-->

Aku serabut... nak pindah sangat kan...


Rabu sudah. Klik klok klik klok dah hampir penghujung minggu. Aku? Huhuhu. Sedihhh.... aku nak angkat bendera putih boleh?? Seŕius aku penat dan totally lost macamana nak mengemas! 

Pakaian aku dah kemas cuma lom masuk beg. 
Baju-baju anak aku dah masuk beg.
Ofis aku pun dah clear semua barang lepas Minyak Angin Atomatherapy FreshCare tu selamat di pos ke kg.

Mainan si Aqif aku dah packing semua. Biar padan muka dah takleh main. Orang kemas dia sama naik jugak "menolong". Taim bulan-bulan mengambang ni memang aku pun cepatlah jadi Serigala Jadian! Hah! 

Penolong mummy... Peneman kala aku sibuk mengemas. Memang tolong la sangat... Tolong sibuk! Haha

Karpet dah gulung... tapi kena tinggal dulu sekali dengan tikar2 aku... Ermm... taim camni lah baru rasa tobat 'kenapa lah aku pegi beli pegi angkut semua mende alah ni??? kang dah susah nak kena pikul balik semenanjung semula!!' huhuhu. Ateee umah nak cantik... kata kau! Idok nyee.. Tak dengar nasihat suami itu lah makan dia! hadap Sarah... kahkahkah!

Esok (Khamis) - Ruang Tamu
Jumaat - Dapur
Sabtu - Bilik Tidur & Bilik Kucing
Ahad - Balik la wei.... !!!

Bila dia dah mintak2 nak selfie nih, wajib la layan. Godek2 mimik muka sendiri sampai bosan. Adik2..  keletah ni lah yang buat mummy sayang adik. Mummy dapat rehat seharian. Hehehe

Moga aku berjaya selesaikan semuanya ni mengikut jadual yang di tetap kan... Sendiri buat jadual... Hahaha.. Sekali si Aira buat perangai terus aku melepak je.... sampai balik. Nasib la suamiku kemas sorang-sorang nanti.. Wakakaka...

Tak Boleh Tido...

Arghh... 3 a.m... Aku masih terkebil2 ngadap Cik Sam nih! Abis font dah aku tukar, abis wallpaper aku ganti tapi masih gagal lelapkan mata. huhuhu... My Zorro dah bdengkur lazat. My Hero & Heroin dah lena ke bulan...

Menjelang Ahad nanti memang otak aku non stop berfikir. Ntah apa lah yang dilema sangat! Dah conflict in interest bagai... hahaha...

Wei... Aku dah nak pindah Semenanjung lah!
Nampak tak kenapa mummy cannot sleep??
Tak sempat nak feeling happy2 lagi ni...
Kerja rumah setambun kot aku nak kena settle... Please give me strength, my Allah...

**ok. mengantuk dah sampai. tak rugi aku merapu kat rumah usang nih. kekeke... aku layan mengantuk dulu ye. kang dia merajuk gasak plak aku nak memujuk. Selamat Malam!

Last postage

12

Previuos Entry