-->

Result SPM aku?

2 a.m. Aku muncul lagi. Motif? Takleh tido. Anak2 aku dah dodoikan tadi. Gurindam jiwa. Lena wei.. ha ha ha.

Apehal tetiba result SPM ni? Harus lah sebab semalam orang duk sibuk dengan result masing2. Result aku yang berzaman dulu mula lah nak menjelma semula. Ok la tu. Not too bad, Not too good. Suam-suam lah untuk orang yang banyak main macam aku.

Serius lah aku banyak main. Main aku bagi jugak sumbangan kat sekolah. Main-main aku ramai cikgu sayang tau! Ermmm... SPM aku... hari aku dapat result.... aku dapat sekali lamaran.. Nampak?? Sangat kenangan. Sampai bila aku takkan lupa. Ada jugak dapat diam orang suka aku kan...

Sape?? RAHSIA!! Agak-agak sape yang berani lamar aku taim result SPM keluar? Hahaha...

Ok dah. Aku nak cite pasal result. Result baik atau teruk, yang pasti bukan penamat hidup. Hampir 11tahun dah sekarang, aku tetap bangga dengan diriku. Seorang isteri, seorang ibu dan seorang bisneswomen. Haa... Keje sendiri, cari duit sendiri. Korang sendiri penentu, korang sendiri yang tahu diri sendiri. Korang akan jadi apa yang korang fikir! Dengan izin Allah jugak!

Faham ke faham?
Result aku?? 3A jeee..
Math - untuk aku belajar mengira
BM - untuk aku belajar memahami
PI - untuk aku belajar redha

Aku serabut... nak pindah sangat kan...


Rabu sudah. Klik klok klik klok dah hampir penghujung minggu. Aku? Huhuhu. Sedihhh.... aku nak angkat bendera putih boleh?? Seŕius aku penat dan totally lost macamana nak mengemas! 

Pakaian aku dah kemas cuma lom masuk beg. 
Baju-baju anak aku dah masuk beg.
Ofis aku pun dah clear semua barang lepas Minyak Angin Atomatherapy FreshCare tu selamat di pos ke kg.

Mainan si Aqif aku dah packing semua. Biar padan muka dah takleh main. Orang kemas dia sama naik jugak "menolong". Taim bulan-bulan mengambang ni memang aku pun cepatlah jadi Serigala Jadian! Hah! 

Penolong mummy... Peneman kala aku sibuk mengemas. Memang tolong la sangat... Tolong sibuk! Haha

Karpet dah gulung... tapi kena tinggal dulu sekali dengan tikar2 aku... Ermm... taim camni lah baru rasa tobat 'kenapa lah aku pegi beli pegi angkut semua mende alah ni??? kang dah susah nak kena pikul balik semenanjung semula!!' huhuhu. Ateee umah nak cantik... kata kau! Idok nyee.. Tak dengar nasihat suami itu lah makan dia! hadap Sarah... kahkahkah!

Esok (Khamis) - Ruang Tamu
Jumaat - Dapur
Sabtu - Bilik Tidur & Bilik Kucing
Ahad - Balik la wei.... !!!

Bila dia dah mintak2 nak selfie nih, wajib la layan. Godek2 mimik muka sendiri sampai bosan. Adik2..  keletah ni lah yang buat mummy sayang adik. Mummy dapat rehat seharian. Hehehe

Moga aku berjaya selesaikan semuanya ni mengikut jadual yang di tetap kan... Sendiri buat jadual... Hahaha.. Sekali si Aira buat perangai terus aku melepak je.... sampai balik. Nasib la suamiku kemas sorang-sorang nanti.. Wakakaka...

Tak Boleh Tido...

Arghh... 3 a.m... Aku masih terkebil2 ngadap Cik Sam nih! Abis font dah aku tukar, abis wallpaper aku ganti tapi masih gagal lelapkan mata. huhuhu... My Zorro dah bdengkur lazat. My Hero & Heroin dah lena ke bulan...

Menjelang Ahad nanti memang otak aku non stop berfikir. Ntah apa lah yang dilema sangat! Dah conflict in interest bagai... hahaha...

Wei... Aku dah nak pindah Semenanjung lah!
Nampak tak kenapa mummy cannot sleep??
Tak sempat nak feeling happy2 lagi ni...
Kerja rumah setambun kot aku nak kena settle... Please give me strength, my Allah...

**ok. mengantuk dah sampai. tak rugi aku merapu kat rumah usang nih. kekeke... aku layan mengantuk dulu ye. kang dia merajuk gasak plak aku nak memujuk. Selamat Malam!

Last postage

12

Rumah bersemak siapa nak datang?!

Macam dah sedekad aku tak jenguk kat sini!
Langsung aku seperti hilang dari dunia maya ini. *terhempap laptop barangkali! ha ha
Maaf kalau ada yang tertunggu-tunggu entri manja-manja ku. *ade ke? gediks~
Okey... aku buat pengakuan hebat ala MB! Aku terrsangattt busy! Bhahaha.
Anak dah 2 orang beb!

Nyawaku... Kekuatanku... Kelemahanku... hi hi
Lemah lah wei... kadang nak marah pun tergelak bila tengok muka suci 2 orang nih!

Muhammad Aqif Rizqi Mohd Azrul
D.O.B: 23/3/2011
Abang yang sokmo kontrol ensem!

Nur Aira Ariqa Mohd Azrul
D.O.B: 22/2/2013
Bakpe adik sengeh gitu dik? Ha ha

Ermm... Cam nak kenal tukar je alamat rumah aku ni. Dah tak boleh ' Dunia Mummy Aqif ' je... kang anak No. 2 aku ni sentap pulak! Mummy tak sayang adik...! Mummy tak sayang adik....! Kang naiya!! hahaha *macam lah dah pandai bace. yedok! 

Aku dah sapu-sapu dah sikit rumah ni, dah tebas semua lalang, dah mesin semua rumput. Harap korang sudi r datang lagi even tak bertuan. Aku open je. Rumah terbuka sepanjang tahun habaq hang! Mana ada orang lain buat... aku je buat tau! Cuma makan minum bawak sendiri jela... he he he..

Okey lah! Aku dah banyak merapu. Ekseted sebab rumah aku dah bersih. Kat 2 tahun aku tinggal. Banyak mende yang aku tertinggal untuk share ngan korang. Anak aku pun dah nak masuk 2 tahun yang no. 2 nih! Teruk kan aku?? Serius... sangat banyak sebenarnya yang aku nak share ngan korang... Dari soal hidup aku... bisnes aku.... hatta bisnes aku sekalipun....! ha ha ha...

Arghhh! Aku rindu....

Rindu

Umpama sedekad pena kelu
Mencoret kata didada kalbu
Ku bukan rajuk atau menyendiri
Ku tak punya masa sendiri lagi

Hati rindu meroyan bagai
Ingin ku mula tak tahu bila
1001 hikayat tersemat dijiwa
Insyallah nanti bersua semula

SAPE NAK BELI BEDAK ARAB KOKURYU SUPER SUMMER CAKE? JOM SINGGAH!


Salam semua! Lame tak muncul-muncul last2 muncul ngan haruman bedak pulak kan? Bau tak? Haha. Atceli cm yg uolls tau, mami kan ade kedai online sebelum ni. Skrg ni mami fokus Produk Kesihatan, Kecantikan & Fesyen. So, sekarang nak cite pasal bedak jap...

Pernah mendengar mengenai Bedak Arab Kokuryu yang magic? Ia merupakan produk Jepun sejak 1965 tapi dikilangkan di Filipina. Kenapa nama dia bedak Arab? Sebab ia dibuat majoriti untuk pasaran Arab. Orang yang memperkenalkannya pun bawa dari Yaman, so lekatlah nama bedak tu BEDAK ARAB!


BEDAK ARAB SUPER SUMMER CAKE KOKURYU :


1. Berat bedak ini 3 ke 4 kali ganda dari berat bedak biasa di pasaran, iaitu berat bedak ini 50gram.
2. Mengikut pengalaman pelanggan yang telah menggunakannya, penggunaan bedak ini boleh bertahan selama lebih dari 3 bulan.
3. Bedak ini merangkumi moisturiser, foudation dan bedak , jadi, dalam masa lebih 3 bulan, hanya perlu beli satu bedak sahaja tetapi dah merangkumi 3 produk, daripada membeli 3 produk berasingan..
4. Penggunaannya yg mudah dan memakan masa yg singkat, dapat menjimatkan masa untuk berhias


Cantik terletak, seolah-olah ada satu kulit yg menutupinya. 
Berbeza dengan bedak-bedak biasa di pasaran yg berdebu dan melekat di tudung. 


Sesuai untuk lelaki dan perempuan






Sangat mudah dipakai, hanya perlu basahkan sedikit sponge, dan terus apply di muka.
Sponge tak boleh terlalu basah/kering, nanti tak lekat.




Menghasilkan kemasan yang rata dan tak capuk. Tak menggelapkan kulit.


HARGA?


Kami aware dengan harga bedak ini yang terlalu mahal di Malaysia, sehingga mencecah RM 80 so kami mengambil initiatif untuk order terus dari Tanah Arab sendiri. Jeng jeng jeng~


Kini, anda boleh dapatkan bedak magic ini dengan harga RM 60 sahaja, TERMASUK POSTAGE! Murah kan?

*pembelian borong dialu-alukan


Kelebihan :
- 3 in 1 (moisturizer, foundation, powder)
- Tahan selama 8 jam
- Boleh diguna ketika solat
- Halal
- Kulit akan bertambah cantik apabila berpeluh 
(kalau berpeluh hanya 'dap'kan tisu pada muka, tisu tidak akan melekat di muka)
- Berbau wangi
- Selepas dipakai akan mengikut warna darah 
- Mengecutkan jerawat bagi yang berjerawat
- Muka semakin lembut & gebu
- Menjimatkan masa & wang
- Disertakan bersama span yang lembut, mudah dipakai & tidak akan kepam apabila disimpan setelah dibasahkan


Cara menggunakannya:
- Basahkan span
- Sapukan span pada bedak
- Ratakan ke seluruh muka




BERMINAT? BOLEH EMAILKAN ORDER
DI SINI ---> BORANG TEMPAHAN

OR UNTUK SEBARANG PERTANYAAN DI:


macho.creative@hotmail.com



4 Bulan Sudah Berlalu....

Sekejap je masa ni berjalankan.. Tp dh klu laju cmni bkn berjalan dh ni.. Hehe.. Tip tup tip tup perut comelku dh makin memboyot.. Kdg mcm dh 6 bln pn ade nk2 klu bru sudah melantakkan? Haha Perut kecik je tp bab makan mmg xhingat..

Dah xlame dh tinggal sebulan lebih lg nnt dh nak terbang balik Terengganu... Impianku... Hehe ternyanyi lagu tema sukma Terengganu la pulak.. Atceli, banyak menda aku ngan suami nk kena decide & ofcoz kne discuss.. Bab ni yg xsyok nih.. Huhuk..

Cuti sekolah ni ak leh ibaratkan honeymoon ak la nnt. Sbb? Sob sok sob.. Sedih la pulak.. T_T nanti kami dh nak kne berjauhan dari abis cuti sampai aku bersalin la.. Macamane la nak handle segala rasa tu. Dlu masa pregnant ke Aqif leh r cover lg.. Ni die dh besar mesti die rindu jgk kat dedi die. Uhuk.. Aku????

Bln2 pulak dh due date. Insyallah klu ikut scan dr doc la. Palg sedih tahap hati hancur lebur xleh nk cantum2 dh punye sbb maybe aku kena meneran nanti tanpa sokongan suami disisi.. Oh Tidak... Kuatkah aku? Ya Allah... Sadisnye... Xmoh pk lg la... Doa jela moga dipermudahkan semuanye... Korang tolong doakan juga ye..

So, secara officialnya 3hb November nanti aku akan gulung tikar lah. No more bisnes tikar yg dh 2thn beroperasi. Syg jgk tp nk buat cmne dh xlarat dh...huhuk

K la... Bnyk pulak sembang kan? Ahak! Lenkali pulak ye... Besela bulan depan pulak la kot next entry.. Hua3...

Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak


Abang Aqif Sedang Marah Ke??

1. Kesilapan pertama: 
Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah:
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: 
Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: 
Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: 
Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima:
Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kesilapan keenam: 
Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. 
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: 
Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: 
Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: 
Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: 
Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: 
Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: 
Bertengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: 
Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: 
Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: 
Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

Setelah Aku Kau Miliki - Shima


Mereka lihat ku tersenyum
Gembira bagai tiada duka
Begitu indah dipandangan
Tapi hatiku keretakan bagai sinar
Purnama terang yang terbakar

Setelah aku kau miliki
Mana janjimu yang sejati
Segala bagai kiambang
Zahirnya nampak berkembangan
Akar tak jejak di dasaran
Terluka cintamu itu

Jelmaan yang mendatang
Meragut menggoda
Membenam binasa cinta
Aku di genggaman
Engkau lepaskan
Kerna memburu khayalanmu
Yang menjanjikan
Rembulan keribaanmu
Engkau kehancuran

Tidakku mampu membencimu
Biarpun cuba ku lepaskan
Tapi rantaimu mengunciku
Di kota cinta jelmaanmu
Tidakku rela dibinasa
Bersama cintamu itu




Pena menari lagi
Kali ini ia merawang mengikut kotak fikiran
Berdansa mengikut rentak hati goyah
Tiada lagi not not indah
Tiada lagi kata-kata madah
Lagu dan irama seperti terpisah

Sumbanglah nyanyian tanpa melodi 
Pincanglah halwa telinga tanpa bisikan hati

Perlukah berkarya lagi?
Andai peminat setia sudah lari?
Yang tinggal hanya keparahan hati
Yang remuk sedang berderai sendiri...

Tidak tahu duduk diam dikatakan hyperaktif??




Selalu anak-anak kecil yang tidak tahu duduk diam dikatakan hyperaktif. Benarkah mereka ini hyperaktif atau sebenarnya hanya aktif dan pelajar kinesthatik (belajar dgn cara membuat).

Anak kecil sememangnya aktif kerana mereka tidak ada beban emosi yang menghantui mereka. Badan mereka juga kecil untuk mereka bawa ke sana ke mari. Jadi untuk mereka bergerak adalah senang dan mudah bagi mereka. Serta mereka ada banyak tenaga untuk digunakan.

jika anak anda suka bergerak, memanjat, melompat terutamanya lelaki, jangan terlampau cepat menamakan mereka hyperactive child. Hyperactive is a medical condition. Most children are just intelligent and have lots of energy to dispose. So that is why they are very active. : )

Encourage your children to walk, run, jump as much as they need to. And of course before that ensure safety.

Sitting down and reading from books is not the only way children learn.

TAHNIAH! Anda Mengandung....




Salam 1 Jumaat semua. Nampak tak title?  Mesti korang nampakkn kalu tak, takdenya korang saje2 bukak entri ni bace kan? Sape lah tak happy bile ade Doctor yang wish macam tu kan? Aku? Aku je yang tak happy... 

Memang aku tak happy! Why?? Sebab takde pun Doctor yang wish macam tu kat aku! Sebab g cek ngn hospital kerajaan kot. Doctor macam poyo skek! Ntahlah salah hospital or doctor sebenarnya ni. Ak rase kalu kat swasta ni, mesti doctor senyum lebar nak bagitau this good news! Tu yg ade kes suami melompat sampai ke siling gara-gara happy sgt. Eh.. Ada ke?? Aku tipu jelah! Ahaks...

Pas dapat result dari ujian makmal, test air kencing tu aku pun dengan senang hati lah buka report card aku. Even dalam hati macam tak konfiden jgk ngn pregnancy test kit yg aku wat kat rumah tu tapi hati aku kuat nak tengok result die. Kalu tunggu Doctor tu bacakan memang taklah! I hate u doctor! Tiba-tiba kan... haha Jeng-jeng jeng... senyum sememek aku bile tgk die tulis positif... yes!! Alhamdulillah... Once again for the second time... Very love this moment... ^_^

Dan seperti yang dah dijangka, bile masuk balik blik tadi jumpa Doctor Keling India tadi (woot! marah sangat nampak?) dengan tak tengok muke aku, die conteng ape ntah kat report card tu then die bg kat assistant die. So, ak ckp ngn assistant die jela. Nasib la peramah jugak budak tu. Kalu tak ade aku smackdown dua-dua kat situ. Huhuhu... Aku cantik lagi tau Doctor yang sampai hati kau taknak tengok aku tu nape?? Wahh.. sentap disitu... Hahaha... Ada kaitan ke??

So, habislah al-kisah aku mengandung lagi ni... Aku kira2 sendiri maybe due aku bln2 thn dpn... akhir bulan mcmtu lah... hihik... cuma sedih n takut memikirkan yg suami aku mungkin tak sempat teman aku dlm labor room nnt...huhuhu... k. taknak cite kisah sedih! bye! 


notakaki: Moga kehamilan ini makin mendekatkan aku kembali dengan Maha Pencipta dan mendidik aku menjadi muslimin sejati serta mengasuh aku menjadi ibu yang mithali... Aqif, awak dah jadi Abang Besar tau! Aqif senyum je sambil cium perut mami... Hehehhe... Sayang Aqif! Akhir kalam... TAHNIAH! Anda mengandung lagi, Sarah Nadia.. Wish pada diri sendiri jela... Ahaks!

Wahai Hati Bersabarlah...

Mungkin penyesalan ungkapan terakhir dari bibir...
Namun penyesalan bukan jalan penyelesaian terakhir...
Menyesal dengan apa yang terjadi seperti menyalahkan takdir diri...
Seperti tidak percaya dengan aturan dan ketentuan Ilahi...
Itu berdosa wahai hati...
Ku doa moga engkau tabah...
Percayalah wahai hati...
Penciptamu tidak akan menduga lebih dari kemampuanmu...
Harungilah dengan tabah...
Keluhan itu hanya melemahkanmu...
Rungutan itu hanya menjatuhkanmu...
Kekuatanmu kekuatanku...
Ketabahanmu ketabahanku...
Wahai Hati Bersabarlah lagi...
Walau untuk keberapa kalinya...

9 bulan menggamit lagi...

Jiwa berbunga bagai teruja Tapi gembira hati terbantut seketika Tercari-cari gambaran semalam Pahit terpaksa ditelan Saat ternampak wajah kedukaan Airmata kristal jadi bukti Lambang hati terguris lagi Kini ia kembali lagi... Moga 9 bulan ni bulan2 yang menyenangkan Tak sanggup berdarah kembali Hati ranap dipalit bisa Insyallah....

Langit kelam terbentang luas Hati kosong minta dirawat Hujan lebat mencurah laju Ibarat mengerti omongan minda Waras kah? Masih mampu berfikirkah? Bezakan kewajipan dan keharusan? Dahulukan mana kepentingan dan kemahuan? Lama mana lagi harus dibuka ruang? Perlu sampai bila diberi peluang? Benar... Selagi pintu taubat masih terbuka! Selagi nyawa dihujung nafas... Namun... Hati yang sudah mati ibarat tiada guna Makin dibiar makin busuk dan hitam... Bolehkah ia diperbaiki? Masih ada rahmatkah? Sinar hidayahMu untuknya? Ku tahu aku tidak sendirian... Allahku sentiasa bersamaku... Kuatkanlah diriku moga mampu kutempuh saat itu... Aku mohon Ya Allah, lembutkanlah hatinya.... Amin....

Lamanya tak updated..... Sian ko berdebu!





Salam Jumaat semua! Sies lah gatal je hidung masuk umah lama ni... Berdebu, bersawang + berlumut dh ni gamaknye... Gara-gara bz la sgt kan. Opppss.. Aku je buat2 bz padahal xde la sgt. Malas je yang lebey.... Hehehe... Tapi takpe.. Kau tetap suci dalam debu.... 

Ni antara kerja aku sekarang... Buat Apam Dot Dot A.K.A Apam Comel

Sepeninggalannya aku baru-baru ni, bnyk kot hot-hot story yang bikin panas ni... Ada dalam genggamanku! Eleh... Nak tau gak la tu kan??? Ermmm... Bnyk tu mmg bnyk tapi aku ni kan ade penyakit lupa jadi takde la bnyk sgt. Yg btol2 hot2 fm je ak simpan... Jeng jeng jeng... 

1. Aku dah RE-BRANDING PRODUK aku... But my blogshop still mummysbiz.blogspot.com 

2. Aku dah register bisnes aku cuti aritu dgn name MACHO Creative Enterprise dgn SSM. Jd, MACHOcolates, Mummy's Biz beroperasi bwh daftar niaga ni la. Hehehehe.. Amacam? 

3. Anakku Muhammad Aqif Rizqi dah SETAHUN 4 BULAN. Dah besar panjang. Sori la sbb aku tak buat2 entri psl besday boy aritu padahal dah kumpul dah koleksi gambar2 die...huhuhu.. Mami xde idea lg Riz... Wah! Riz gitu... Mood ombak rindu lagi ke?hahaha 

4. ..............Jeng Jeng Jeng........ Im positif!! 2 Line means Aqif dah jadi Abang Besar! Tp tak tahu bpe week lg.. isnin ni baru nak cek ngn doc... Insyallah, klu ikut jadual yg ak penah post dulu, ade potensi baby gurl pulak... Tp yela keje Allah blake... Ahaks! Moga tester tu btol and i'm pregnant... Amin....

5. Last but not least.. 14hari lagi menuju Ramadhan.... Moga sempat bertemunya... Aku nak semayang terawih..huhuhu.... Okeylah... Itu saje...... Nanti rajin ak updated lg. Now ak pki Ipad2...  Rindu My Galaxy!! Huhu Bye! Salam....

Org Perempuan, dah ready nak Kahwin?





Org Perempuan, dah ready nak Kahwin?
Baca ni.

(^^)

--------------------------------------------------------------------
ooo orang puang ...

mung bangung pagi , mung gerok suami ,
mung ajok suami berjemooh , mung jd makmung ,
mung masok , mung gosok baju suami ,
mung sedie kasut stokeng untuk suami ,
mung kuca tea , mung ato suami ke pitu pago , mung cium tangang ye ...

mung mitok maah ...
mung dok rehak ...

mung basoh baju pulok , mung pon lipak baju ,
mung kene tunggu van ikang pulok , mung beli laok maok ,
mung masok pulok , mung siang ikang ,
mung potong sayor , mung ggoreng ...

mung letih ...
mung dok rehak ... 

tengohari , anok anok balik ,
anok tu lepo beg ngate , mung sabo ,
anok tu wak bising , mung redho ,
anok tu wak hhanya , mung senyum ,
anok tu nangih , mung tetak manih ...

mung taboh ...
mung dok rehak g ...

mung hidang makang tengohari ke anok ,
mung tukang suap , mung tukang basuh ,
mung tukang lap , mung tukang kkemah ...

sapa petang ...
mung dok rehak ...

suami pulok balek , mg belari cium tangang ye ,
mg mitok maah , mg hidang ke dye minung petang ,
mung bagi senyumang ke ye , mung hiborkang ati ye ...

mung letih ...
mung nyando tepi meseng nyo ...

garib tibe , mung ajok suami g ddengo kuliah ,
mung sedie juboh suami , mung sarong ppioh suami ,
mung hiborkang lagi , lagi dan lagi ...

mlm tibe , mung jd permaysuri ,
mung bahagiakan suami , mung jd bidadari ...

dengan jalan ninglah mung akang dapak syurge ...




*hebak mung orang ppuang ... :)

Janji Allah SWT...




Allah tak pernah janji, orang yg kawin akan dapat anak.
Allah tak pernah janji, orang yg kerja siang malam akan jd kaya.

Tapi,
Allah janji..
Siapa jaga solat, maka dia adalah org yg BERJAYA
Siapa jaga solat, maka Allah akan angkat kesempitan hidup d dunia
Siapa jaga solat, Allah akan angkat siksa kubur
Siapa jaga solat, Allah akan beri buku amal dgn tgn kanan
Siapa jaga solat, dapat lintas titian sirat sepantas kilat
Siapa jaga solat, akan masuk syurga tanpa hisab.

Janji apakah yang lebih baik daripada ini? :)

Tempahan Awal di MACHOcolates! Thanks!!



Tempahan pertama. Thanks sebab percaya pada servis kami!

Tempahan Coklat Oreo! Yummy!

Tempahan kedua - repeat order! Alhamdulillah! *^_^*

Hasilnya kul 4 pagi tadi! Tak sangka leh siapkan dalam masa 1 malam saje!
Thanks pada suami dan aqif sebab faham and tak meragam!haha
  
Nak view detail lagi, sile ke https://www.facebook.com/MACHOcolates atau ke blog kami http://mummyaqifchoc.blogspot.com/ ^_^

Previuos Entry