lebih tinggi daripada angka itu. 

Iran mempunyai 70 juta penduduk, 60 peratus daripada mereka berusia di bawah 30 tahun. 
Lebih lima juta laman web dikenakan sekatan di Iran tetapi warga negara itu masih mendapatkan akses menggunakan perisian proksi dan rangkaian persendirian maya (VPN) – Agensi (Berita Harian)

p/s: Ermm.... Kalau guna FB untuk berdakwah takpe kan kawan-kawan??hehehehe..  ehh.. tu kat Tehran je kan? Malaysia takpe lagi kan? Yang penting gunakanlah sebaik mungkin jangan sampai mencemar maruah diri  dan gunakanlah kearah kebaikan ye adik-adik. Ibarat ubat-ubatan lah, jangan disalahgunakan nanti jadi parah! Kan ada dadah tu... Kekekeh... Sesuai ke? Apa-apa jelah!

Previuos Entry