-->

Mami Dedi Bosan, Aqif Jadi Mangsa!




Kadang-kadang, kami memang bosan. Macam kat Kuching ni seme tempat dah pegi. Dah tak tahu nak pegi mana dah. Jadi kami merewang-rewang lah di shopping-shopping complex. Window shopping jela jawabnya. Alamak! Macam kutu rayau dah bunyinye... Pulak tu kat Kuching ni bersepah shopping mall nya. Korang pilih jelah nak pegi yang mana satu. Kat mana-mana ade. hehehe

So, al-kisahnya pagi Ahad tu lepas pegi barang dapur kat Pasar Satok, kami jalan kat Wisma Satok lu. Kebetulan jejantas tu bersambung terus ngan Wisma ni jadi terus jelah kami pun. Memang tak cakap banyak dah! haha Jenuh mami nak mendaki jejantas tu dengan Aqif ni. Memang katang molek lah lengan i nih...

"Sila guna jejantas okey! Jangan jadi macam lembu... Anda mampu mengubahnya!"
 
Jalan-jalan terjumpa lah bahagian game ni. Hehehe... Apalagi, kami masuk lah. Saja bawak budak kecik ni. Boleh tengok ramai budak-budak main dalam tu. Hujung minggu kan. Mak ayah apalagi... Aqif pulak memang suka sangat bila tengok kawan-kawan ni. Aikk... Tahun depan k mami bagi Aqif kawan baru... =)


Syok budak ni tengok Street Fighter. Pebret mami gak ni. Budak baru nak belajar  berjalan ni kalu lepas camni memang best lah dia leh berdiri camtu. Kalau ikut hati die tu, nak je die merangkak abis...

Penat berdiri, Dedi bawak main kete lumba pulak. Time mami ngan dedi dating dulu, bese lah kami battle game ni. Aqif semangat lah leh duk pegang stereng tu. Macam duk dalam kete Dedi lah die. Sampai taknak lepas stereng tu kalau boleh. Memang tak boleh lah! Takpe cyg, nanti battle ngan mami pulak ye!


Dan... Ni lah aksi kemuncak! Abis tertonggeng-monggeng. Mantop! Besenya duk merempit atas mami je, now mami kasi Aqif feel sendiri. Kusyuk tu die tengok screen... Mami debar dah bile dedi letak Aqif gitu. Tapi Aqif layan je... Bagus betul! AMARAN! DONT DO THIS AT HOME! hahaha

notakaki: Semua Aksi ini berserta pantauan rapi oleh mami & dedi... Tq

0 Kata-Kata Sayang:

Previuos Entry