-->

Tahun Baru Tabung Baru ?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .


Kira-kira duit dalam bekas kaca ni agak-agak dalam seribu tak? Mak aih seribu dah ke? RM1... RM1... RM5... 50 sen... 5 sen... Cet... Jangan nak harap lah kalau asal akhir bulan je, mesti isi dalam saya ambil... Asal tak cukup duit je, duit dalam ni jugak yang saya rembat kan? Kalau camni gayanya sampai bila-bila lah tak penuh-penuh. Huhuhuhu 

Tadi saya totalkan awak semua. Saya tak sanggup tengok awak semua terperap je dalam bekas kaca tu. Tanpa kawan-kawan baru. Bila nak beranak kalau camtu. Bosan jugakkan? Jadi, saya tekad pindahkan awak di rumah baru yang lebih selamat. Kat mana lagi kalau bukan Bank Islam. Pemilik awak, Aqif Rizqi sangat perlukan awak untuk kesenangan masa depan dia nanti. Moga awak makin beranak pinak pada tahun baru ni.

Tapi tadi saya lupa lah yang hari cuti tahun baru jadi mana bank buka. Kecewa saya. Patut lah Encik Suami asyik tanya "bank buka ke harini?" dan dengan yakin saya jawab "bukalah, hari Isnin ni kan. Lagipun, tengahari bank tak rehat" Tup-tup sampai tengok lengang je. Kehkehkeh Esok lah saya pergi selesaikan urusan 'pindah rumah' awak ni oke!

Jadi saya melencong ke Waterfront pulak. Semata-mata untuk rumah baru awak. Tahun Baru kan mestilah rumah baru kan? Awak suka lah tu. Eh... Awak kan dah tak ada nanti. Jadi, rumah baru ni untuk anak-anak cucu cicit awak lah ye? 3 buah lagi saya beli. 3 pemilik la katakan, Zorro, Mummy & Raya.  Moga-moga lah beranak pinak ye awak. Moga awak subur. Kaya saya nanti! Hahaha


Hijau pilihan kami!

0 Kata-Kata Sayang:

Previuos Entry