-->

Rumah bersemak siapa nak datang?!

Macam dah sedekad aku tak jenguk kat sini!
Langsung aku seperti hilang dari dunia maya ini. *terhempap laptop barangkali! ha ha
Maaf kalau ada yang tertunggu-tunggu entri manja-manja ku. *ade ke? gediks~
Okey... aku buat pengakuan hebat ala MB! Aku terrsangattt busy! Bhahaha.
Anak dah 2 orang beb!

Nyawaku... Kekuatanku... Kelemahanku... hi hi
Lemah lah wei... kadang nak marah pun tergelak bila tengok muka suci 2 orang nih!

Muhammad Aqif Rizqi Mohd Azrul
D.O.B: 23/3/2011
Abang yang sokmo kontrol ensem!

Nur Aira Ariqa Mohd Azrul
D.O.B: 22/2/2013
Bakpe adik sengeh gitu dik? Ha ha

Ermm... Cam nak kenal tukar je alamat rumah aku ni. Dah tak boleh ' Dunia Mummy Aqif ' je... kang anak No. 2 aku ni sentap pulak! Mummy tak sayang adik...! Mummy tak sayang adik....! Kang naiya!! hahaha *macam lah dah pandai bace. yedok! 

Aku dah sapu-sapu dah sikit rumah ni, dah tebas semua lalang, dah mesin semua rumput. Harap korang sudi r datang lagi even tak bertuan. Aku open je. Rumah terbuka sepanjang tahun habaq hang! Mana ada orang lain buat... aku je buat tau! Cuma makan minum bawak sendiri jela... he he he..

Okey lah! Aku dah banyak merapu. Ekseted sebab rumah aku dah bersih. Kat 2 tahun aku tinggal. Banyak mende yang aku tertinggal untuk share ngan korang. Anak aku pun dah nak masuk 2 tahun yang no. 2 nih! Teruk kan aku?? Serius... sangat banyak sebenarnya yang aku nak share ngan korang... Dari soal hidup aku... bisnes aku.... hatta bisnes aku sekalipun....! ha ha ha...

Arghhh! Aku rindu....

2 Kata-Kata Sayang:

EyLa said...

Slm.. cantik sgt kulit aqif.. dia dah sembuh dri eczema ke? Anak sy baru 2 bulan lebih.. ada eczema..

Sarah Nadia said...

Salam eyla.. Alhamdulillah Aqif dah sembuh dr ekzema spenuhnya.. Sejak 2 thn macm tu la.. Skrg dah nk masuk 4tahun thn depan.. Yg terakhir kat kaki pun dah kering spenuhnya.... Baby awk teruk ekzema?

Tq sebab sudi komen.. =)

Previuos Entry