-->

Bismillahirrahmanirrahim... Welcome 2012!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Alhamdulillah sebab masih lagi diberikan peluang dan ruang bernafas di bumiMu, Ya Allah. Tahun 2011 adalah tahun yang sangat bermakna yang tak mungkin aku lupakan. Tarikh keramat 23 Mac 2011 akan terpahat kukuh sebagai moment yang paling indah kerana bergelar seorang ibu kepada Muhammad Aqif Rizqi Mohd Azrul. Seorang anak lelaki yang makin bijak, baik & makin sihat yang kini dah berusia 9 bulan. Full breastfeeding lagi dengan bangganya! Ooopss... Tak baik RIAK!

5 Jun 2011 juga bermakna dah SETAHUN aku dan Mohd Azrul Abdullah berlayar di lautan rumahtangga. Kami berjaya mengharungi segala ombak badai dan ombak rindu! Ong Bak? Itu bukan oke! Atceli, tertunggu-tunggu jugak hadiah Anniversary dari Encik Husband masa tu. Sangat tak malu! Tapi hampa. Encik Husband macam faham je. Last-last keluarlah ayat-ayat cinta:
"Abang dah bagi dah kan hadiah ke Ya. Ni, Aqif Rizqi. Kira sekali dengan birthday Ya sekali lah 14hb nanti oke?"
Aku pun tersenyum bahagia. Ringkas tapi sudah cukup buat aku rasa sangat dihargai.
"Terima kasih, Abang. Inilah hadiah yang paling mahal dan tak ternilai buat kita! Insya'llah saya akan jaga sebaik mungkin selagi nyawa dikandung badan."
Sebenarnya sayang tahu dah cuma saja nak menggedik jugak! haha Moga kami kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Barakallah...

Nak masuk tahun baru ni semua sibuk nak azam berazam bagai lah kan? Aku? Azam? Azam tahun baru aku  sama je dengan azam tahun lepas dan tahun-tahun yang telah berlalu. Aci tak? Hehehe Tak payah lah nak berazam sangat mummy oi... Azam tahun lepas tu dah tercapai ke belum? Kompem-kompem lah tak kan? Yang penting 'A.Z.A.M' ni boleh bagi motivasi buat seseorang berhijrah atau berubah. Boleh bagi dorongan untuk mulakan perubahan baru kan? Macam aku jugak lah! Azam aku? Biar lah rahsia...

So, Welcome 2012. Moga tahun baru ini lebih baik dari tahun lepas dan tahun-tahun yang telah berlalu! 
Good Bye 2011 yang penuh dengan kenangan indah dan manis buat kami sekeluarga.

100 hari pemergian Rafhan Hazim bin Romzi. Al-Fatihah



Tak tahu lah kenapa tapi mata still takleh nak tidur. Otak ibarat masih aktif berfikir walaupun mungkin tiada isinya. Tiba-tiba mata terbaca rintihan hati seorang ibu yang sudah 100 hari kehilangan anakanda tercinta. Hati ibu ku terus menangis. Cepat betul masa berlalu bagaikan baru semalam meratapi pemergiaannya. 

Hari ini genap 100 hari pulangnya anakanda bongsu ku yang tercinta-Rafhan Hazim bin Romzi.Dan 100 hari itu jugalah merupakan hari penuh dengan linangan airmata tanda lara jiwa seorang ibu yang terpasung oleh kerinduan yang sarat..Walaupun kesedihan itu hanya memadamkan api motivasi,membunuh roh semangat dan membekukan jiwa namun hati ini masih terus merintih..Semoga kekuatan dan ketabahan itu akan datang jua akhirnya..Insyallah. Semoga dicucuri rahmat ke atasnya dan Jannah persinggahan abadinya.. Al-Fatihah.. (Rakiah Ramli)

Mokteh, moga mokteh terus tabah. Kami sekeluarga sentiasa mendoakan agar Mokteh sekeluarga diberi ketabahan dan kekuatan dalam mengharungi hidup tanpa Hazim disisi. Insya'llah, Hazim dah tunggu Mokteh, Pokteh, Syifaq, Haziq & Syirah kat syurga tu. Amin


notakaki: Hazim meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya baru-baru ini. Sama-sama lah kita sedekahkan Al-Fatihah buat sepupu Mummy ni. Moga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh & syurga buatnya. Al-Fatihah


Last day di Kemaman for dis year!



Malam semua! Lame giler tak updated belog. Nasib r lalang masih tak hapus kepala lagi ni. Now mummy kat rumah bonda lah. Rabu dah nak balik Kuching. Banyak betol yang nak story morry ni tapi nak cite malam ni memang tak dapat lah kan.. Kenapa? Sebab otak beku lah. Tak tahu mane nak mule ni...

Yang pasti stat balik sini terus mummy suruh adik mummy, Najmi upgrade belog mummy ni gune blogskin. Tapi edit punye edit setakat ni mummy lagi jatuh cinta ngan belog mummy sekarang ni. hasil editan tangan mummy sendiri. Tadi pulak dah baik punye edit, last-last boleh pulak shutdown lappy mummy ni! 

Lappy? Ooopppsss!! Lupa nak bagitau... Now setelah lamanye mummy dapat jugak gune Cik Lappy ni. Hehehe... Biasa lah Cik Lappy tak sehat tu yg asik nak shutdown je tu! Takpelah asal leh gune dan boleh belogging lagi kan?? Hahhaha...

6 Sifat Wanita yang Perlu Dielak Untuk Dikahwini



Pesanan Rasulullah s.a.w untuk kaum lelaki:
“Jangan engkau kahwini wanita yang ada 6 sifat ini. Yang Ananah, yang Mananah, yang Hananah, yang Hadaqah, yang Basaqah dan yang Syadaqah”

1. Wanita Ananah:
Wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2. Wanita Mananah:
Wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.
[advertisement]

3. Wanita Hananah:
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4. Wanita Hadaqah:
Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya. Selain itu wanita ini suka ikut nafsunya.
Wanita sebegini memeningkan kepala lelaki. Dia tengok apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu berseri menjadi sugul dan tertekan. Berdosa besar baginya.

5. Wanita Basaqah (ada 2 makna):
Pertama, wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua, dia marah ketika makan, selalunya dia tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah:
Banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

Betapa Berharganya Seorang Wanita



Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan???"

Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".

Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!

Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Tuhan menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."

"Untuk apa???", tanya malaikat.

Tuhan melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan,kerisauan,cinta,kesepian, penderitaan,dan kebanggaan,serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki,dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu,bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya,dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,tapi dia mampu mengatasinya.Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

"CINTANYA TANPA SYARAT. HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA,DIA SELALU LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA..."

Wallahu'alam..............

Bila dia jauh...



Sekarang dah kat rumah mak mummy kat Kemaman, Terengganu. Memang happy home sweet home lah! Happy sangat! Hurm... Hepi memang hepi tapi takde lah hepi sgt pon! sebab My hubby chubby i tertinggal kat umah MIL. Mummy ngan Aqif je balik dulu ni. Isnin ni baru Mr Zorro datang... Mak aiih.. banyak pulak name timangan die kan? Hehehe... Rindu seyyhhh!! Menggebu gebu gitu rindu mummy ni pada dedi! Baru sehari semalam tuh. Tu pasal lah sampai ke Kuching pun i turutkan... Kwang kwang kwang...

Esok tengahari nak g Kuantan kejap. Nak hantar Seha. Seha tu sape? My Sister ler... die ade kursus perguruan kat Kuantan tu. Cikgu Tadika lah katakan... Cikgu ke? Ntah lah... Bile family bisnes ni i pon dh tak tahu nak describe guane! Ikut mung la seha, asal mung keje... Bukan senang nak keje dalam dunia leni, orang yg ade degree pn berjuta-juta lemon takde keje tak termasuk lg yg rasa hebat memilih sgt kejenya tu. Kita yang setakat cukup-cukup makan ni kalau nak memilih-milih bagai jugak jawabnye memang ting tong lah... macam akak ni kes lain, tak termasuk dgn golong-golongan di atas oke! haha

Doa Seorang Isteri



Ya Allah 
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku lakukan
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas 
Kau berikanlah aku kekuatan mental 
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan 
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista 
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu 
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan 


Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arsy (Al Marfu’atun ‘Ilmi) 
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya 

Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu 
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya 

Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu 
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya 

Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu 
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya 

Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu 
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya 

Tetapi 


Ya Allah 
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang 
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu 

Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu 
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya

Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan 
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaannya 

Sekiranya suami ku menyintai kesesatan 
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena 


Ya Allah 
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku 
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku 
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan 
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkou redhai 
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri 
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu 
Sekiranya aku engkar dan derhaka 
Berilah aku petunjukkan kearah rahmatMu 


Ya Allah 
Sesungguhnya 
Aku lemah tanpa petunjukMu 
Aku buta tanpa bimbinganMu 
Aku cacat tanpa hidayahMu 
Aku hina tanpa RahmatMu 


Ya Allah 
Kuatkan hati dan semangatku 
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu 
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami 
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu 
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha 

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan 
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu 
Kerana aku sedar hinanya aku 
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru 
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu 
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu 
Kerana pendek akal ku mengharugi ujianMu 


Ya Allah Tuhanku… 
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati 
Isteri yang dikasihi 
Isteri yang solehah 
Isteri yang sentiasa dihati 


Amin Ya Rabbi Allamin.. 


Alhamdulillah selesai separuh perjalanan!

Now dah kat LCCT...
Duk menunggu turn nak masuk flight kul 8 jap ag...
Cepat betul masa berlalu ye...
Sampai tadi dalam kul 4 pun terasa kejap sangat2...
Tilik-tilik jam dah kul 7...
Bahu & pinggang dah sakit gile...
Ooohh sangat tak sabar nak balik!
Moga kami selamat sampai di Kuala Terengganu jap lagi...
Nanti ye mummy updated story-story sepanjang perjalanan kami balik kampung ni ye..
Hahahha.. Perlu ke?

notakaki: Harap-harap sempat tengok Merlin malam kang! Episod Back-to-back! Aii TV3... Yang gi tayang malam ni tu kenapa?? Bengang betul!! 

ooo Balik Kampung!!!

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba
Oooo balik kampung Oooo balik kampung
Hati riang....
Readers, tolong doakan kami selamat sampai ke destinasi kami ye!
Nanti sampai mummy update lain pulak oke!
Jom Aqif kite siap-siap...
Aqif kan nak fly fly fly jap lagi!
Be a good boy oke!
Boboiboy!!!

Aduh... Anak siapa lah ni!

Barang dah kemas
Rumah dah hampir kemas
Walaupun masih lagi macam kapal pecah!
Perut pulak sedang menyanyi riang...
Harini mummy dah start cuti jadi tak berasap lah dapur!
Aqif tidur pulak selepas penat bermain dengan bagasi!
Sekarang dah kul 7 lebih
Errmm... Layan Tentang Dhia jelah!
Huhuhuhuhu... Aqif bangun lah...
Mummy ngan Dedi lapar nih...

Esok balik kampung!! Yahoo!!

Tengok la budak nakal ni. Mummy baru wat masuk pampers die. Baru nak masukkan baju tengok2 dia dah ade dalam beg tu dah. Baik punye landing! Aqif... Aqif... tau lah tak sabar nak balik kampung! Aduh anak mummy nih!



Teruskanlah by Agnes Monica



Pernahkah kau bicara tapi tak didengar
Tak dianggap sama sekali
Pernahkah kau tak salah tapi disalahkan
Tak diberi kesempatan

Kuhidup dengan siapa ku tak tahu kau siapa
Kau kekasih ku tapi orang lain bagiku
Kau dengan dirimu saja kau dengan duniamu saja
Teruskanlah teruskanlah kau begitu

Kau tak butuh diriku aku patung bagimu
Cinta bukan kebutuhanmu

Kau dengan dirimu saja
Kau dengan duniamu saja
Teruskanlah teruskanlah
Kau kau begitu
Teruskanlah

notakaki: kecewa

. Kata Hati .

Tak pernah nak berpuas hati
Pasti ada saja yang tak kena
Tiada identiti kah?
Tiada pendirian kah?
Tiada pegangan kah?

Kerna aku manusia lemah
Manusia yang masih mencari apa yang terbaik untuk dirinya
Manusia yang sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk mereka-mereka yang ada

Tidak seperti lilin yang menerangi gelap
Aku hanya ibarat lilin yang membakar diri
Akhirnya cair meleleh dipinggir
Mungkin juga terpadam ditiup angin

Argghh!! Persetankan! Aku juga punya hati...


notakaki: jiwa kacau!

Malas... Pergilah kau dari hidup aku!

kelam....
sunyi....
tidak kedengaran suara si kecil...
aku masih kaku di situ...
juga banyak yang masih tertangguh...
bila baru nak mula? bila?
bagaimana harus ku mula?
arrgghhh... esok masih ada!
moga-moga esok masih ada untukku...

berdoalah wahai hati!

150 juta Full Of Meaning About You!


First Mummy dengar lagu  ni dalam HOT Fm kalau tak silap! Aigoo... Lagu apekebende ni macam bace buku je??? Dedi dah mule membebel. Memang tak sedap pun sekali dengar tapi lirik die penuh makna! Dedi mula lah nak tukar channel lain! Janganlah abang, orang tengah menghayati nih... 
Wah! Kusyuk gitu! Then aku mula tersipu-sipu...
Dedi... Lagu ni mummy dedicated khas untuk Dedi...
Terus terbayang-bayang saat-saat mula kenal & bercinta dulu...
Malu mummy... 


150 juta by Fynn Jamal :)

Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”

“Aku lagi kenal dia”

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata

“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua

saya kenal sayang saya”

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa

Rahsia kita berdua..

Wordless Wednesday # Gubahan Hantaran Kahwin Saya Dulu!

Special Tenkiu For Fhana, Azni, Nanad & Zahirah

Wordless Wednesday # Saya Sayang Awak, Nurul Farhana!


Andai Itu Takdirnya, Aku rela habiskan!

Finally 2 hari mummy study LKC berjaya jugak habiskan semuanya! Begitu gigih mummy usahakan. Sekarang kena study silibus baru pulak! Rajin tak? Haruslah rajinkan... Sampai rumah tunggang langgang gara-gara terlalu rajin study hari-hari study. Ni bukan kes malas tau apatah lagi lupe diri atau ingatan. Pandai je korang... Tapi ni kes lupe dunia! Gile punye orang! Hahaha

Ni dapat pulak silibus baru ni terpaksa kena habiskan jugak dari Siti Rosmizah. Cik Imah bagi "Andai Itu Takdirnya" dengan "7 Hari Mencintaiku"... Rasanya macam tak sempat je nak habiskan semua silibus ni. Jumaat ni dah nak balik kampung dah. Nak buat balik beratkan beg je al maklum sebijik buku dah bape kilo!haha Memang betul-betul kamikaze lah jawabnye kalu mummy berjaya habiskan jugak! 

Jom review sinopsis "Andai Itu Takdirnya" 


Perkahwinan yang tidak terduga antara Aleya dan Syed Aizril membuatkan Aleya hidup terseksa. Dia dibuang keluarga. Pasrahkah dia?

"Jangan salah faham Puan Sri. Kemaafan yang diberi tidak akan sama sekali menjadikan saya lupa pada kedudukan diri saya ini. Saya tak boleh membuang pangkat itu ke tepi hanya kerana kesalahan yang pernah dibuat pada saya."

"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."

Andai itu tadir-Nya, dia akan menempuhinya dengan tabah dan sabar. Apa yang penting sekarang adalah kebahagiaan anaknya, Dania. Sekurang-kurangnya, bila Aleya menutup mata, kehidupan Dania akan terbela.

"Selama aku meniti liku-liku kehidupan yang penuh dengan onak dan duri ini. aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdik-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu untuk bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."

Memandangkan banyaklah jugak feedback baik pasal novel ni, jadi aku kompem2 lah sangat menggelabah nak bace. Jap ag wajib bace punye! Korang-korang yang nak tau sinopsis "7 hari mencintaiku" leh baca kat sini.

Apa yang mummy leh komen based on seme sinopsis-sinopsis ni, jalan cite keempat-empat novel ni still sama. Kisah tentang perkahwinan paksa. Even agak klise tapi tetap best sebab 3 novel SR sebelum ni pun still meletup! Arap-araplah yang ni pon sedap jugak! Just read and feel oke!

7 Hari Mencintaiku


Sinopsis:

Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.
“Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawak cermin ke suluhkan muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati! So…apa kata kau berambus sekarang! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau!”
Aduhai! Angkuh sungguh kata-katanya. Bungkam seketika Khuzairi mendengarnya. Jauh di sudut hati dia mula bertanya, sampai bila dia mampu untuk terus menahan makian dan hinaan yang di lemparkan oleh gadis ini? Sudah lalikah telinganya? Sudah matikah perasaannya? Tidak ke dia kecewa? Tidakkah dia terluka? Khuzairi mengangguk perlahan.
“Ya, aku juga manusia biasa, aku ada hati dan perasaan, tapi aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa, demi satu amanah aku harus menelannya, demi satu amanah aku harus terus bersabar….”
Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?

Lupakah Mia Adriana, hidup ini bagaikan putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya. Segalanya akan terungkai dalam novel setebal 1050 mukasurat ini.

Betulkan yang biasa, biasakan yang sebetulnya!



Perghh..gempak giler.....[tukar kepada] -----> Subhanallah

OMG(Oh My God)..... [tukar kepada] -----> Ya Allah

Terbaek.....................   [tukar kepada] -----> Alhamdulillah

... Ok..orait.................. [tukar kepada] -----> Insya-Allah

Cilakak.................... ...[tukar kepada] -----> Masya-Allah

... Alamak..lupe pulak..... [tukar kepada] -----> Allahumassolli'ala Muhammad

Arghh..pening..........        [tukar kepada] -----> Astaghfirullah

Eeee..teruknye........ [tukar kepada] -----> Na'uzubillah

Opocot.................... [tukar kepada] -----> Allahu akbar

Hek eleh...................[tukar kepada]-----> La ilaha illallah


Mudah bukan?
Betulkan yang biasa, biasakan yang sebetulnya.....


Selamat Mencuba dan Selamat Beramal... ^_^

✔Klik button "LIKE" & "SHARE"

Nak Testing Blockquote jeh!


BOLA BOLA BOLA
BANGUN BOLA TIDUR BOLA MAKAN BOLA
MANDI BOLA GAME BOLA KEDAI BOLA
SAKIT JUGAK HATI KADANG-KADANG

notakaki: Nak Testing Blockquote jeh sebenar! Hehehe Yes! Menjadi jugak akhirnye!

Keberangkatan Pulang Tuanku Mizan. DAULAT TUANKU!


YANG di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin memeriksa perbarisan ketika hadir istiadat keberangkatan di Dataran Parlimen, Kuala Lumpur, pagi tadi. - Foto AFP


KUALA LUMPUR, ISNIN, 12 Disember, 2011:

KEBERANGKATAN pulang Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah pada akhir tempoh perkhidmatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 pagi ini, berlangsung dengan penuh istiadat diraja.

Tuanku Mizan yang ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 pada 26 April 2007 untuk tempoh lima tahun, berangkat meninggalkan Istana Negara pada jam 11 pagi.

Keberangkatan baginda berdua diiringi Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek selaku menteri pengiring dan isterinya, Datin Seri Che Sharifah Ismail.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan isteri, Puan Sri Wan Noorlina Wan Hussin serta Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan isteri, Toh Puan Seri Norliza Mahmud.

Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah sebelum itu berkenan meluangkan masa bersalaman dengan kesemua 500 petugas Istana Negara, sebelum berangkat ke Dataran Parlimen bagi upacara rasmi keberangkatan pulang baginda berdua ke Terengganu.

Tuanku Mizan yang berpakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong yang dikenali sebagai 'muskat' turut menerima mengadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Muskat, persalinan yang berasal dari kerajaan tua Muscat yang kini dikenali sebagai Oman, adalah baju labuh separas paha dan berlengan panjang yang diperbuat daripada benang bulu berwarna hitam dan dijahit dengan sulaman benang emas bercorak awan larat dan bunga raya iaitu bunga kebangsaan Malaysia.

Baginda berdua berangkat meninggalkan Istana Negara dengan menaiki kenderaan rasmi Yang di-Pertuan Agong diiringi seramai tujuh pengiring bermotosikal serta 12 pengiring am diraja daripada Kor Armour Diraja.

Ketika berangkat meninggalkan Istana Negara, baginda melintasi pasukan kawalan kehormat oleh Batalion ke-6 Rejimen Renjer Diraja yang terdiri daripada tiga pegawai dan 45 anggota lain-lain pangkat yang diketuai Mejar Mohd Zaffar Ismail.

Ketika itu juga lagu 'Negara Ku' dimainkan oleh pasukan pancaragam batalion tersebut yang dianggotai oleh 30 anggota lain-lain pangkat. - BERNAMA


notakaki: Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah pula dipilih Yang di-Pertuan Agong ke-14 oleh Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya di Istana Negara baru-baru ini. Menjunjung kasih, Tuanku!

Aqif Dan Ombak Pantai! Bukan Ombak Rindu Oke! (Part 2)


I'm coming back readers! betul ke ayat mummy tu? lantaklah betul ke tak janji korang paham kan? alamak! tak paham ke? bukan salah mummy dah tu salah korang lah time cikgu ngajar kat depan korang usha cikgu lain kat luar tingkat! Ahaks! Macam i je zaman-zaman jepun dulu!

Ni ha Part 2 yang ditunggu-tunggu tu! Tunggu ke? Macam gediks la pulak buat Part Part ni kan? Ingat pat pap siku lipat ke? Ade jugak yg kene siku pulak nanti kan. Dah-dah tengok je lah kalu korang nak ye. Tak nak sudah mummy tak pakse! 

Mesti 1st time Aqif tengok ombak-ombak menghempas pantai tu yang muke heran je tu.  Nak-nak tengok laut terbentang luas tu. Tengok air dalam besen mandi yang sekangkang kera tu pun dah nak nanges ni kan tengok ciptaan Allah ni. Speechless la tuh! Mummy tetap maintain control ayu! 

Tengok r muke budak toye ni. Macam rela je kalu Dedi nak campak dalam laut tu! Alaa... ye tau lah tu yg Dedi takkan wat camtu... Suh Dedi campak Mummy dulu lah baru nak campak Aqif pun kan? Leh r kite mandi mande same-same hahaha


Ni lah Ombak Pantai Aqif,,,
Ombak Rindu tu Aaron Aziz...
^___^

My Heroes!

Suke sangatlah di lambung-lambung macam tu. 3 4x kena lambung camni je  abis cramp bahu mummy ni! dah la Aqif terlalu ringan utk dilambung-lambung. Bila dah slim ni macam tu lah Aqif, nak angkat nak lambung pun dah xlarat. Better tak payah nak slim sangat kan? Setuju!

Amek kau terus Xtra large punye gambar aku bagi tengok! Berlatar belakang Gunung Santubong g2! Mummy buat muke  bajet hot, Dedi muke 50sen & hero kite Aqif tetap maintaim muke toye!

Aduhai makcik ni duk wak aksi ape pulak tu? Cam tak penah tulis atas pasir pantai je lagaknye kan? Sile abaikan!  


Anak sape ni? Siannye kena tinggal camtu je! Cari ketenangan ke Mat Aqif ooii? Mentang-mentanglah angin sipu-sipu bahase.. Tersipu2 ke? Hahaha Syok je layan diri sorang-sorang

Bosan jugak duk termenung je kan? Jom main pasir ke... 

Mane mummy ni?? Dedi??

Berat sangatkah saye sampaikan terjadinya runtuhan pasir itu?  Berat nanang lah!

Babysitter, Dreber, 2nd paparazi! hahaha Ampun Cik Imah!

3 Dara Pingitan! ehh... bukan... Sorang je Dara! Sorang lagi Mak Dara lah!  Bukan Mak Teruna ke? Aqif kan teruna? Dah tak payah mengarut!
Ombak Rindu ku! Hahaha Keruh gile ombak ni! Tak mboh r! Cancel!
Dah lah korang-korang. Aku agak dah naik juling dah korang tilik gambar-gambar aku ni kan? Taknak lah kang tak pasal tak pasal ade pulak Fatimah Juling kuasa dua kang! Hope u'ols enjoy lah ye! Dah ngantuk dah. Nak sleepy beauty dah! Nyte semua! Muaahhh! Syg korang!

notakaki: sile jangan meluat tengok gambar-gambar menarik di atas oke! kalau meluat sile ke entry lain! peace!

Aqif Dan Ombak Pantai! Bukan Ombak Rindu Oke! (Part 1)


Bosan betol arini. Cuaca pun mendung-mendung je ibarat hari aku yang kosong ni. Cam tahu-tahu je cuaca ni. Baru dah masak Ayam Masak Merah tadi gara-gara perut dah sangat meloyakan sebab lapar! Kung karang kung krang kat dapo tu Tadaa!! Dah siap! Mudah kan? Ewah.. Mengalahkan Chef Riz masak spagetti je aku ni! 

Ni takde kena mengena ngan Chef Riz ke ape. Yang kene mengena ngan die, Chef Wan sebab bapak die! Seharian tak updated entry semuanye pasal duk kusyuk study novel LKC tu! Sikit lagi dah nak abis ni. Sangat gigih aku study oke. Kalu SPM aritu aku study camni kompem A++ result aku! gempak! Rela tak kuar g tengok Muzium Kuching semata-mata novel hasil pinjaman Cik Imah dari Kak Lisa ni. Dan aku tolong tadah tangan je bace! 

Gara-gara dah seharian tak updated belog jadi aku nak share ngan korang gambar-gambar menarik yang aku Dedi snap masa kami g amek angin Pantai Pasir Panjang kelmarin. Mesti korang tertunggu-tunggu kan? Btw, menarik ke gambar-gambar tu? Eksyen pulak si mummy sorang ni! Dah, korang takyah nak kutuk-kutuk mummy, layan je lah gambar-gambar ni. Korang pun bosan lah tu tu pasal blogjogging petang-petang kat belog mummy ni kan? oke! aku perasan! hahaha


Situasi dalam kete Cik Imah. Cik Imah jadi dreber g2! Aku konon-kononnye Mem Besar lah kan? Tapi apasal Dedi pulak duk belakang tu? Tak aci ni! Ooopsss.... Dedi kan ibarat Paparazi lah taim ni. Duk cbuk snap-snap pic kami! Haha Perasan lagi sekali! Aduh.. Pengsan!

Mule-mule sampai kite bergambar dulu! Aqif buat muke toye! Tak sporting langsung! Agak-agak Aqif maki tak mummy die ni sbb angkut bawak gi pantai jugak time die duk syok tido? Ampun Tuan Aqif! hahaa

Amek kau budak buat muke toye a.k.a serius! Memang serius mummy geram! Puas nak memujuknye! Kadang-kadang macam Dedi jugak Aqif ni ye. Muke nak ketat jeh! Chill lah sikit cyg! Nanti cepat tua tau! Huhuhu

notakaki: Stop kejap! Nak mandikan Mat Aqif dulu. Jap ag mummy sambung lagi upload bnyk lagi gambar-gambar menarik kami. Lagipun menyakitkan hati jugak uploading je dari tadi ni. Tunggu tau! Sian korang kan terpaksa tunggu gambar-gambar menarik mummy! Ahaks! Tolong lah pompuan ni.. Perasan! Hihihi Stay tuned oke!

Selamat Ulangtahun Ke-25 Sayangku!


10.12.2011 genaplah 25 usia sahabat aku sorang ni! Maknanye harini lah kan?
Nurfadlina Abd Rahman! 
Selamat Hari Jadi Na!
Meh nak nyanyi skek khas buatmu. Rasa ge lame pulak mummy tak nyanyi2 lagu besday ni!
Tapi rugi r sebab mu xleh nak dengor sore aku yang merdu ni! 
kompem2 r leh bace je kan? ahahaha

Allah Selamatkan kamu!
Allah Selamatkan kamu!
Allah Selamatkan Nurfadlina Abd Rahman!
Allah Selamatkan kamu...

Agak-agak apa yang spesel sangat ni sampai nak wish dalam belog jugak ni! 
saje la mummy nak menggediks jugakkan! macam lah belog die ni spesel sangat! heeee.... 
Yang penting mu memang spesel!
Haruslah sangat SPESeL sebab perkenalan sekejap time aku konvo dulu last-last buat kita rapat sampai sekarang kan? Firstly, aku nak mintak maaf sekali lagi sebab masa mula-mula kenal dulu aku ingatkan mu 'kakak' die rupa-rupanye 'teman tapi mesra' die! Jauh jugak terpesong tu kan? 
Mesti mu bengang tahap gaban kan mase tu? Sorry ye sayang

Then, kita mesej-mesej kita calling-calling...
Cewah... macam orang kapel la pulak gayanye kan?
Tak sangka kejap je dah macam kenal sangat2 padahal tak penah lagi kita keluar sama-sama kan? Weh, bile nak belanja aku ngan Aqif makan ni? Kan dah jadi lecture sekarang! haha
Honestly, aku memang suka dan selesa berkawan denganmu
 Aku rasa mu seorang yang baik + sahabat yang sangat prihatin!
Ehem... paling suke sebab mu suka puji aku! Kononnye jujur kan? haha
Anyway time kaseh ye sebab sudi kawan ngan aku ni!
Moga persahabatan ni kekal selamanya oke!

Comey mu ni sebenornye Na! Aku rasa ramai orang setuju ngan aku ni! Tengok tu bape orang angkat tangan tu... haha Jangan rendah diri lagi oke. Semua orang ade lebih dan kurang. Di  hari jadimu ni  aku wish mu selalu dimurahkan rezki & di panjangkan umur. Cepat2 r kawen! Kate umur separuh abad doh!

"MY LIFE JOURNEY" katanye

notakaki: Jadikan semua pahit getir yang dah berlalu tu sebagai pendorong buatmu berjaya di masa akan datang oke! Learn for tomorrow, Life for today! hehehe Sayang kamoo! ^___^

Masa Untuk Mummy Study "Lafazkan Kalimah Cintamu"

Tadi Cik Imah ada bagi novel Siti Rosmizah yang memang dah lame mummy nak bace tu! Nak beli tak berkemampuan. Tengok tebal pelik je, maka tebal jugak lah duet poket aku diperlukan nanti. Jadi, terpaksa ku tunggu hamba-hamba Allah lain yang sudi dan rela meminjamkan novel itu kepadaku! Walau seribu tahun lamanye hahaha Kalu taik hidung masin tu ngaku jelah mummy Aqif oii! 

Tenkiu ye Cik Imah! Katanya Dedi yang nak pinjam bace tu yang die pinjam novel tu dari Kak Lisa tuh! Wahh!! Dedi pon nak bace jugak? Sori ye Dedi.. Izinkan mummy setel dulu sampai khatam novel ni. Agak-agak lame mane lah mummy perlukan mase untuk habiskan 810 muka surat tuh ye?? seminggu? sehari? sebulan? hehehehe


Sebelum ni ada lagi 2 novel yang Siti Rosmizah dah tulis, Andai Itu Takdirnya dan Cinta Kau dan Aku. Boleh dikatakan ketiga-tiga novel ni hit and meletup..!! Cinta Kau dan Aku, mummy dah ade buat koleksi. Andai Itu Takdirnya je yg mummy dang bace separuh je time nak konvo dulu. Tu pun mase lepak umah Zahirah dulu... Nanti-nanti lah pulak mummy cari novel tu pulak. Rasanye Kak Lisa ade jugak kot? Ntah lah...

Ni Sinopsis Lafazkan Kalimah Cintamu

Tengku Aqilah seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya seorang diri. Kepulangannya ke pangkuan keluarga telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisyam, untuk memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih sayang bapanya, Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris Melayu itu begitu membenci gadis ini, mereka tidak boleh langsung bertembung muka kerana pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebencian terhadap dirinya. Mampukah Tengku Aqilah menggapai kebahagian dalam hidupnya?. Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya?. Begitu utuhkah api kebencian Tengku Ryan Ameer pada dirinya?.



Novel ini telah menduduki carta TOP 10 di Kedai Buku Popular. Tema kasih sayang, kekeluargaan dan persahabatan sangat sinonim dengan novel-novel karya Siti Rosmizah sebelum ini. Plotnya mudah dicerna dan mengikut kronologi. Permulaan cerita mengisahkan tentang penderitaan Tengku Aqilah yang dilayan seperti anak tiri oleh papa dan kakak kandungnya sendiri. Plot dikembangkan dengan pemergian Tengku Aqilah yang menyambung pelajarannya ke luar negara. Setelah selesai belajar, Tengku Aqilah pun pulang dan tinggal di rumah keluarganya. Berbagai masalah, ujian dan cabaran berlaku selepas Tengku Aqilah menerima tawaran dari kakaknya iaitu Tengku Natasha untuk bekerja dalam syarikat milik keluarganya.

Novel ini sangat sesuai dibaca kepada sesiapa yang meminati kisah-kisah cinta romantis. Banyak terdapat dialog dan ragam lucu yang membuatkan pembaca tersenyum dan ketawa geli hati. Walaupun adegan sedih banyak terdapat di dalam novel ini, namun jalan ceritanya diseimbangkan dengan aksi-aksi lawak jenaka yang membuatkan pembaca tidak sempat untuk melayani perasaan sedih mereka. Novel ini sesuai untuk pembaca yang ingin merehatkan minda mereka dari membaca bahan-bahan ilmiah. Selain ianya menghiburkan, terdapat juga nilai-nilai murni yang boleh kita ambil dan aplikasikan dalam kehidupan seharian kita.

Anda Dan Nombor. Siapa Anda Sebenarnya?


Kalau anda dilahirkan dalam mana-mana bulan pada:

1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb, anda adalah no.1

2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb anda adalah no.2

3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb anda adalah no.3

4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb anda adalah no.4

5Hb, 14Hb, 23Hb anda adalah no.5

6Hb, 15Hb, 24Hb anda adalah no.6

7Hb, 16Hb, 25Hb anda adalah no.7

8Hb, 17Hb, 26Hb anda adalah no.8

9Hb, 18Hb, 27Hb anda adalah no.9



no.1
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. 
Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. 
Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. 
Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. 
Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. 
Anda mempunyai keluarga yang bahagia. 
Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.


no.2
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan 
dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! 
Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. 
Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. 
Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. 
Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. 
Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. 
Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.


no.3
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, 
jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. 
Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. 
Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. 
Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. 
Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. 
Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, 
kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. 
Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.


no.4
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. 
Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. 
Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan 
selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. 
Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. 
Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

Maafkan Mummy sebab tak boleh kawal jugak!

Sorry sangat-sangat sebab mummy tak dapat nak tahan dah tadi! Makin mummy tahan makin tak tenang hidup mummy! Dedi pun tahu kan yang mummy memang suka sangat die! Inilah die!!

Yang ni dah lama dah mummy rase! Memang lah antara pebret kite kan sayang? Mak pun suke sangat nak2 dengan Double Dutch tu. Masa ngandungkan Aqif dulu tiap2 minggu mummy beli. Melampau kan? Pergh.. Memang sedap sangat2 kan! Dah kat 3 minggu rasenye kite tak makan ni. Bukan ke lame tuh?
Yang ni bile tengok name die pun dah jatuh cinte kan? Mummy pulak suke buah-buahan ni.
Mentang-mentang lah mcm dah lame tak makan salad buah ni. Tapi, mummy pon tak tahu kenape tadi mummy still teragak-agak nak amek yang ni ke tak. Biasenye mummy rembat je terus! Next week maybe? Hehehe


Akhirnya, yang ni jugak yang jadi pujaan hati tadi. Sorry ye Dedi sebab tak menepati citarasa Dedi. Mummy beli yang ni pun sebab qada' yang aritu punye. Mummy nak Mc Flurry Oreo tapi tak dapatkan aritu? Tu pasal lah... Untung jugak Dedi tak suke mane yg ni kan? Atlis mummy leh r makan sorang-sorang je. Aci tak? Aqif kan xleh nak makan lagi ice cream ni! 




Tak dapat yang ni, yang kat atas tu pun jadi lah! hehehe


notakaki: Mummy betul-betul tak dapat tahan dengan ice cream & cake! I'm ice cream mania! ^___^

Itu GULA bukan GARAM!

Situasi:di kedai runcit kampung...

Ada seorang budak hendak membeli gula.

Budak : Auntie!! ada gula ker?

Auntie : Ada.. sana tu (sambil menunjuk tempat)

Budak : Tiada pun.. garam dan belacan saja ni...

Auntie : Ada la.. (sambil mengambil bungkusan dari rak yang bertulis Garam..)

Budak : Auntie!! saya mahu gula bukan garam...

Auntie : Gula la ni.. tapi saya sengaja tulis garam supaya itu semut tak nampak..! :D

Lame giler tak makan donut Big Apple nih! Ngidam la pulak! Huhuhu Dedi!! Nak!!

notakaki: Lawak betul bile mummy bace kisah ni. Ni adik bongsu mummy lah ni yg post kat status fb die. Aduh adik... Tepuk dahi akak bace lawak adik ni. Geli usus perut akak ni... hahaha Izinkan akak abadikan dalam belog akak ni ye..... (ni kes bile dah xde idea nak updated!)

Wanita hamil tidak boleh makan durian!


Hmm.. teringat pulak masa mengandungkan Aqif dulu. Jangan makan durian sangat! Tak elok! Durian tu panas! Meleleh air liur mummy terbayangkan isi durian yang kuning raja tuh! Pergh...

Mungkin mommies pun pernah dengar kan larangan? Ke tak penah? Ke korang main telan je seme mentang-mentang lah korang mengidam kan? Cayalah! hahahaha

Terliur pulak mummy tengok!

Ada orang kata durian pantang bagi wanita hamil, tapi ada jugak yang kata takde masalah asalkan tidak terlalu banyak. Mesti u'olls konfius kan? Yang mana satu sebenarnya? Boleh ke tak boleh ni kan? Jangan gusar Jangan khuatir hatta Jangan resah gelisah oke! Persoalan tu akan segera terjawab setelah membaca artikel ini.

Adakah selamat untuk saya makan durian semasa kehamilan?

Sesetengah komuniti di Asia masih mengekalkan pantang larang tidak makan durian semasa kehamilan. Sebagai contoh, pendekatan tradisional orang Cina untuk kesihatan, durian dianggap terlalu “panas” untuk dimakan semasa kehamilan. Oleh sebab itu, kebanyakan komuniti orang Cina di Asia Tenggara menasihatkan bakal-bakal ibu untuk tidak makan raja buah ini.

Dengan tegas dinyatakan bahawa tidak terdapat sebarang kajian mengenai keselamatan makan durian semasa kehamilan. Pada masa yang sama, sains moden tidak menjumpai sebarang sebab untuk mengatakan ianya tidak selamat untuk makan durian. Tiada sebarang sebab untuk mengatakan bahawa makan durian semasa kehamilan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi pada bakal-bakal ibu atau ruam lampin pada bayi baru lahir.

Walau bagaimanapun, seorang wanita yang hamil hendaklah makan durian dalam jumlah yang sedikit kerana buah ini mengandungi banyak gula dan karbohidrat – dua ulas yang bersaiz sederhana mengandungi kira-kira 60 kalori. Durian adalah dalam kumpulan makanan yang mengandungi glisemia tinggi, oleh sebab itu, adalah baik untuk menghadkan pengambilannya semasa kehamilan. Mereka yang mempunyai diabetis kehamilan hendaklah mengelakkan diri daripada makan durian kerana kandungan gulanya yang tinggi.

Beberapa orang penyelidik telah menekankan faedah sulfur organik dan triptofan yang terdapat dalam durian. Sebatian-sebatian ini mengandungi kesan antioksida. Ia juga mengandungi ciri-ciri antimikrob, antibakteria dan antikulat yang baik untuk kehamilan.

Ia menjelaskan sebenarnya tidak ada larangan makanan apa pun untuk wanita yang sedang hamil. Semua makanan boleh diambil. Hanya yang perlu diperhatikan adalah sebanyak mama kuantitinya. “Untuk durian satu atau dua biji saja sudah cukup, jangan lebih!” Hal ini untuk menghindari efek yang ditimbulkan dari kandungan durian (diabetes dan penyakit jantung).

Mommies dengan kehamilan trimester pertama sebaiknya menahan diri dulu dari makan durian ni. Bukan ape, peringkat awal kehamilan ini kontraksi yang timbul kemungkinannya lebih besar. Sebagai langkah berjaga-jaga kan? Tak salah pon!

notakaki: sile minum banyak air masak @ skyjuice bile dah makan durian untuk menutralkan balik tubuh mommies ye! paham?!

Bila Zahiril Adzim Bermadah Puitis

Duk jalan-jalan kat Mukabuku tadi terbace pulak madah puitis ni. Mak aii... Terharu mummy dibuatnye! Mule r duk berangan-angan kononnye puitis itu ditujukan khas buat mummy! Mau terangkat sampai ke siling! hahaha Jangan marah ye Dedi ku sayang! Gurau-gurau je! Mummy doakan korang bahagia hingga ke akhir hayat dan perkahwinan korang diberkati Allah! Tahniah buat Zahiril Adzim & Sheera Ayob!


♥ puisi cinta yg datang dari hati 

Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan, 
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala

Isteriku.
Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku.
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku.
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku.
Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.


Behold, CAPTAIN AWESOME’s most awesome superpower yet!



Yes, he flies you to AWESOME destinations for 10 AWESOME cents!

Bangkok, Bali, Hanoi, Langkawi, Phuket, Kuching, Hadyai, Penang, Medan and so much more AirAsia destinations are on sale from RM0.10 onwards!

His superhero journeys begin tonight at 00:01 hrs (GMT+8). Get ready for your own heroic adventure & tell all your friends! :-)

Book from 8 December 2011 00:01 hrs till 11 Dec 2011
Travel from 1 July 2012 - 27 October 2012

nota kaki: Dedi! Get ready malam ni! Malam ni mesti traffic jem! Sile jangan tidur lagi oke! Kami nak gi jejalan jugak tahun depan + honeymoon! Boleh tak? Boleh lah...huhuhu Family2 yg nak mai makan angin kat Kuching pon boleh ni! Moga rezki melancong milik kita! Tapi nak terbang ke mane? Ahaks!

Previuos Entry