-->

Kari Ayam Simple

...::: ASSALAMUALAIKUM :::...

KELMARIN terasa sangat nak makan kari. Bahan-bahan pulak seme dah ade, jadi boleh jelah nak buat pon. Cuma sebelum ni tiap kali buat kari ke, gulai ke mesti ade je yg tak kena. mesti ade je yg kurang! aku ni xde air tangan ke macam orang lain? Sedeyh! 

So, terjadilah XTVT godek-godek belog resepi orang kat Encik Google! Jupe lah resepi mudah kat belog Kak Jenab ni. Sies hepi tak terkate! Simple pulak tuh! Dan yg penting... Kari I menjadi tau! My Zorro cakap, "Pergghh... pekat macam kari MAMAK! <---- agak-agak maksudnya sedap la kan? haha

Jom tengok bahan-bahan & cara nak buat die pulak k!

Sorry gambar tak cantik! Tapi rasa sedaaapp!
Perghhh! Puji diri sendiri tuh! Agagagga

BAHAN-BAHAN
  • 300 to 400 gms ayam (aku just guna 4 5 ketul ayam je! haha)
  • 3 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 1 inchi halia
  • 1 btg kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 biji bunga lawang
  • 2 helai daun pandan
  • 3-4t tbsps kari serbuk daging (aku guna kari Mak Siti)
  • 100 ml santan paket (aku pakai brand Cocolin)
  • 1 biji kentang ( 2 biji aku letak!)
  • 1 batang karot
  • 1 biji tomato (2 biji terus dibelah 4!)
  • sedikit air
CARA MEMBUATNYA
  1. Tumbuk Bawang merah, bawang putih dan halia sampai lumat (aku dah blend siap2!)
  2. Panaskan periuk dan tuang minyak. Tumis kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Campak sekali pandan, yang dah di koyak dan di simpul.  (aku tak letak daun pandan. ikut selera korang lah!)
  3. Masuk kan bahan yang ditumbuk tadi, tumis sampai garing
  4. Serbuk kari di adun dengan sedikit air untuk dijadikan pes, masuk dalam periuk, tumis hingga garing
  5. Masuk kan potongan ayam, gaul rata dan tutup periuk selama 5 minit (api perlahan)
  6. Tambah air. Then, masuk kan kentang dan karot yang telah dipotong (i tambah sayur bendi sebab ada) Tunggu sampai ayam masak dan kentang empuk
  7. Masuk kan tomato yang dah di belah dan gaul rata
  8. Masuk kan santan, rasa garam dan gula dan boleh dihidangkan

* SORRY Kak Jenab sebab saya dah modify resepi akak ikut selera saya! hehehehehe

Yang tak tahu nak masak ape harini leh r try resepi nih. Menjadi tu sebab aku abadi kan dalam belog nih! Jap ag tengahari, aku kena masak Sambal Petai pulak request from Encik Zorro lah. sape lagi kan?? Yela, balik sekolah maren aku dapat hadiah sepapan petai dari dia... Romantik kan suami aku?? Suami korang ade romantik camtu? hahahhahahah

2 Kata-Kata Sayang:

lombokguide said...

Wooowwww enakk nih ayamnya, Blogger malaysia salam kenal dari blogger Indonesia, berkunjung balik ya kebelog saya yang simple. ^_^

Sarah Nadia said...

tima kasih ya blogger indonesia...
haruslah sangat enakk...
kamu boleh mencuba jugak! ^_^

Previuos Entry