-->

BUBUR NASI BROKOLI (6 - 7 bulan)


Merujuk buku "Mama, saya lapar" hasil buah tangan Wardina Safiyyah ni yang aku berjaya jugak beli 2 malam lepas, ibu-ibu boleh perkenalkan jus buah-buhan seperti jus tembikai misalnya. Ambil isi dan kisar tanpa menambah gula kerana tembikai sudah semulajadi manis. Boleh jugak buat aiskrim apabila dibekukan malah seswai diberikan kepada anak jika mereka sakit nak tumbuh gigi. 

Antara resepi-resepi ringkas yang mummy nak share ngan ibu-ibu kat luar sana adalah resepi ni. Tak payah pening-pening nak pk dah... Jom try resepi ni je okey!

BUBUR NASI BROKOLI


Bahan-bahan:

20gm beras
620ml air
50gm brokoli
10gm ikan bilis



Cara penyediaannya:

  1. Masukkan beras ke dalam periuk bersama dengan ikan bilis dan air. Masak sehingga nasi menjadi lembut.
  2. Kemudian masukkan brokoli dan masak sehingga sayur menjadi lembut dan nasi menjadi bubur.
  3. Biarkan suam dan kemudian kisar halus.
  4. Sedia untuk dinikmati.



SUMBER: Buku "Mama, saya lapar"

2 Kata-Kata Sayang:

mommyqalesya said...

Baby 10bulan sy suka juga brokoli ni..tapi bila tmbah ikan salmon lagi sedap..abang die y 2tahun tu je tak suke brokoli..salam kenal sarah nadia! C:

Sarah Nadia said...

Salam drNajmi anuar... ^_^

Anak saya yg sulung pn 2y dah skrg. Mase entri ni dibuat sekejap die masih baby lagi. hehhe... Pantas btol mase bergerak..

Yg 2nd baru 4bln... nanti dh 6bln boleh cuba lagi. Si abg on off... kejap suke kejap tak suke brokoli skrg.. alahai anak2....

Previuos Entry