-->

Result SPM aku?

2 a.m. Aku muncul lagi. Motif? Takleh tido. Anak2 aku dah dodoikan tadi. Gurindam jiwa. Lena wei.. ha ha ha.

Apehal tetiba result SPM ni? Harus lah sebab semalam orang duk sibuk dengan result masing2. Result aku yang berzaman dulu mula lah nak menjelma semula. Ok la tu. Not too bad, Not too good. Suam-suam lah untuk orang yang banyak main macam aku.

Serius lah aku banyak main. Main aku bagi jugak sumbangan kat sekolah. Main-main aku ramai cikgu sayang tau! Ermmm... SPM aku... hari aku dapat result.... aku dapat sekali lamaran.. Nampak?? Sangat kenangan. Sampai bila aku takkan lupa. Ada jugak dapat diam orang suka aku kan...

Sape?? RAHSIA!! Agak-agak sape yang berani lamar aku taim result SPM keluar? Hahaha...

Ok dah. Aku nak cite pasal result. Result baik atau teruk, yang pasti bukan penamat hidup. Hampir 11tahun dah sekarang, aku tetap bangga dengan diriku. Seorang isteri, seorang ibu dan seorang bisneswomen. Haa... Keje sendiri, cari duit sendiri. Korang sendiri penentu, korang sendiri yang tahu diri sendiri. Korang akan jadi apa yang korang fikir! Dengan izin Allah jugak!

Faham ke faham?
Result aku?? 3A jeee..
Math - untuk aku belajar mengira
BM - untuk aku belajar memahami
PI - untuk aku belajar redha

Aku serabut... nak pindah sangat kan...


Rabu sudah. Klik klok klik klok dah hampir penghujung minggu. Aku? Huhuhu. Sedihhh.... aku nak angkat bendera putih boleh?? Seŕius aku penat dan totally lost macamana nak mengemas! 

Pakaian aku dah kemas cuma lom masuk beg. 
Baju-baju anak aku dah masuk beg.
Ofis aku pun dah clear semua barang lepas Minyak Angin Atomatherapy FreshCare tu selamat di pos ke kg.

Mainan si Aqif aku dah packing semua. Biar padan muka dah takleh main. Orang kemas dia sama naik jugak "menolong". Taim bulan-bulan mengambang ni memang aku pun cepatlah jadi Serigala Jadian! Hah! 

Penolong mummy... Peneman kala aku sibuk mengemas. Memang tolong la sangat... Tolong sibuk! Haha

Karpet dah gulung... tapi kena tinggal dulu sekali dengan tikar2 aku... Ermm... taim camni lah baru rasa tobat 'kenapa lah aku pegi beli pegi angkut semua mende alah ni??? kang dah susah nak kena pikul balik semenanjung semula!!' huhuhu. Ateee umah nak cantik... kata kau! Idok nyee.. Tak dengar nasihat suami itu lah makan dia! hadap Sarah... kahkahkah!

Esok (Khamis) - Ruang Tamu
Jumaat - Dapur
Sabtu - Bilik Tidur & Bilik Kucing
Ahad - Balik la wei.... !!!

Bila dia dah mintak2 nak selfie nih, wajib la layan. Godek2 mimik muka sendiri sampai bosan. Adik2..  keletah ni lah yang buat mummy sayang adik. Mummy dapat rehat seharian. Hehehe

Moga aku berjaya selesaikan semuanya ni mengikut jadual yang di tetap kan... Sendiri buat jadual... Hahaha.. Sekali si Aira buat perangai terus aku melepak je.... sampai balik. Nasib la suamiku kemas sorang-sorang nanti.. Wakakaka...

Previuos Entry