-->

first trial with new gadget....

Alhamdulillah....  Nak yg bese2 je tapi dapat yg luar bese... Huahuahua... Tenkiu Encik Suami atas keizinan memiliki Mrs Pinky nih... Amek kau terus aku bagi nama meletop gitu! Jaga r mlm ni aku bakal terokai dirimu.... Dah2 mkn pulok. Gadget baru pnye psal mee ladna sejuk pon xkesah dah! Hahahs caow!

Published with Blogger-droid v2.0.4

Jangan gelak sangat kang menangis!




Berjaya jugak tidokan anak teruna sorang ni. Kemain lagi die susah nak tido. Asyik nak merayap je. Tutup lampu bilik pun masih jugak tak takut. Gelap ke cerah ke dah kalau die nak main memang takdenye die nak hirau mami oi! 

Yang mami perasan, kalu waktu siang die kuat sangat main + lagi bergalak bergelak ketawa sakan malam memang siaplah die! Mesti nak peel punye. Nak mengamuk, menangis, mengigau taim tido. Tu yang orang2 tua tak kasi sakat atau geletek sangat anak kecik ni. Korang penah dgr tak pepatah ni. "Jangan gelak sangat kang menangis!" 

Aku pulak main bantai je. Mami suke r dengar Aqif jerit-jerit keriangan... Ewah macam dah dalam kota keriangan la pulak kan? haha Serius mami suke geletek die, main gigit-gigit dgn die sampai die gelak menjerit tak ingat jiran sebelah. Last-last tanggunglah sendiri!

Oke lah, tido dulu... Nyte!


Notakaki: Korang, sory ye tak sempat lagi nak citer cite antu kat korang tu. Takde mood lagi ni... Ampun! Hehehe

Aqif Make A First Step!





Hepinye arini! Si comel dah mulakan langkah pertama! Wah3... comel ke? comel lah! Patutlah anak mami ni duk  buat aksi stunt lepas tangan je seminggu dua ni. memang tak sanggup mami nak tengok. Mami tolong sambut jelah ye nak! 

Aqif mula tunjuk aksi berani lepas tangan dan bertahan berdiri dengan kiraan 10. Kemain lagi Dedi kira tu. Mami tahu Dedi memang tak sabar nak tengok Aqif berjalan tu. Aqif bayanglah, baru seminggu dah tanya bile lah Aqif nak leh berjalan ni? Hahaha Mami takkan lupe dats moment! Sweet lol!

Dan tadi Aqif make a first step! 10 bulan menunggu! Rase nak menangis pun ade ni! Happy giler!!! Thanks Allah for dats great moment!


Tolong LIKE untuk Aqif! Please....


Mintak Tolong LIKE untuk Aqif Rizqi. Atlis 300++ LIKE

1st click & LIKE: 

2nd click & LIKE : 



Jom tolong sebarkan dan LIKE RAMAI2.. 
Baru 80++ ni...tq.. hehehe



Ramai suggestkan Aqif Rizqi jadi model. Layak ke? Haha Mami pulak yang berangan! 


Dateline Untuk LIKE: 20 Mac 2012

Buat kerja betul2 boleh tak?




Bengang betul dengan orang yang kerja tak percus!! Profesional lah sikit kalau kerja boleh tak? Ni menyusahkan orang je. Marah betul manusia macamni. Takkan kerja sekadar cukup bulan tunggu gaji je? Come on r! Tak berkat tau! Moga Allah memberkatimu! Astrafirullah....

Awan Nano menang!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .




AJL 26 baru abis. takde lah tgk sgt sbb duk layan ceramah UAI dulu awal2 tadi sambil2 tengok final tennis Nadal dgn Djokovic yg dimenangi oleh Djokovic lah! Frust hubby aku Nadal kalah. hehehe

Dan AJL tu budak yang pkai seluar trek + tshirt bundel yg menang + berkaki ayam lagi! hehe Congrates Hafiz... Awak memang layak utk menang. Nak2 anugerah vokal terbaik tu. Lagu pebret akak, Beribu Sesalan pun takleh lawan. Tapi dapat No 2 pon jadi lah.... Anyway Tahniah!



notakaki: Aku pun terbayangkan Johan duk beraksi meroyan taim Maharajalawak aritu bila Hafiz duk nyanyi Awan Nano tadi.. hhahaha... Memang terbaiklah Jozan!


Bila aku cuba menasihati kamu....



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .



‎"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." (Iman Hasan Basri)

Antara Dua!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .


Berabuk.... berabuk!!! Bahana hantu malas mula datang merasuk diri mummy yang comey ni! hahaha Tajuk dah macam lagu Farah AF dah kan? Mummy dok pening ni. Ada masalah sikit... Atceli konfius tak tahu nak buat pilihan. Macam kena jugak pilih. kalau tak pilih rugi pulak rasa. Peluang hanya sekali. Peluang kedua tak tahu pulak bila lagi...

Dah tu apa yang kalut sgt ni mummy? Nak pilih ape? Pilih pasangan? Pilih menantu? hahaha Mummy nak pilih Galaxy Tab ke Ipad? Kuikuikui... Dasaaattt tak?? Berangan betoi! Meh kita cek kelebihan dan kekurangan mereka, then baru kite decide nak beli yang mane oke!






1. Display
iPad screen besar dari samsung Galaxy Tab.

2. Ukuran dan Berat.
Samsung Galaxy Tab ringan, kecil.

3. Connectivity
Samsung Galaxy Tab lebih canggih daripada iPad

4. Kapasitas
Samsung Galaxy Tab ada slot external memory
ipad tiada external memory

5. Camera
iPad definitely tiada camera
Samsung Galaxy Tab ada depan dan belakang

6. Battery Life
iPad 10 jam
Galaxy Tab 7 jam

7. Performance
processor yang sama yaitu 1 GHz.

8. Aplikasi
iPad, banyak berbayar
Samsung Galaxy Tab, banyak dan free

9. Harga
ipad lebih mahal

malas nak taip dah...hehehe... Agak2 korang mane yang lebih baik? Kompem2 dah nampak kn? So, pepandai la fikir sendiri ye mummy... Aikk?? Ada duit ke?? Hahhahaa

KAMUS LOGHAT TERENGGANU

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .




A
abih -- habis
acing-perring - bau hancing
amah - 50 sen, ie. samah(RM 0.50), dua amah(RM 1.00), tiga amah(RM1.50) 

B bah - bas
bahang - pukul i.e. kena bahang - dipukul
bakpe - mengapa
bang - azan
beng - memaksa diri
bijok - pandai
boh - banjir
bok - buku
bowok - bawa
buak - buat
bekok cobong - bengkak yang teramat sangat, benjol
beratah - keadaan yang amat banyak, ie. beratah anak ikan
bewok - biawak 

C
cakna - ambil hirau, ambil tahu
cakol - cangkul
carik - koyak
ce'dung - bersawah
ce'rok - jauh
ce'rong - di sudut, di suatu tempat yang jauh
cekoh - ie. cekoh buah durian = kupas/kopek buah durian
ceroh-nerang - terang-benderang
cokoh - i.e. duduk cokoh -- berdiri atau duduk tapi tak duduk betul
colok - batang mancis 

D
do'oh - melampau i.e. do'oh lalu- terlampau
dok - tidak
dok leh - tidak boleh
dok rok - letih, tidak bertenaga
dok soh - tak perlu, jangan
dok wie - tidak bagi
dua amah - RM 1.00
E esel - ensel pintu
G
gaha - menyental periuk atau kuali
gajuk- beg plastik
gandor - galas, seperti menggalas durian kepasar
gelemang - penguat untuk geli, i.e. geli-gelemang
gelenya - 1. ie. plastik gelenya(bag plastik pasar)(grocery plastic bag); 2. i.e. gatal-gelenya bermaksud miang
gemok mettong - terlalu gemok , juga "gemok debok",
gere - ie. duduk atas gere
go'coh - bergaduh
gohek - memandu (asal dari 'go ahead')
guane(v. ga'na) - bagaimana
gumba - timba, ie. menimba ikan
gerek - basikal
H hangus letong - hangus habis
hok - yang, yang mana, i.e. hok saya royak arituh- yang mana saya bagi tahu hari itu
I ikan aye - ikan tongkol
itang legit - hitam sehitam arang
J
jahil tukil - terlampau bodoh, bengap
jambang - tandas
jala mas - sejenis kuih tradisional
jambu golok - buah gajus
je'put - cucur
jenere - lena (tidur)

Manusia Bukan Semua Baik


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .



Lelaki: I nak raba U sikit je
sayang . . .

Wanita 1: Tak nak la . . . Kalau
terlanjur macam mana ?

Lelaki: Kita kawen la . . . I jumpa
... ... parents U . . .

Wanita 1: Betul ? U nak kawen
dengan I ?

Lelaki : Betul sayang . . .
Sumpah . . .
U diam je k . jangan cakap ape-
ape. I pegang sikit-sikit je .
Setahun selepas itu . . .

Wanita 1: Sampai hati U . . . Tipu
I . . . Dulu U kata nak kahwin
dengan I . Tapi bila U dah dapat . U
kawen dengan perempuan lain . . .

Lelaki: I lelaki , U ingat I nak
kawen dengan perempuan yang senang-
senang boleh dapat ? I nak
perempuan yang suci . . . Bukan
macam U , yang senang-senang
bagi tubuh pada lelaki yang
bukan bergelar suami . U ingat I ***** ke
nak kawen dengan U ?

Wanita1: Sampai hati U cakap
macam tu , dulu . . . Masa U
nak . . .
Macam-macam janji manis U
bagi .Tapi sekarang U salahkan I ?

Lelaki: I lelaki . . . I cuma uji U je
mase tu . . . Tapi U bagi . . . I
ambillah . . .

Wanita1: U memang jantan tak
guna . . . I menyesal kenal
dengan U !

Lelaki: U menyesal ? Tapi I
puas . . . Jangan lupa datang 
kenduri I nanti .

Wanita1: U akan dapat
balasannya nanti !

Lelaki tersebut kemudiannya
mendapat jodoh wanita yang
diimpikannya . . .

MALAM PERTAMA LELAKI DAN
WANITA YANG BARU
DINIKAHINYA .

Lelaki: Sayang . . . I love U so
much . . .

Wanita 2: Me too sayang . . .

Lelaki: I bertuah kawen dengan U .

Wanita 2 : I pun , sayang . . . I
ada something nak bagi tahu U ni . . .

Lelaki: Apa dia sayang ?

Wanita 2: Sebenarnya . . . I
pernah tidur dengan semua teman lelaki
I . . . Untuk suka-suka je . . . Cari
kepuasan sebelum kawen . . .
Tapi bile nak kawen . . . I cari lelaki
baik macam U untuk jadi suami . . . U
tak kisahkan ?

Lelaki: What ? ? ?! ! !

notakaki: Pengajaran, jangan pk yang nampak baik tu baik dan yang nampak jahat tu selamanya jahat. Kita manusia tak lari dari melakukan kesilapan. Paling penting kita insaf dan bertaubat! 
Lelaki baik untuk perempuan baik dan sebaliknya.

Renung2kan slmat bramal,wakakaka~~

Wordless Wednesday #Jangan Sokong & Beli Produk Ini

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .




notakaki: Betul ke tak ni? Nasib lah kat sini takde tepung gandum jenis ni & BURUH di hati.. huhuhu


Wordless Wednesday #Co-Sleeping Humor

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .




SUMBER: Vijay Owens

Bosang!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .



Tak pasal-pasal Snow White pulak yang keluarkan?  Ni nak habaq mai sat, time aku kat UiTM dulu BFF aku panggil aku Snow White tau! Hhahaha serius tak sangka aku layak dgn gelaran tu. Tp aku suke! Terasa macam aku ni baik hati, lemah-lembut, cantik dll... Ke sebab BFF aku semenye lebih kecik dari aku? Kahkahkah...


Bosang tahap gaban! Arrgghhhh rase nok giler je! Sangat tak baik kan? Ustazah dah pesan kan jangan sebut bosan bosan bosan! Ustazah, saye sebut bosang.... Aci la orp?? Huhuhuhu....

Hati aku pun cam nak meletup ge boom boom mercun yang duk gegak gempita ni. Tau lah duk sambut raya! Nak watcena kena hadap jugak. Jangan anak aku sekali teriak sudah! Ni duk syok tido sekali gegar satu rumah! I don't like! Tunggulah jap ag fenomena itu pasti bakal terjadi... 

Adui.. pe yg duk merapu pon tak tahu ni. motif nak bagitau aku lara lagi.... huhuhuhu... sabar jelah mummy ooi! dah jalan ni yang ko pilih kan?... teruskan hidup menyesal jangan sekali.... kahkahkah... (sambil mulut penuh dengan spegetti sponsor by Cik Imah) Bulp.. kenyang... Alhamdulillah......


notakaki: epy chainis new yea!

9 Jenis Anak Syaitan

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .



Hihihihi!!! Hihihihi! Gile ape tengah-tengah hari duk mengilai lagi! Ahaks Hai semua! Assalamualaikum! Sorry lah, kita kan masih mood hantu seram ni. Aduh... belog mummy dah macam rumah hantu dah kan? Siang malam duk hantu bagai ni.

Sementara mood hantu sedang menggila ni, mummy nak share ngan korang semua pasal setan a.k.a S.Y.A.I.T.A.N. Tau tak yang setan ni berjenis-jenis? Ishh korang ni... bukan I-Setan tuh! Meh bace ni....


Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.


2. WathiinPergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.


3. A’awan 
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.


4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).


5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain.


6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.


7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).


8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.


9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.


So, jom muhasabah diri kita sendiri. Tak payah nak intai-intai orang lain dulu. Cuba sportlight sikit tengok ada berape ekor anak setan bapak nenek moyang setan ke dalam diri kita ni. Mana tau ada lekat 2 3 ekor! Huhuhu...




SUMBER: kurakura

Korang nak dengar cerita hantu tak?


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .



Dah pukul 1 pagi.... Tiba-tiba kedengaran anjing belakang rumah menyalak! Argghh! Apahal pulak anjing ni? Apakah? Aduh... Aku yang asyik membasuh pinggan mangkuk membersih dapur (baru nak bersih dapur ke? haruslah sebelum tidur kena lah tengok dapur dulu kak!) mula nak meroyan bila bunyi dah makin kuat ni. Meremang bulu tengkuk ni! Serammmm...

Tapi anjing tu hanya intro semata-mata! Bila seram-seram ni mulalah aku teringat cerita-cerita seram time sekolah-sekolah dulu. Banyak kot! Yang aku alami sendiri pun ada tau! Nak dengar? Sanggup ke? Ada yang tidur berteman pulakkan? Yang pasti aku yang tak sanggup tak berani nak cerita tengah-2 malam gini. Gila kau! Jangan cari pasal oke! Kahkahkah.... Penakut Berani kan? 

Okeylah... nanti aku akan spend masa buat adik-adik semua untuk bercerita hantu-hantu yang menyeramkan tu... Cakap je nak hantu ape! Hantu Kak Limah balik rumah tak sempat lah akak nak alami kan! Korang tengok DVD sudah! Weh... agak-agak nanti David Teoh minat tak ngan cerita hantu akak nanti? Untung-untung dia buat  movie kan? Bertuah mak! Ni lah orang cakap...

"Untung sabut timbul Untung aku? memang jangan ko nak berangan boleh tak!" Hahahaha

Jom layan cite Puaka Tebing Biru dulu lah.... Nak tido tapi takleh tido! Bala apa pulak cite hantu time-time camgini. Tak nak bagi aku tido sampai pagi lah tuh. Tengok Mat Aqif lena je dari tadi... Sila jangan salah paham oke! Bukan sebab takut! Aku bila terjebak dengan cite hantu ni memang kena tengoklah! Minat kot?... Minat sangat... Argghh!! Jangan haraplah boleh tengok sampai abis! Dedi nya dah tunggu ngan remote tu. Sekali dengan hasutan hantu bola! Grrrr.... Masuk tido dulu! Berlalu dengan mood frust takleh tengok cite


notakaki: Nanti mummy cerita ye pengalaman mummy bertemu hantu! Sesuatu yang tertinggal! Hihihihihihi... Ade dengar orang mengilai tak?


Wrong Choices


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .




Seseorang perempuan itu dalam hidupnya 
pasti akan membuat pengorbanan untuk kebahagiaan orang lain...
Be it as a sister, a daughter, a mother or a wife...
tapi dia pasti akan menemui kebahagiaan yang hakiki...
jika dia mengikut kata hatinya untuk mencari bahagia....


AMARAN! Kalau Makanan / Minuman Panas, JANGAN TIUP!



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .


Siapa suka meniup air panas yang nak diminum??



Ada larangan dari Rasululllah Sallallahu'alaihi wassallam....

Rahsia Sunnah - meniup air panas

Hadits Abu Sa'id al-Khudri radliyallah 'anhu, Bahwa Nabi
shallallahu 'alaihi wasallam melarang untuk meniup di dalam
air minum." (HR. al-Tirmidzi no. 1887 dan beliau mensahihkannya)

Jadi sekalipun panas, kita jangan meniup makanan atau air minum.

Nabi shallallahu 'alaihi wasallam melarang para sahabatnya meniup air panas yg akan diminum...
Beliau tidak bisa menerangkn kenapa tp Beliau shallallahu 'alaihi wasallam melarang hal tsb...

Ternyata.....
Dalam penelitian Science... air panas (H2O) bertemu karbondioksida (CO2) yang dihembuskan oleh mulut (manusia mengeluarkan CO2), maka akan menghasilkan persenyawaan H2CO3, asam karbonat. Dan jika asam karbonat ini masuk kedalam tubuh manusia, maka bisa mengakibatkan penyakit jantung. 

SUBHANALLAH dr page belajar adab-adab sunnah Rasulullah Sallallahu'alaihi wassallam...


notakaki: Baginda juga melarang kita bernafas ketika sedang minum. Baginda menyarankan kita minum seteguk kemudian bernafas. Patutlah ayah tak bagi kami bernafas masa sedang minum air tu maksudnya bernafas dalam gelas lah! faham sudah....

Dua bayi mati tersedak susu di pusat asuhan


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .


2012/01/20
KELUARGA dan sahabat salah seorang bayi yang meninggal tersedak susu di pusat asuhan menunggu di luar Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur, semalam.KUALA LUMPUR: Dua bayi lelaki dari sebuah pusat asuhan maut dipercayai tersedak susu ketika dalam jagaan pengasuh mereka di Taman Pertama, Ampang dekat sini, tengah hari semalam. 

Kejadian jam 1 tengah hari itu dikatakan berlaku tidak lama selepas kedua-dua bayi malang itu, Muzaffar Mohd Faizal, tiga bulan, dan seorang lagi hanya dikenali sebagai Harris, tujuh bulan, diberikan susu di pusat asuhan berkenaan.

Bagaimanapun, kedua-duanya meninggal dunia tidak lama selepas dikejarkan petugas pusat asuhan terbabit ke sebuah poliklinik di Taman Permata sebelum mayat mereka dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Bapa Muzaffar, Mohd Faizal Jaafar, 32, berkata ketika kejadian beliau berada di Kedah kerana urusan kerja sebelum bergegas pulang ke ibu negara selepas dihubungi isterinya pada jam 2.45 petang berhubung kejadian itu. 

Beliau berkata, anak keduanya itu dihantar ke pusat asuhan terbabit sejak lebih sebulan lalu dan tidak menyangka kejadian sedih itu akan menimpa mereka sekeluarga. 

“Isteri memberitahu dia menerima panggilan telefon daripada petugas pusat asuhan itu jam 2 petang dan memintanya ke sebuah poliklinik di Taman Pertama. 

“Sebaik tiba, anak saya disahkan sudah meninggal dunia sebelum dihantar ke HKL untuk bedah siasat,” katanya. 

Mohd Faizal berkata, beliau belum memikirkan sebarang tindakan lanjut kerana masih menunggu keputusan penuh bedah siasat selain mahu menguruskan urusan pengebumian jenazah anaknya terlebih dulu yang dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU5, Lembah Keramat hari ini. 

Datuk kepada Harris, Abdul Aziz, 51, berkata beliau terkejut sebaik mendapat tahu cucu lelakinya yang baru dua minggu ditempatkan di pusat asuhan berkenaan meninggal dunia kerana dikatakan tersedak susu. 

“Saya dimaklumkan yang cucu meninggal kerana tersedak susu, tetapi masih menunggu hasil siasatan polis bagi mengenalpasti punca sebenar kematiannya,” katanya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mendapatkan laporan perubatan bagi mengenalpasti punca kematian. 



notakaki: Sedihnya... Kalau dah sampai ajal. Ya Allah, peliharalah anakku dari segala musibah... Amin 

Touching Story Between Pencil And Eraser


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 





Pencil: I'm sorry....

Eraser: For what? You didn't do anything wrong.

Pencil: I'm sorry cos you get hurt bcos of me. Whenever I made a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time.

Eraser: That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, I know I'll be gone and you'll replace me with a new one, I'm actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad. :))


4 CARA SEORANG IBU HADAPI KEPERITAN DUGAAN HIDUP



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .



(1) Kehidupan perlu diteruskan
Apabila sehingga tiada lagi titisan airmata yang mampu dikeluarkan, beliau terfikir adakah ini bermakna pengakhiran untuk hidup beliau juga? Pasti tidak, kerana beliau tahu walau bagaimana sukar sesuatu dugaan itu, hidup perlu diteruskan. Seseorang tidak akan berjaya untuk menghadapi sesuatu dugaan selagi mereka sendiri tidak berusaha untuk cuba menghadapinya.


(2) Jangan biarkan emosi terus mengawal diri anda
Sekiranya seseorang terlalu sedih atau selalu mengingatkan tentang kesukaran dugaan hidup yang dialami, ia pasti akan lebih menyukarkan. Anda perlu mencari jalan untuk keluar daripada zon tersebut. Jangan sesekali biarkan diri anda terus dikawal oleh emosi.


(3) Inilah kehidupan
Anda perlu tahu bahawa setiap manusia didunia ini mempunyai dugaan hidup yang tersendiri. Sekiranya anda merasakan apa yang dilalui adalah amat sukar, anda juga perlu ingat bahawa ada manusia lain yang sebenarnya menghadapi dugaan yang lebih sukar berbanding diri anda. Kerana dugaan itulah sebenarnya membawa makna kehidupan untuk seseorang.


(4) Ketentuan tuhan
Anda perlu tahu bahawa segala baik atau buruk yang berlaku pada diri anda semua datang dariNYA. Anda tidak ada daya sedikit pun untuk mengubahnya. Sekiranya anda percaya dan berpegang teguh terhadap konsep ini, pasti segala dugaan hidup yang anda alami dapat diharungi dengan lebih tabah. Setiap perkara yang berlaku pasti ada makna disebaliknya



Wordless Wednesday # Aqif ketiak busuk!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم.


Wordless Wednesday # Berita baik buat semua dari Ustaz Azhar Idrus!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .






Ujian Allah Itu Tanda Sayang



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .


Bumi mana yang tidak pernah kering kontang. Kapal mana yang tidak pernah karam dihempas badai lautan? Begitulah juga adat resam sebuah ikatan perkahwinan. Bukan setiap masa bahagia takkan tiap saat ketawa.

Maka ini adalah ujian kepada hubungan perkahwinan yang selama ini berjalan baik, tapi kurang berterima kasih kepada Allah SWT. Mungkin juga kita menggantungkan rasa bahagia itu kepada suami terlalu tinggi dan rendah sikap bergantung pada Allah SWT. Maka Allah SWT ‘menegur’ kita sekarang bahawa yang membuat anda bahagia selama ini bukan suami tapi Allah SWT.

Lalu Allah SWT mahu kita dekat balik kepada-Nya dan menggantungkan harapan bahagia seterusnya kepada-Nya juga, bukan manusia. Maka jika ini terjadi bermakna kita sudah lebih mendekat pada Allah SWT dan mohon pertolongan Allah SWT dalam usaha menghadapi ujiannya ini. Jika ini berlaku maka kita tidak panik lagi, kerana Allah SWT sudah di sisi.

Marilah belajar membangun kekuatan diri dengan berpegang pada peringatan Allah SWT bahawa jodoh pertemuan di tangan Tuhan dan peta hidup kita ditentukan oleh sebahagian kecil usaha kita, tapi sebahagian besarnya adalah di bawah ketentuan Tuhan. Percayalah bahawa hidup kita ini tidak akan kekal bahagia selamanya kerana kita ini hamba Allah SWT dan oleh kerana itu kita tidak dapat terlepas daripada ujian-Nya.

Jika hilang suami, Allah SWT sudah di sisi, mana lebih untung dapat cinta suami atau cinta Allah? Mana cinta yang dapat mententeramkan hati dan mana cinta yang melukakan hati. Hasilnya kita akan pasrah untuk terus hidup bahagia bersama atau pun tidak bersama lagi dengan suami kerana Allah.

Jika Allah yang ketemukan kita maka Allah SWT juga boleh pisahkan kita, maka kalau itu mahunya Allah SWT, mana mungkin kita menentangnya. Kalau mahunya Allah SWT, kita bersama mana ada kuasa yang mampu memisahkannya. Oleh itu tingkatkan penyerahan kepada Allah sebagai penentu kehidupan kita. Bukan pilihan mahunya kita semata-mata.

Sebab itu Ibnu Qayyim menyebut...

“nilai manusia itu boleh diukur dengan semangat dan apa yang dia inginkan.”

Jika anda inginkan hidup bahagia maka bermohon dan bersandarlah kepada Allah SWT bukan kepada manusia dengan cara selalu memberi maaf dan berlapang dada dengan apa yang ditemui dalam hidup kerana orang yang selalu berlapang dada maka dia telah dijanjikan oleh Allah akan memperoleh kemuliaan di dunia dan di akhirat.

Sebagai peringatan juga, jika kita terus menyerang dan mencari-cari alasan untuk mencari sebab berasa sedih dan menderita, bermakna kita sudah menjatuhkan diri sendiri dalam kesibukan yang sebenarnya. Dari hadis menyatakan ...

" kemarahan itu adalah sebuah bara api dari neraka dan di saat itulah syaitan dapat mengalahkan kita kerana kita lalai dengan Allah dan kita sedang marah"

 
Oleh itu, sama-samalah kita renungi bersama. Bersabarlah kerana SABAR ITU INDAH. Allah S.W.T tidak akan menduga hamabaNya lebih dari kemampuan hambaNya itu sendiri. Mari berserah segalanya pada Allah.

Moga memberi manfaat bersama.
 
 
SUMBER RUJUKAN: Pakar HowTo

Syukur... Semua dah beransur pulih!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Alhamdulillah...Setelah hampir 3 hari tanpa senyuman dari si kecil, hari ini hariku kembali berseri lagi. Ya, mungkin masih belum kedengaran hilai ketawanya seperti biasa bila diagah atau digeletek tapi cukuplah dulu dengan beberapa kuntum senyuman darinya. Thanks Allah kerana sudah sembuhkan Aqif. Syukur ke hadratMu.



Dengan permulaan memanjat kabinet tv dan kerusi sofa juga cukup menjadi bukti Aqif dah kembali aktif. Merangkak pun dah makin laju. Menyusu pun dah kerap seperti biasa. Terbayang bibirnya yang pecah-pecah gara-gara suhu badan yang panas tu. Patutlah dia tak berselera seperti biasa. Kesian anak mami...

Kini, syukur lah semua dah beransur oke...

Pagi hari dah masuk emergency room!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Aqif muntah-muntah lagi subuh tadi. Paling seksa bila muntah tapi takde isi. Cuma keluar lendir-lendir kuning je. Seksanya mami tengok. Sabar ye sayang. Dari pukul 3pagi lagi dah macam tu. Mami tengok Aqif dah tak bermaya. Badan makin panas. Kain tuala yang membaluti tubuh si kecil pun dah panas. Kalau api ni mesti dah terbakar. Ya Allah... jauhilah anakku dari segala musibah... hati kecilku merintih berdoa.
"Abang, kita bawak Aqif gi hospital lah. Kesian sangat tengok ni. Tak sanggup!"
Lepas sembahyang subuh tadi, suamiku suruh bersiap. Kami bawak Aqif ke emergency dekat Normah Specialist. First time pergi. Kalau sebut Normah Specialist ni memang RM RM jelah yang terbayang. Argghh... apalah sangat nilai RM kalau nak dibandingkan dengan nyawa anakku ni.

Siap register semua, seisi pertama masuk jumpa doctor. Aqif agak tenang dalam pelukan aku. Mungkin masih mengantuk agaknya. Yelah, badan lemah dan gangguan muntah memang sangat mengganggu  lenanya. Kekadang sahaja dia merengek. Mungkin tidak selesa dengan badannya yang panas tu.
 " Tinggi ni. 40. Dah lama ke dia demam?" Doctor berbangsa India tu mula melakukan penyiasatannya. " Baru 2 hari panas tapi dah seminggu lebih batuk selsema. Muntah-muntah dari malam tadi..."
After that, kena masuk wad sementara pulak. Dalam kepala ni dah terbayang Aqif kena tahan wad. Huhuhu. 
Bukanlah. "Sila bogelkan Aqif. Tanggalkan semua baju seluar dan pampers dia ye" Sambil nurse tu masukkan ubat dalam bontot Aqif. 
Serius aku tak perasan pun. Time balik suami aku yang bagitau. Hehehe Mungkin time tu aku lebih risaukan Aqif yang dah start merengek-rengek bila disuruh baring atas katil tu. Apalagi, start lah aktiviti bungkus membungkus seperti yang aku buat kat rumah tu. 

"SILA JANGAN GUNA AIR SEJUK! GUNA AIR SUAM OKE KAWAN-KAWAN! AIR SEJUK HANYA SEJUKKAN LUARAN TAPI DALAM MASIH PANAS". kata nurse tu.

5x duk bungkus membungkus akhirnya berjaya jugak turunkan suhu badan Aqif kepada below 38. Syukur... Teruslah terkedek-kedek ke kaunter pulak. Suami awal-awal dah cakap...
"Kalau mahal abang guna kad kredit je" Hehehhe Almaklum lah, kos consultancy je pon dan RM30. Tak termasuk ubat lagi...
1016... Aku nampak angka tu dari jauh. Dalam kepala ni RM10.16 je... Murah la pulak. Mungkin sebab kejap je kot. Suami pulak "Abang ingatkan seribu tadi. Terkejut abang..." Jadi aku ingat betul lah RM10.16 rupanya RM101.6 lah... Hahaha kelakar betul lah... Yang pasti, kami dah dapat balik senyuman Aqif Rizqi, permata hati kami yang hilang... Muuaahh!! Mami sayang Aqif!


Sewa Rumah Naik Lagi! RM150? Choi!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
 




Memang very the good news lah kan bile tibe-tibe sewa rumah naik! Aiyoo... Kejutan untuk new year i think? Weh... naik RM150 kot? Agak-agaklah... Banyak tu! Sedang bumbung masih lagi bocor-bocor bila hujan. Melimpah membasahi dapur... Dinding-dinding pulak ada yang retak menunggu belah. Siap leh skodeng jiran sebelah lagi. Tapi aku tak lah.... Motif kat sini memang tak berpatutan dengan rm150 tu kak..

Ke akak nak bagi orang lain sewa pulak? Tak pun ada orang nak beli rumah akak ni? Tak kesahlah kak tapi seeloknya bagitau je the true story. Dont worry lah... we will move out sampai abis kontrak tu bulan 6 ni... 

Pindah satu hal, nak cari rumah sewa lain pun satu hal jugak ni. Aduh... Macamana kalau dapat rumah yg tak fullfurnish? Peti sejuk, mesin basuh mesti nak ada. Kena beli baru lah? Tepuk tanganlah dapat seme baru tapi nanti kalau pindah bulan 10 ni sape nak bayar kontena pulak? Awak? Awak? Awak? Saya jugak!

Sembang panjang-panjang pun tak guna. Just make a pray and wish everything become smoothly... Dapat rumah sewa fullfurnish... & DAPAT PINDAH SEMENANJUNG THIS YEAR!  Amin. Insyallah...


Aqif demam lagi...


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .



Akhirnya dapat jugak tidurkan Aqif. Ni lah tidur yang agak lama sejak malam tadi. Dah hampir sejam jadi bolehlah mami updated belog kejap. Aqif sakit. Demam yang agak panas. Tak pernah lagi dia demam panas macam ni. Tapi alhamdulillah tengahari tadi dah makin surut suhu panas pada badan dia even kepala masih panas lagi. 

Bila anak demam ni terus teringat kaedah-kaedah yang biasa ayah guna kalau adik-adik mami demam dulu-dulu. Bukakan baju & seluar (tinggalkan pampers je), basahkan tuala dan lap badan biar dia rasa selesa sikit. Tak ada lah gelisah dan itulah yang mami apply kan pada Aqif malam tadi. Cuma mami just bukakan baju je sebab mami takut Aqif kesejukan. Cuaca pulak hujan. 

Mami lap badan Aqif, basahkan kepala dia. Aqif menangis je sambil mulutnya ditegang-tegangkan. Rahang bawahnya dikedepankan lebih dari barisan gigi atas. Argghh... kenapakah? Jadi kuurut-urut takut jugak kekal macam tu. Takleh bayang kalau Aqif dah macam Brone Parare... Betul ke aku eja? Lantaklah...

Aqif merengek-rengek lagi. Nasib aku kebal dan dah biasa dengan situasi ini sejak dia baby lagi. Yelah, sejak dia kena jangkitan kuman dulu. Syukur Tuhan masih kuatkan semangat aku dan beri aku 1001 kesabaran walaupun kekadang sabar itu sudah seperti kulit telur yang retak tunggu nak pecah sahaja. Aku hanya insan lemah...

Perjalanan masih jauh mami wehh.. sila lah menghadapinya dengan tenang.. Dugaan Allah kecil je & dia takkan menduga hambaNya lebih dari kemampuan hambaNya itu sendiri.... Cuba tengok dugaan hebat orang lain dulu.. hilang anak, hilang suami, anak OKU... Nauzubillah... Andai dugaan-dugaan ini mendekatkan aku padaMu Ya Allah, aku rela. Janganlah Kau pesongkan imanku dari terus mempercayaiMu Ya Allah... Moga hidup kami diberkati dan dilempahi rahmatMu, Amin...


Find...

From me, from me too
It is changed sincere heart
I say "What should I do? What should I do?"
It is but a extremely faraway, a very faraway love
It is you whom my heart
Definitely can't give up

I stand here, to find back your laughter
The painful tears from your heart
I am here to catch them all
I make a road that I will definitely not forget, your crystal-clear love
Because we will surely find, our love again

Without you, even without you
Will i be able to live well?
It is always the two of us even in the dream that dream..
Resemblance of you, the times that resembles you
It is the lingering love
That I definitely can't give up

I stand here, to find back your laughter
The painful tears from your heart
I am here to catch them all
I make a road that I will definitely not forget, your crystal-clear love
Because we will surely find, our love again

The empty love, even with the sadness burning in the chest
I will not be able to push you out from my heart
Because the imperfect me is insignificant
Until the falling tears
Submerge every single memories
For you are my love, I will surely find you



Kelebihan Mengamalkan Ayat Kursi

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .



Baca pada saat keluar rumah ,70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi...
Baca pada saat masuk rumah , kemiskinan tidak akan memasuki rumahmu...
Baca setelah berwudhu , darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat...
Baca pada saat tidur , malaikat akan menjagamu sepanjang malam....
Baca setelah solat , maka jarak antara kamu dan syurga hanyalah kematian...


Sampaikan kepada orang lain , maka ini adalah sedekah jariah.. Dan pada setiap orang yang mengamalkan , kamu akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat

Al kisah Mat Aqif Makan Sendiri

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .


Petang tu duk suap-suap Aqif makan bubur. Sibuk pulak dia nak pegang mangkuk kaca mami tu. Mangkuk kaca oke! Sorry sayang, mami takde peruntukan untuk mangkuk-mangkuk comey. Kedekut kan? Aiyoo... mangkuk mami yang ni pun cute jugak ape asal tak pecah. hehehehe Then, terjadilah al kisahnye...


Mami pun bagi lah mangkuk dengan sudu dengan rela hatinya. Tengok muka nak main sangatkan dari makan. Ameklah. Ada prof cakap, jangan marah anak kalau dia sepahkan rumah sebab time ni lah dia punye motor learning sedang berkembang. Bagi je dan biar je apa die nak buat (untuk 7thn kebawah sahaja oke!) saat ni dia cuba belajar kenal diri sendiri. Yelah Prof... mami ikut jelah cakap prof tuh...


Tengoklah cara saya makan ni. Sopan tak? Haha sangat sopan wahai anakku intan payung. Muka mesti nak  kasanova gitu! Hahaha Tu gaya makan jenis apa tu? Hip hop ke? Tangan macam pegang tuutt je? Suka hati Aqif lah asal bahagia...

Posing lu kejap. Comey tak saya? Ke comot? Oopps.. besarnya taik lalat kat pipi tu. Eh, bukan  lah! Tu taik penyakit.  Mami muka macam geram-geram je tengok Aqif makan? Nak ke? Meh sini meh Aqif suapkan...

Apa tengok-tengok? Nak jugak ke? SOrry lah... Aqif nak suap kawan-kawan Aqif  sahaja.
Agak-agak siapalah kawan Aqif tu ye? Tu budak botak 2 orang tulah...


Dan inilah pengakhirannye... Upin Ipin jugak yang makan dan  Mami jugak yang letih!  Takpe lah sekali sekala kan.


70 Petua Ilmiah Memenangi Hati Isteri Anda

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .



1) Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia. 

2) Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini. 

3) Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya. 

4) Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda. 

5) Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari. 

6) Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna. 

7) Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu,jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang hendak buat. 

8) Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat. 

9) Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya. 

10) Akui perasaannya bila dia merasa marah. 

11) Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan. 

12) Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu. 

13) Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya. 

14) Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya 'Saya kasihan awak tersinggung'. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung. 

15) Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda. 

16) Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar,katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu. 

17) Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah,bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan. 

18) Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya. 

19) Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku,majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya. 

20) Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih.Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar. 

21) Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya. 

22) Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya. 

23) Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar. 

24) Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh,satu zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika tidak berkesempatan, himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang. 

25) Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan 'Aku cinta padamu'. Katakan 'Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari. 

26) Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan. 

27) Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong tu. 

28) Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu. 

29) Basuhkan kereta yang dipakainya. 

30) Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima' jika itu yang dia suka.

7 TIPS RUMAH TANGGA BAHAGIA

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .





Seminggu dua ni ramai jugak kawan-kawan yang tanya and mintak tips rumahtangga bahagia ni. Bahagiakah aku? Kekekeh Al-maklum lah ramai pulak kawan-kawan yang baru pegang title 'pengantin baru' sejak dua menjak ni. Yang nak nikah time raya cina nanti pun ada. Awal-awal mummy mintak maaf ye sebab takleh nak join hari bahagia korang. Mummy doa jelah dari jauh ni moga barakallah lah pernikahan korang hendaknya. <--- Ayat skema takleh blah! Toksah nak panjang-panjang lah sebab banyak lagi yang mummy nak share ngan korang ni. Sila baca tips ni oke! Gud luck! Moga kita berbahagia selalu...


1. Berbicara dengan lemah lembut.

Panggil dengan panggilan kesayangan dan mesra. Takkan kucing je yang ada panggilan manja, kot? Islam sendiri mengharamkan isteri memanggil suami dengan nama nya. Seelok-eloknya,panggil ‘Abang’ ke, ‘Darling’ ke, sejuk sikit hati bila dia dengar, kan. Selain tu, pandanglah suami/isteri dengan penuh kasih sayang setiap kali berbicara. Jangan nak muka ketat je 24 jam! Menyampah tau!


2. Membersihkan diri.

Jaga penampilan diri dan sentiasa bersih, berhias dan memakai wangi-wangian terhadap pasangan. Ini tak, bila duduk rumah, menghadap suami, tepek bedak sejuk 24 jam. Perfume bawang! Macam kata diri sendiri je? Hah yang suami pulak, dengan kain pelekat dan baju Pagoda siang malam. Selain tu, jadikan kamar tidur tempat yang peribadi, bersih, harum dan romantik. Barulah boleh melayari masa yang menyenangkan bersama pasangan. 


3. Jujur dan amanah.

Jangan memandang rendah pada pasangan, saling mengalah dan memaafkan. Paling penting, hargai kelebihan pasangan. Kalau ada kekurangan, jangan sekali-kali dedahkan kepada pengetahuan orang lain. Simpan je lah untuk diri sendiri. Anggap ia sebagai sesuatu yang istimewa sebab hanya kamu dan pasangan saja yang tahu. Tak baik tau cerita buruk rumahtangga kat orang lain! Tak mau Tak mau! Tuhan marah!


4. Kerja rumah tu memang kerja isteri?
Mentaliti ni lah yang perlu dibuang jauh-jauh dalam minda seorang suami. Suami isteri perlu bekerjasama dalam melakukan kerja rumah dan berusaha meringankan beban kerja pasangan. Paling penting, jangan sekali-kali mencela hasil masakan isteri. Kemain lagi dia berpeluh sakan masak kat dapur, datang suami, sedap je komplen itu ini. Tegurlah dengan cara berhemah. Elakkan juga membandingkan pasangan dengan orang lain. Tak kiralah, dengan sepupu kita ke, dengan kekasih lama ke. Buruk padahnya. 


5. Selalu romantis.

Apa salahnya selalu berpegangan tangan, bergurau senda, saling membelai kerana dengan cara ini, pasangan akan merasai dirinya sentiasa diperlukan. Ya lah, dengan kita je lah pasangan boleh buat semua ni, kan. Nak bermanja, mengada sikit. Layankan je lah, apa salahnya. Bukan orang lain pun. Ni asyik nak FB nak mengadap laptop game je 24jam! Dusss!! Terpanah diri sendiri! 


6. Peruntukkan masa bersama.

Masa khusus untuk pasangan sahaja TANPA gangguan mana-mana pihak lain. Seperti makan malam berdua misalnya, solat berjemaah, bersiar-siar, takpun main PS2 sama-sama. Tak kiralah, asalkan bersama. Agagaga... Sayang, jom shopping? Hahhaha


7. Saling mengingati.

Sentiasa menasihati antara satu sama lain. Cuba perbaiki diri dan pasangan ke arah yang lebih baik. Apabila berjauhan, saling mendoakan dan merindui. Pastikan pasangan sentiasa berasa dekat dengan kita tak kiralah walau berapa ribu batu pun terpisah jauhnya. Yes... saya selalu rindukan awak!


Lukisan Alam by Hijjaz


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .





Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitulah aturan Tuhan

Jadilah rumput nan lemah lembut
tak luruh dipukul ribut
Bagai karang didasar lautan
Tak terusik dilanda badai

Dalam sukar... hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang... awasi kealpaanmu
Setitis derita melanda
Segunung KurniaanNya

Usah mengaharpkan kesenangan
Dalam perjuangan perlu pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan

Dalam diam... taburkanlah baktimu
Dalam tenang... buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
Dalam jiwamu itu
Di dalam jiwamu itu

Tiba-Tiba !

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .



Saya pernah memandu kereta bersama keluarga, tiba-tiba sebuah motorsikal terjatuh lalu melanggar pintu kereta saya. Memang terkejut kerana secara tiba-tiba keadaan yang pada asalnya santai-santai berbual dengan keluarga di dalam kereta, bertukar menjadi ngeri sekelip mata.

Saya juga pernah secara tiba-tiba dikunjungi oleh keluarga dari kampung tanpa pemberitahuan awal. Terkejut tiba-tiba sudah berada di pagar rumah. Rumah belum berkemas. Tak sempat nak buat apa-apa. Cuba bayangkan apa perasaan saya. Malu dan resah datang menyerang perasaan.

Pernah juga semasa remaja dulu sedang menunggang motorsikal, tiba-tiba sahaja saya terlanggar sesuatu. Blanked sekejap kepala saya. Sedar-sedar saya sudah ada atas tanah dengan fering motor pecah, handle patah, fork lari dan lain-lain kerosakan. Cuai! Masa tu dah tak guna nak berkalau itu kalau ini lagi. Dah terjadi. Masa dah tak boleh nak patah balik. Sakit dapat, rugi pun dapat!

Memang menyentak hati dan jiwa apabila sesuatu yang tidak dijangka datang secara tiba-tiba. Datang rasa yang bermacam-macam dalam keadaan tidak boleh berbuat apa-apa. Apatah lagi jika natijahnya negatif, rosak, malu, sakit dan rugi seperti situasi yang saya sebut di atas.

Mulalah datang dalam fikiran, kalaulah aku buat begini dan begitu, tentulah ia tidak terjadi. Sangat tidak bagus perasaan sebegitu. Berkalau-kalau dan berjika-jika yang datang dari penyesalan ialah sikap yang perlu dijauhi oleh semua, terutama Muslim.

Saya mula terfikir…

Bagaimana agaknya jika tiba-tiba yang melanggar saya bukan motorsikal, tetapi yang melanggar saya ialah Maut. Lalu memisahkan saya dari kegembiraan bersama keluarga! Tak tergambar betapa dahsyatnya perasaan itu!

Bagaimana pula jika yang mengunjungi saya secara tiba-tiba itu bukannya keluarga di kampung, tetapi si Malaikat Maut! Tiba-tiba sahaja dia mengetuk pintu rumah untuk mencabut nyawa saya tanpa sempat berbuat apa-apa persediaan! Tentu terlampau dahsyat jantung berdebar bagai nak pecah!

Dan agaknya bagaimanalah jika bukannya tiba-tiba terjatuh ke atas tanah akibat cuai bermotorsikal, tetapi yang berlaku ialah tiba-tiba mati dan terjatuh dalam kemurkaan ALLAH akibat cuai dalam kehidupan! Tentu tak terbanding rasa sakit dan rugi!

Tiba-tiba sahaja kita tidak lagi di dalam jasad. Sedar-sedar sahaja kita sudah berada di alam lain iaitu di alam barzakh!

Semasa itu, tiada lagi U-turn, tiada lagi butang Undo, tiada lagi boleh diperbaiki kerosakan, tidak sempat lagi nak buat apa-apa, bahkan semua alasan pun tidak lagi laku. Tiada siapa yang dapat menjamin dan membantu, melainkan hanya amalan menjadi sebab penentu.

Dahsyat!

Saya dan anda tidak tahu bila dan bagaimana cara mati kita. Mungkinkah kita sakit lalu sempat bersiap sedia menghadapi kematian. Atau mungkinkah kematian itu datang secara tiba-tiba. Atau bagaimana?

Semua kita mengharapkan agar kita mati dalam keadaan husnul-khatimah iaitu mati dalam keadaan yang baik dan diredhai ALLAH. Setiap hari kita berdoa kepada ALLAH untuk mendapatkannya.

Semoga ALLAH melindungi kita dari mati yang secara tiba-tiba ketika dalam leka dan bermaksiat. Dan semoga ALLAH meluruskan kita semua di atas jalanNYA dan menjadikan kita antara hambaNYA yang sentiasa ingat dan bersiap sedia menghadapi mati. Dan semoga kita semua mati dalam keadaan yang diredhai ALLAH, amin…

Bersiap sedialah, sebelum mati datang tiba-tiba!


SUMBER: Muzir

Anwar Di Bebaskan, Hakim Meragui Bukti DNA


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .


KUALA LUMPUR 9 JAN : Laporan awal dari Kompleks Mahkamah Jalan Duta mengumumkan Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim bebas dan tidak bersalah. Hakim Zabidin Mohd Diah sebaik bersidang tidak membuang masa dan berkata pihak mahkamah meragui kesahan bukti DNA yang dikemukakan pendakwaraya.

Keputusan dibuat pada 9.20 pagi.

Sebaik sahaja mendapat keputusan itu, keheningan pagi di kompleks mahkamah gegak-gempita dengan suara 6,000 penyokong. Sepanduk “Rakyat Hakim Negara” dan laungan keramat “Reformasi” menyambut kehadiran Anwar yang tiba pada jam 8.35 pagi, yang tiba bersama isteri, Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anak.


Dari seawal jam 6.30 pagi lagi, keadaan di pintu masuk utama mahkamah sesak dibanjiri orang awam sebagai selesai solat Subuh di Masjid Wilayah Persekutuan. Perhimpunan 901 pagi ini dipantau 21 trak polis yang dikerahkan ke lokasi dari jam 3 pagi lagi. Helikopter PDRM berligar-ligar merakam kehadiran tanpa putus orang-ramai dari segenap penjuru mahkamah.

“Saya meminta agar rakyat tenang menghadapi sebarang kemungkinan. Perhimpunan mesti berjalan dalam keadaan aman, baik sebelum mahupun setelah mahkamah putuskan keputusan,” pesan Anwar kepada hadirin yang resah. 
“Saya doakan yang terbaik! Saya mengharap pihak penghakiman menghormati undang-undang dan tidak dipengaruhi pemimpin-pemimpin korup,” Anwar berkata kepada wartawan di ruang legar mahkamah.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tiba pada 8.43 pagi, disusuli Presiden Pas Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.


SUMBER: http://www.tvsnews.net/

Previuos Entry