بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Alhamdulillah sebab masih lagi diberikan peluang dan ruang bernafas di bumiMu, Ya Allah. Tahun 2011 adalah tahun yang sangat bermakna yang tak mungkin aku lupakan. Tarikh keramat 23 Mac 2011 akan terpahat kukuh sebagai moment yang paling indah kerana bergelar seorang ibu kepada Muhammad Aqif Rizqi Mohd Azrul. Seorang anak lelaki yang makin bijak, baik & makin sihat yang kini dah berusia 9 bulan. Full breastfeeding lagi dengan bangganya! Ooopss... Tak baik RIAK!
5 Jun 2011 juga bermakna dah SETAHUN aku dan Mohd Azrul Abdullah berlayar di lautan rumahtangga. Kami berjaya mengharungi segala ombak badai dan ombak rindu! Ong Bak? Itu bukan oke! Atceli, tertunggu-tunggu jugak hadiah Anniversary dari Encik Husband masa tu. Sangat tak malu! Tapi hampa. Encik Husband macam faham je. Last-last keluarlah ayat-ayat cinta:
"Abang dah bagi dah kan hadiah ke Ya. Ni, Aqif Rizqi. Kira sekali dengan birthday Ya sekali lah 14hb nanti oke?"Aku pun tersenyum bahagia. Ringkas tapi sudah cukup buat aku rasa sangat dihargai.
"Terima kasih, Abang. Inilah hadiah yang paling mahal dan tak ternilai buat kita! Insya'llah saya akan jaga sebaik mungkin selagi nyawa dikandung badan."Sebenarnya sayang tahu dah cuma saja nak menggedik jugak! haha Moga kami kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Barakallah...
Nak masuk tahun baru ni semua sibuk nak azam berazam bagai lah kan? Aku? Azam? Azam tahun baru aku sama je dengan azam tahun lepas dan tahun-tahun yang telah berlalu. Aci tak? Hehehe Tak payah lah nak berazam sangat mummy oi... Azam tahun lepas tu dah tercapai ke belum? Kompem-kompem lah tak kan? Yang penting 'A.Z.A.M' ni boleh bagi motivasi buat seseorang berhijrah atau berubah. Boleh bagi dorongan untuk mulakan perubahan baru kan? Macam aku jugak lah! Azam aku? Biar lah rahsia...
So, Welcome 2012. Moga tahun baru ini lebih baik dari tahun lepas dan tahun-tahun yang telah berlalu!
Good Bye 2011 yang penuh dengan kenangan indah dan manis buat kami sekeluarga.