-->

Tahun Baru Tabung Baru ?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .


Kira-kira duit dalam bekas kaca ni agak-agak dalam seribu tak? Mak aih seribu dah ke? RM1... RM1... RM5... 50 sen... 5 sen... Cet... Jangan nak harap lah kalau asal akhir bulan je, mesti isi dalam saya ambil... Asal tak cukup duit je, duit dalam ni jugak yang saya rembat kan? Kalau camni gayanya sampai bila-bila lah tak penuh-penuh. Huhuhuhu 

Tadi saya totalkan awak semua. Saya tak sanggup tengok awak semua terperap je dalam bekas kaca tu. Tanpa kawan-kawan baru. Bila nak beranak kalau camtu. Bosan jugakkan? Jadi, saya tekad pindahkan awak di rumah baru yang lebih selamat. Kat mana lagi kalau bukan Bank Islam. Pemilik awak, Aqif Rizqi sangat perlukan awak untuk kesenangan masa depan dia nanti. Moga awak makin beranak pinak pada tahun baru ni.

Tapi tadi saya lupa lah yang hari cuti tahun baru jadi mana bank buka. Kecewa saya. Patut lah Encik Suami asyik tanya "bank buka ke harini?" dan dengan yakin saya jawab "bukalah, hari Isnin ni kan. Lagipun, tengahari bank tak rehat" Tup-tup sampai tengok lengang je. Kehkehkeh Esok lah saya pergi selesaikan urusan 'pindah rumah' awak ni oke!

Jadi saya melencong ke Waterfront pulak. Semata-mata untuk rumah baru awak. Tahun Baru kan mestilah rumah baru kan? Awak suka lah tu. Eh... Awak kan dah tak ada nanti. Jadi, rumah baru ni untuk anak-anak cucu cicit awak lah ye? 3 buah lagi saya beli. 3 pemilik la katakan, Zorro, Mummy & Raya.  Moga-moga lah beranak pinak ye awak. Moga awak subur. Kaya saya nanti! Hahaha


Hijau pilihan kami!

Kronologi 2011

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

Sedikit sebanyak peristiwa pahit manis masam 2011 untuk dikongsi bersama. Kenangan Terindah!

✿ 29 JANUARI | Kak ipar aku, Azrina (Kak Na) selamat melahirkan Aisyah Dania, cucu perempuan pertama dalam Abdullah's Generation. Sama tarikh lahir dengan mak long dia tu, Kak Eda. Pandai Dania pilih tarikh ye?hehehe...



✿ 22 MAC | Waded sebab Air Ketumban baru pecah. Due 14hb kot. Rasa nak melompat je gara-gara happy sangat nak bersalin ni! Can't wait to see my baby!

✿ 23 MAC | Kelahiran Permata Hati Pertama, Muhammad Aqif Rizqi Mohd tepat jam 4.58 petang bersamaan 18 Rabiul Akhir 1432 Hijrah pada hari Rabu yang sangat mendamaikan. Alhamdulillah, syukur nikmat kepada Tuhan yang memberi rahmat!

Tidur tak ingat dunia!

✿ 1 MEI | Majlis Cukur Rambut Aqif Rizqi dengan Aisyah Dania bersamaan SETAHUN arwah Tokwan meninggalkan aku.

Sebelum Dicukur

Selepas! BOTAK! Aqif macam tak boleh terima kenyataan je kan?

✿ 2 JUN | Ulangtahun ke-5 kami sebagai pasangan kekasih

✿ 5 JUN | Ulangtahun pertama kami sebagai pasangan suami isteri

✿ 20 OGOS | Jangkitan kuman Aqif pada tahap kronik. Di tambah pula dengan Ekzema yang dihidapinya sejak lahir. Luluh hati seorang ibu melihat derita anak dia ni. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.




✿  SEPTEMBER | Bermulanya Bisnes Online aku secara kecil-kecilan. Ala-ala Saudagar Tikar gitu!

Ehem-ehem... Siapa nak order leh r roger-roger. Tikar, Kek, Ikan semua ada! haha

✿ OKTOBER | Aqif dah ada 4 batang gigi baru. 2 bawah, 2 atas. Cute cute cute! Aqif pun dah pandai merangkak dengan laju! 

✿ NOVEMBER | Aqif dah pandai meniti + memanjat! Pesat betul Aqif membangun! Hehehe

✿ 28 DISEMBER | Aqif pandai duduk dengan sendirinya. Terkejut mummy! Good Boy! Anak mummy dah pandai berdikari... Aqif pun dah boleh bertepuk amai-amai! Suke! Suke! Suke!


Rasanya itu je kot untuk 2011. Hehehe Moga 2012 ni boleh memberi 1001 makna dan semangat untuk aku menjalani kehidupan sebagai seorang isteri, ibu dan juga anak! Amin

Previuos Entry