-->

Saya tak curi! Saya buat header sendiri oke!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

Tiap-tiap kali usha belog sendiri, macam ada je yang tak kena. Header! Yes! I need to change that! Tapi  nak buat header macam header yang original tu. Tapi nak sketch sendiri tak reti! Ape susah? Encik Photoscape kan ade? Malam tadi dalam pukul 11 sebelum tidur, gigih lah mummy duk edit-edit. Sementara masih bersemangat memang tak leh nak postpone dah. 

Dugaan? Ada lah budak tu sibuk duk memanjat-manjat. Hish... mummy duk kusyuk ni boleh pulak dia kacau! Dedi? Dedi geleng kepala je. Abis-abis boleh pulak Dedi perli "Ni kalau tak cukup masa buat kerja rumah ni, tau lah puncanya" Kahkahkah... Tau takpe! 

Siap edit gambar, edit word pulak kat Encik Adobe Photoshop! Kat 2 jam jugak lah dari pukul 6 tadi. Dan inilah hasilnya... Jeng Jeng Jeng...


Sila fokus pada header sahaja oke! Ni versi original. Memang beautiful!

dan ini...

Apa macam? Menjadi tak? Cantik tak? Nada Alex Casa Idaman gitu! Whatever lah. Janji puas hati sebab buat sendiri bersengkang mata. Gambar muka sendiri pulak tu bukan curi-curi yang orang lain punya. Hehe

Pasni agak-agak leh lah mummy nak buat bisnes header pulak kan? Yang penting ada ke orang nak order ngan mummy ni? Hahaha Perasan betol lah mak budak nih! 


# Tetiba rasa nak buat Freebies Header la pulak! 

0 Kata-Kata Sayang:

Previuos Entry