-->

Makanan Bayi Mengikut Usia: 7-9 bulan

Inilah masanya untuk makanan jejari! 


Bayi anda terusan memasukkan semua benda ke dalam mulutnya? Pantang jumpa apa-apa semuanya nak di makannya. Kertas, plastik, duit siling hatta taik cicak sekali pun kan? Bukan Qizeqi saya oke... hehe Jangan risau, ini adalah satu tanda yang menunjukkan dia sudah bersedia untuk memperluaskan diet makannya.

Satu masa antara umur tujuh dan sembilan bulan, bayi anda akan mula melengkapkan dirinya dengan kemahiran yang akan membolehkan dia makan menggunakan tangannya. Mulanya dia mungkin akan cuba mengangkat objek mengunakan ibu jari dan jari telunjuk, kemahiran ini dinamakan pegangan sepit, iaitu pincer grasp. Jadi, inilah masanya untuk mula menghidangkannya makanan jejari, contohnya potongan kecil karot yang lembut dimasak atau pisang, jejari roti yang tidak bergaram dan mini kuih beras (rice cakes). Tujuannya ialah supaya dia boleh melatih dirinya sendiri. Boleh juga try bagi keju, roti bakar dan ketulan epal tanpa kulit. JANGAN berikan biskut manis dan rusk sebab kita tidak mahu bayi anda membina tabiat mahukan snek manis. Nasib lah Qizeqi takleh makan biskut-biskut ni sebab elergik!


Kebanyakan bayi akan mencapai makanan dari pinggan orang lain di sekitar usia tujuh atau lapan bulan. Bayi anda bukanlah biadab, dia cuma cuba meniru cara anda makan. Oleh itu, dia mungkin merampas pinggan mangkuk yang terhidang dan menyukarkan lagi anda memberi dia makan. Caranya, cuba berikan dia sudu untuk dipegang dan gunakan sudu yang lain untuk menyuapkannya. Pasti mudah.

Dia juga akan mula meniru cara anda mengunyah dengan menggerakkan rahangnya dari kiri ke kanan, pada masa ini juga. Dia masih belum mempunyai cukup gigi untuk benar-benar mengunyah, tetapi ini adalah penting untuk dia membiasakan dirinya menelan ketulan makanan yang lebih besar. Namun begitu, sertakan juga makanan lecek dan makanan jejari yang lembut dan juga puri yang lumat. 

Makanan untuk diperkenalkan sekarang ialah masakan pasta pelbagai bentuk, roti-roti (bukan yang berbiji atau penuh bijian lagi, sebab sebarang ketulan keras akan menambahkan risiko tercekik), ketulan buah avokado yang masak ranum dan masakan lembut daging, ikan dan ayam. Anda juga boleh memberikan bayi anda masakan lentil dan kekacang lain yang dimasak, dan sayuran berdaun hijau gelap, seperti bayam.


Nanti mummy akan share resepi-resepi ringkas tapi berkhasiat yang mummy dapat dari buku Wardina 'Mama, saya lapar"... Sharing is Caring kan?

P/S: Pastikan rumah anda sentiasa bersih dari sampah-sampah kecil yang boleh si kecil muatkan ke dalam mulut dorang yea.... Tq

SUMBER: Baby Center

0 Kata-Kata Sayang:

Previuos Entry